Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 7 Mei 2016

ETHNIQ COUTURE , suatu kelainan !

 

Hari ni aku ada satu misi.. Aku adalah peminat fesyen sebenarnya. Masa kecik dulu , aku bercita cita nak jadi pereka fesyen atau fashion designer. Tapi tak tercapai cita cita tu lagi.. ehehehe..

Misi aku.. nak tengok satu rekaan yang berbeza dari sebelum ni.. berbeza dari pandangan mata hitam aku ni ! Haaa.. Sebabnya , aku dimaklumkan oleh pemiliknya , rekaan mereka adalah unik !

Uik.. unik ?

Hurmmm..

Ok.. Jomm ke PWTC ! Kat Sana ada Pameran Perdagangan Fesyen Muslimah Antarabangsa yang baru je bermula..

image

image

image

Aku tak berminat dengan booth lain.. Hanya terus ke Ethniq Couture !

image

Sampai je situ , aku ternampak pemiliknya.. Encik Zaha Izrin Zahari dan rakannya , Encik Ricky… dan terkagum  aku sekejap dengan pakaian diorang ! Giler santai punya ! Gempak ! Ni kalau aku pakai , confirm cool ni !! 

Tengok kasut yang dikenakan dengan pakaian diorang.. Biasanya, mesti nak pakai dengan capal atau sandal.. Tapi diorang selamba je ngan kasut..

image

Kemudian aku dibawa pusing boothnya dan diterangkan sedikit latar belakang perniagaaanya.. Hurmm.. Aku dimaklumkan mengenai bisnis fesyen yang baru diceburinya itu tetapi , sudah lama pada isterinya yang juga rakyat Indonesia.. seorang peniaga yang sudah sukses  di negaranya..

image image

Isterinya , mengayakan salah satu fesyen yang sedang dijual di boothnya ! Gempak kan ? Hahahaa..

Aku diberi pamplet.. Dan.. kagum sekali lagi !

image image

Mereka sedang dalam proses mengenalpasti tempat yang sesuai untuk dijadikan pusat penjualan produk mereka.. Tapi di Indonesia , ada dah..

Buat masa sekarang , mereka ada di PWTC.. Tingkat 1 !

image

Melihat dari pakaian yang digantung tu , aku tertanya.. camana rupanya bila digayakan nanti  ???

image image

Di Instagram mereka , ETHNIQCOUTURE ada jawapannya ! Di booth ni ada dua jenis jenama dijual. Untuk lelaki , SALA dan perempuan ETHNIQ COUTURE.

image

image

Hurmm..

IMG_8429

IMG_8334

IMG_8877

IMG_8612

Unik sangat ! Dan untuk lelaki lak..

IMG_0406 IMG_0170

IMG_0372

Menarik ? Nak solat pon senang.. Yang bagusnya , kain dia tu ! Memang takde masalah dengan negara kita yang panas ni.. Kalau kain cotton yang biasa buat baju melayu tu , fuhhh.. nak bawak gi main bowling pon , mesti pikir 2-3 kali.. Berpeluh , confirm masalah !

Ok , ok.. Korang g tengok sendiri kat PWTC.. Ada sehingga Ahad ni jer.. Yakni , 8hb Mei. Sementara ada stok dan potongan harga.. hehehe..

Sebarang pertanyaan , sila hubungi ZAHA ( +019 242 7888 ) dan RICKY ( +628 1112273244 ). Instagram , ETHNIQCOUTURE.

Sila serbu.. aku nak g semula Ahad ni.. InshaAllah…….

image

6 komen :

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Wah memang unik dan menarik..suka sangat!

Norul Huda berkata... [Reply to comment]

Banyak pakaian menarik dan memuaskan, sesuai dengan nama Pameran Perdagangan Fesyen Muslimat Antarabngsa.

Muhammad Shahril berkata... [Reply to comment]

singgah sini kejap ye . jom singgah blog shahril pulak . :)

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

baju lelaki tu mmg dh lama cari.
pnah terjumpa kr IG tapi x hingat sr mana,
mmg smart patern baju untk laki tu.
boleh pkai untuk kasual dan pergi majlis

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

wahhh.. cooll je style baju tuk wanita. Lain dari sini yang kebanyakan jubah mcm tu je... hehehe boleh try ushar la kalau pi PWTC. menarik designnya

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

Unik..lain dari lain pakaian dia..baju laki tu memang cantik..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI