Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 8 Mei 2016

Biar orang lupakan kita tapi kita jangan !

 

Pernah ada kawan tanya , kenapa aku beria sangat membantu blogger baru ‘naik’ dan tak  amik sebarang komisien dari job yang aku dapatkan untuk blogger komuniti yang aku tubuhkan tu ? Walhal dulu , semua blogger kena berusaha sendiri untuk maju !

Hurmm..

image

Aku gi gym , sejak usia 22 tahun. Sekarang dah 40 tahun.  Apa yang aku nampak ialah , rakan rakan di gym jika berlatih beramai ramai lagi seronok dari seorang diri berlatih ! Memang bila beramai ramai ni , macam macam kepala ada.. Ada yang curik tulang.. ada yang asal angkat.. ada yang serius.. Hasil , korang pon leh tau. .sapa yang serius dan rajin serta berdisiplin ..tak culas.. dia la yang sado nanti !

Dan menariknya , bila ‘susah’ akan ada yang cepat cepat tolong ! Berbanding sorang sorang.. Ada kes aku dulu.. letak terlalu berat.. ditambah dengan dah penat.. tiba tak tak leh angkat beban ! Haaa.. Mengelabah aku dibuatnya ! Nasib baik ada orang.. kalau takde ? Mau gak aku mati terhimpap !

Aku pernah susah dulu.. Bertahun lamanya hidup terumbang ambing ! Takde sapa nak tolong.. Yang bertanya khabar , ramai jer.. Tanya gitu gitu jer.. Pastu jawabnya.. “ Ooooo” … tu jer ! Tapi aku tak salahka diorang ..

Cuma aku belajar dari situ.. Kalau kita dah senang , kita jangan lupa orang yang dibawah kita.. Tapi bila kita dah senang , jangan sesekali lupa orang yang bantu kita senang tu !

 

Realitinya .. bak kata TUN MAHATHIR , Melayu Mudah Lupa ! Yer , memang itulah kenyataannya !

image

Tapi aku kuatkan semangat dan berpegang pada..

image

Aku tak nak blogger blogger yang berbakat besar dan yang benar benar berminat dalam bidang penulisan ni , terabai.. Mana yang bagus , cuba untuk beri semangat dan bimbing mereka..

Hidup sebagai blogger ni sebenarnya payah.. Terlalu ramai yang bermuka muka ! Selagi mana mereka tak tercapai impian mereka , mereka sanggup membontoti blogger blogger yang ada nama..Hanya untuk menumpang seketika sebelum berjaya untuk melangkah sendiri ! Ketika tu , baru boleh nampak belang masing masing.. Hehehe.. Pengalaman aku .. 8 tahun dalam bidang ni !

Dan aku jugak berpegang pada janji Allah.. Banyakkan bersedekah !

image

Ikhlas membantu insan lain.. Aku cuba ! Allah ada.. Biar DIA saja yang membalas apa jua yang aku lakukan.. Aku tak harapkan balasan manusia. Akan aku kecewa nanti.. Dan sememangnya , sebelum sebelum ini ,

InshaAllah.. Aku melangkah selagi nyawa dikandung badan.. selagi ada insan memerlukan..

7 komen :

Eny Abdullah berkata... [Reply to comment]

Betul dan setuju. Biar orang x nampak kebaikan kita..Allah nampak niat hati kita nk tlg

Normi Nieza berkata... [Reply to comment]

good entry..:)

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

100% agreed!

admin berkata... [Reply to comment]

Betul aben, bukan mudah nak suh org ingat kite tpi itulah hakikat hidup, thanks buat aben yg sentiasa percaya pd blogger bru walau ada yg naik sekejap terus lupa sapa mereka dulu

Bonda Zahra berkata... [Reply to comment]

Tacing!!

Afiq Halid berkata... [Reply to comment]

Allah luaskan rezeki kita bila kita berkongsi dengan orang. Allah mudahkan urusan kita apabila kita banyak mudahkan urusan orang lain. In Shaa Allah. Terima kasih abg Ben.

Hidayah berkata... [Reply to comment]

huhu.. tersurat dan tersirat sampai.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI