TH Hotel & Convention Centre Terengganu

 

Akhirnya aku sampai jugak ke hotel yang baru setahun lebih ni beroperasi. Pada awalnya  aku tak sangka la hotel ni begitu nampak ‘wow’ hanya disebabkan ada ‘Tabung Haji’ .. Ingat biasa biasa jer … Tapi bila sampai je situ , layanan staff di pintu hadapan saja dah buat aku terpikat ! Murah dengan senyuman , mesra dan sangat membantu !

Senibina hotel ni mmg buat aku kagum. Tetiba aku rasa macam tak percaya jer.. Rasa sayang pulak nak duduk sehari kat sini ! Nasib baik datang sini atas sebab kerja. Kalau tak , mau 3-4 hari gak duduk sini.

Layanan .. Aku boleh bagi 4/5 bintang. Kemudian naik ke bilik.. Masuk je bilik , terus aku … senyum ! Qhaliff lagi happy .. berlari sana sini dia ..

Kemudian aku periksa tandas dia .. Perghhh ! Cayalahhh … dia asingkan bilik mandi dan jamban.. hahaha ..

 k

Aku puashati dengan keadaan bilik ! Aku nak try room service. Aku try , wife bayar .. haaa … best kan ?

Harga ? Standard hotel la tapi sedap ke tak ?? Aku cuba mee goreng dia .. Walah weiii ! Sedappppp ! Nasi ayam dia pon aku cuba ! Sememangnya berbaloi la nginap di hotel ni.

Dan di ruang legar , kita hanya akan dengar ayat suci Al Quran dipasangkan dengan perlahan .. Sejuk jer suasananya.. Huhuh… Memang mendamaikan la duduk sini ..

Ok.. apa daya tarikan untuk kanak kanak lak ? Kolam renang dia best ? Cer tengok gambar bawah ni dan bagitau aku jawapannya..

image

Rasa rasa best tak ? Heehehe.. tapi aku tak sempat nak gi mandi sebab kepenatan. Qhaliff dan Zahra pon abiskan masa dengan tidur jer.. Kang tak cukup rehat , demam lak.. kan ?

Dan , ada kolam muslimah yer .. Hanya untuk perempuan sahaja !!

Kesimpulan …

Qhaliff tak nak balik lagi  !!! Tak puas lagi duduk sini.. huhuhu.. Semoga TH Hotel dapat kekalkan keramahan mereka dan kebersihan di hotel ini. Takde pekerja asing wooo ! Bagus kan ?

Harga ? Hehehe.. aku nasihatkan , guna Agoda ! Murah siut ..

7 ulasan:

  1. Wah wah wah ..sonok sangat sampai tanak blk tuuu ..ptut ler muncung

    BalasPadam
  2. Best lah tu dapat tido hotel...hahaha
    =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Abg Ben x sempat mkn steamboat dia ke......sedap.....sy dgn family suka steamboat kt sini......nxt time kna dtg lg tu.....

    BalasPadam
  4. Nampak best ni.. . Kalau ada rezeki nak pergi lah..

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas ulasan anda, saya adalah arkitek yang merekacipta bangunan ini, komen anda membuatkan saya berasa berbesar hati.. terima kasih sekali lagi...

    Nornizam Yusof
    Project Architect

    BalasPadam
  6. Memang best! Saya baru balik dari bercuti bersama keluarga di sini TH Hotel Terengganu 4H 3M. Betul apa yang Ben beritahu, suasananya selesa, bilik yang cantik dan besar. Anak-anak pun seronok.

    BalasPadam
  7. nnti kalau g terwngganu meti nak stay sini.. pool dia tu memang buat anak2 lompat kegirangan okkk

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.