Ingat suri rumah jaga anak jer ?

by - Jumaat, Oktober 03, 2014

 

Bangun seawal pagi. Tidur selewat yang mungkin. Kenapa ? Tidur lewat sebab ‘kerja’ ! Aku kena update blog. Kemaskini media sosial. Cari idea untuk pastikan blog terus beroperasi. Bila terus beroperasi , maka adalah pendapatan untuk aku.

Pada masa yang sama , aku kena jaga dua orang anak dan seorang isteri. Nasib baik ada sorang jer isteri. Kalau lebih ? Perghhh.. leh kejang jap medula oblogata aku ! Tak reti nak bahagi bahagi masa aku ni !

Semalam , dua dua tidur lewat ! Wife , yang keletihan sebab paginya di pejabat sibuk dengan tugasan .. dah tak mampu nak bukak mata ! Nak tidur kejap katanya .. Aku , sambung tugas aku iaitu jaga Qhaliff dan Zahra.

Qhaliff tidur jam 1 pagi.. Zahra tidur jam 3 pagi !! Zahra yang dah tidur seawal jam 10 malam tu , terjaga gara gara abang dia yang sibuk berkuntau dengan bantal.

Aku tidur jam 4 pagi. Siapkan kerja. Kul 630 kena kejut dah ! 2.30 je tidur.. Pergh… apakah mental aku bersedia untuk jaga anak anak aku nanti ?? Bahaya kalau tak bersedia.. boleh stress wooo terutama bila Zahra menangis non stop action punya !

Kul 8 pagi.. wife gi kerja. Dia pon bangun lewat.. Terbangun lewat.. bukan sengaja.. Jadi kelam kabut skit nak bersiap. Aku masih blur dan kemengantukan.. Zahra dan Qhaliff masih lena diulit intan.

Bila wife gi kerja , dua dua bangun serentak.. Best part , dua dua menangis ! Aku nak amik mana satu ni ? Dua dua mintak didukung.. Ok , mmg aku tertekan masa ni ! Dengan tak cukup rehat .. ditambah dengan keadaan gini , apakah yang patut aku lakukan ?

Aku mandikan Zahra .. meraung raung dia ! Selsema satu hal… Dan aku tau , dia tak cukup tidur ! Aku kena segera siapkan dia ! kalau tak , leh naya aku atau dia .. Dia sendiri nangis sampai tersedak sedak.. Bahaya tu..

Siap je mandi , terus pakaikan pakaian dia.. Masukkan dalam buaian. Tak sampai 5 minit , dia lena ! Perghh.. lega aku… Part Qhaliff lak.. Dok sibuk tarik aku gi peti ais .. Nak Magnum ! Dah bagi , tak nak makan pulak .. Aku jugak kena makan.. Mana tak boroi ??

Kepala aku makin pening .. kalau dapat tidur , sedap ni tapi sayangnya tak leh sebab Qhaliff tak tidur ! Bahaya biarkan dia seorang diri.. boleh abis rumah dia geledah ! Hurmmm ..

Apa yang aku nak sampaikan .. Walaupun ‘suri rumah ‘ duduk rumah , mereka tetap bekerja ! Ingat dapat tidur cukup ??? Tu belum part sakit perut .. atau mandi ! Hurmm..

You May Also Like

14 comments

  1. Sebenarnya tugas surirumah ni pagi penat..

    BalasPadam
  2. en.ben boleh masuk rancangan the return of superman. variety show korea..

    BalasPadam
  3. setuju...
    suri sumah bukan duduk saja2 dirumah..
    tetapi tetap bekerja lebih pada org bekerja opis...
    semoga tetap kuat bro...
    :)

    BalasPadam
  4. I can feel u abg ben!! Haha...kdg2 kalau dh mengantuk sgt tido jer...terjaga bila salah sorang anak nangis..dan tgk2 umah dh jd mcm apa...haha..

    BalasPadam
  5. yang tak pernah rasa mungkin tak faham kot betapa penat n sibuknya jadi surirumah..masih ramai yg ingat surirumah nie banyak masa rehat. "tak berkerja" lah katakan.. :p

    BalasPadam
  6. fuh,,,
    mencabar nie.
    tapi bila tgk muka dua2 rasa ilang semua tue.
    comey awek tu suka.

    BalasPadam
  7. Ben lagi mencabar dari kak ana ni, namun itulah hakikatnya suri rumah memang tak pernah habis kerjanya dari celik hingga tidur semula,tanpa mc atau public holiday..:)

    BalasPadam
  8. syabas abang ben.. adah pon surirumah berkejaya. kerja dari rumah sambil urus anak. ni nasib 1 lagi.sebaya qhaliff. lelaki juga. nakal dan cerdik nak belajar mcm-macam sampai kita tak cukup tidur tak cukup kaki tangan nak siapkan semua. lagi teruk kawan-kawan yg buang adah sebab benti kerja untuk pilih jaga keluarga gelar suri rumah ni keja senang. dalam bahsa kasar diorang gunakan "mengangkang' je. huhu.. tapi saya suka kerja sekarang. Allah kan maha kaya.

    BalasPadam
  9. syabas abang ben.. adah pon surirumah berkejaya. kerja dari rumah sambil urus anak. ni nasib 1 lagi.sebaya qhaliff. lelaki juga. nakal dan cerdik nak belajar mcm-macam sampai kita tak cukup tidur tak cukup kaki tangan nak siapkan semua. lagi teruk kawan-kawan yg buang adah sebab benti kerja untuk pilih jaga keluarga gelar suri rumah ni keja senang. dalam bahsa kasar diorang gunakan "mengangkang' je. huhu.. tapi saya suka kerja sekarang. Allah kan maha kaya.

    BalasPadam
  10. betullah tu, sebenarnya jadi suri rumah
    memang ada macam-macam kerja
    lagilah bila ada ank sekecil qhaliff dan zahra
    masa ni barulah dok teringat pengorbanan mak

    BalasPadam
  11. ya ampun, comelnya zahra...ini ikut muka abg ben, tapi mulut tu ikut qhaliff. sangat cute:)

    BalasPadam
  12. Rindu nak jadi surirumah semula.. tapi apakan daya..huhu...

    BalasPadam
  13. Rindu nak jadi surirumah semula.. tapi apakan daya..huhu...

    BalasPadam
  14. Surirumah kerja 24/7 tanpa cuti kan?sakit pun tetap kena keja juga

    BalasPadam