Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 24 Mei 2016

Bila ada anak..

 

Aku tertarik dengan kenyataan Tuan Hisham Sharif yang viral hari ini..

image

Qhaliff dan Zahra dalam fasa kanak kanak yang tak tau apa apa tetapi Qhaliff mula matang dan banyak mengajar adiknya walaupun sering bergaduh.. Tapi si abang , tetap sayangkan adiknya ! Tak kasi aku marah adiknya tu..

Macam dalam entri aku sebelum ni , Qhaliff setiap kali keluar gi shopping mall , pasti akan dapat satu mainan. Wife sebolehnya tak nak kasi tetapi berbeza dengan aku. Aku kasi jer.. Tapi ada batas la.. Amik yang mampu beli je.. Jangan sampai bapak dia jual handphone untuk beli mainan lak ! Hehehehe..

Aku bukanlah manjakan dia. Tapi aku dalam usaha nak kasi dia punya daya imaginasi sendiri. Bermain dengan permainan dia dari dia habiskan masa dengan bermain tablet atau handphone !

Kekadang , dua dua budak comel ni memang bisa mengundang amarah aku terutama bila mereka buat kesilapan ! Alhamdulillah ,aku sering ingatkan diri aku akan kepayahan kami mendapatkan anak pertama  setelah bertahun berusaha. Bila dah dapat , takkan nak main pukul pukul gitu je kan ? Kalau Allah amik semula , camana ?? Haaaa..

image

Tak lama lagi , akan dapat seorang lagi anak.. menjadikan 3 orang keseluruhannya ! Aku perlu lebih sabar dan tabah dalam membesarkan mereka.. Terus terang . tak mudah ! Aku memang respek la mana mana ibu yg berjaya membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang dan kemanjaan tetapi anak mereka , dengar cakap dan menjadi insan berguna !

InshaAllah.. aku akan terus tabah dalam membesarkan anak anak.. dan juga isteri.. heee.. sorang je isteri ada !

10 komen :

Faizal Zaman berkata... [Reply to comment]

dah besaq dah budak 2 org ni....lama x jumpa...

Salina Johari berkata... [Reply to comment]

bila stress....tengok muka anak...confirm lega !!

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

sy lagi respek lelaki yang tabah jaga anak. tahniah aben. wonderful husband and daddy.

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

assalamualaikum singgah sini :)

Azlinda Azman berkata... [Reply to comment]

kadang-kadang jadi tarzan gak kat rumah tu ! Allahu

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

In sya Allah boleh!..

Cikk Mimin berkata... [Reply to comment]

Qhalif dgn Zara masih dalam zone ingin mencuba sesuatu yg buatkan sel sel otak senang berhubung. Dalam zone ni kena sabar banyak. ye takk. heeee ~
miminadam

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

samalah macam husband,..belikan mainan dia..tapi beli bersebab...ni baru satu dah haru..heehhe

Usry Norie berkata... [Reply to comment]

Saya juga ada seorang anak kecil berumur 5 tahun. lasak dan manja.Maklumlah anak perempuan. Seperti juga kakak-kakaknya, dia juga manja dengan saya melebihi manja dengan ibu. Merajuk dan sengaja mencari alasan untuk menarik perhatian saya dengan cara menconteng dinding, mengoyak kertas, menggunting surat khabar yang saya baca dan bermacam lagi. Terutamanya bila saya balik kerja. Sengaja menguji tahap kesabaran. Terpaksa layan juga sebab nak marah pun dia budak kecil.

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

kadang ilang kontrol gak dengan kedegilan budak2.. hmm tengking suara.. tapi bila fikir balik.. kalau nanti aku ada anak..pastu kena tengking... agaknya apa perasaan time tu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI