Sedap ke Laksa Sarang D’Laila ?

 

“ Ben.. jommm MMA ! Kak Laila buat Laksa Sarang ! “

Aku pun ‘ok ‘ jer la.. Tapi dalam kepala , tak proses apa apa pun ! Menda Laksa Sarang pon aku tak tau.. Hahaha.. Yang aku tau , Laksa je ! Tak kira la apa pun laksanya , janji aku perlu pergi dengan perut kosong ! Hehehe..

Lepas gym.. aku terus ke MMA Santai Corner yang terletak di Bandar Baru Nilai. Tak singgah mana mana gerai.. terus ke D’Laila.. Kepala masih proses ..

“ Nak makan apa eh ?? “

Sampai je meja kengkawan.. aku tengok si Rozita makan Laksa Sarang manakala Saidila makan bubur.. Rasanya la kot.. macam bubur !

Terus aku terliur tengok laksa ! Nak jugakkkk ! Terus aku order ngan Kak Laila. Nasib baik orang tak ramai waktu aku gi tu.. Heheheh.. Tak perlu tunggu lama untuk dapat tempahan aku tu..

image

image

Makan.. kuah dia , terasa macam mak aku punya. Hurmm.. Laksa jenis halus.. Menepati selera tekak !

“ Kak.. nak satu lagi ! “.

Tolak tepi segan ! Hahahaha.. Dah sedap , jangan ditahan tahan wooo ! Tambahan pulak memang terasa pedas bila terkena cili dia.. Haa.. menambahkan lagi keenakkan Laksa Sarang D’Laila ni..

Settle makan.. Tapau untuk wife ! Hahahaha.. Alhamdulillah.. Dah tau dah mana nak cari laksa andai teringin ! Oh ya.. jangan keliru dengan laksa penang atau asam laksa yer.. Ni Laksa Sarang.. 

5 ulasan:

  1. woahhhhhh. kena p jugak ni.. x kira

    BalasPadam
  2. sedap sangat....aku pun makan laksa saranglah.....huhuhuh

    BalasPadam
  3. heeh tak pernah makan laksa.. tak pandai sebenarnya .,. laksa johor je reti makan..sebab tak berkuah..and guna spagheti ... hehe

    BalasPadam
  4. hahaha...dila pun makan laksa sarang la..tapi dah rupa bubur ek..hahaha..tp serius sedap wooo...halusssss...

    BalasPadam
  5. First time dengar laksa sarang. Dah lama dok ajak hubby pi kedai kak laila...nak kena pujuk lagi ni hehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009