Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 21 Mei 2016

Tak ingat kenangan manis bersama atok nenek !

 

image

Aku ternampak sapa tah update status yang dia printscreen dari fan page mana tah.. Aku pandang Qhaliff.. Qhaliff dah masuk 4 tahun. Dia susun ayat pon masih terabur bila bercakap. Tapi dia belajar membetulkan bila aku menegurnya.

Dan dia banyak belajar english melalui Ryan Toy’s Review di Youtube. Kekadang dia cakap omputeh dengan mak dia.. Ngan aku , dia segan nak speaking gitu .. walaupun aku speaking ngan dia.. Dia balas kot melayu gak ! Dia segan.. Tak pe.. Jauh lagi perjalanan hidup dia.

Buat masa sekarang , aku tak hantar dia kat mana mana taska. Aku perlu berjimat cermat sebab kos sara hidup makin tinggi. Dan aku tak nampak lagi keperluan dia untuk ke taska.. sebabnya aku rajin ke rumah mak bapak aku. Di sana , dia ada ramai kawan sebaya dan selalu ikut mak aku ikut gi amik budak sekolah.. Mak aku ada bas sekolah ! Sori.. bahasa pasar ! Hahahaa.. Paham la kan ? Maksud aku tu ? Haaa..

Dari situ , Qhaliff dan Zahra bergaul. Dia berkawan dan berkomunikasi. Setiap hari ada je perkataan baru muncul dari mulut diorang.. Diorang belajar dari sepupu diorang yang belajar di sekolah agama , sekolah cina dan amik kelas tambahan ! Di usia 6 tahun ! Adehh.. Ok , tak isu.. hak masing masing membesarkan anak anak..

Tujuan aku bawak diorang ke sana adalah untuk habiskan masa dengan atok nenek diorang. Biar diorang rapat. Bermain.. iku ke sana sini.. Diorang jadi penghibur pada ayah aku yang baru sembuh dari kanser dan mak aku ..

Aku tak berpeluang merasa semua tu ! Aku tak ingat langsung kenangan aku bersama atok nenek aku. Yang aku ingat , kenangan aku di sekolah tadika dan sesekali orang tua aku  bawak beriadah ke sungai.. setiap hujung minggu !

Tahun depan , inshaAllah.. bertambah sorang lagi ! Lahir bulan 9.. dan tahun berikutnya , Qhaliff dah masuk 5 tahun ! Apakah dah tiba masa untuk Qhaliff masuk taska ? Hurmmm.. Aku tak kisah sangat bab Qhaliff kenal huruf ke tak.. Sebab aku nampak kemampuan dia. Dia seorang yang cepat belajar. Begitu juga Zahra. Dan aku tak cadang nak jadikan diorang menteri di negara kita ni.. Memadai jadi insan yang berguna pada agama , masyarakat dan juga keluarganya.

Dari komen yang aku baca di status tu.. rata rata ibu bapa memang tertekan dengan keadaan sekarang ! Mereka seolah olah berlawan dengan anak orang lain secara tidak langsung ! Ini bagi aku berpunca dari media sosial gak laa ! Kawan yang dia kenal di Facebook , punya anak seusia.. tapi dah pandai macam macam.. kemudian dia bandingkan dengan anaknya.. Hurmm.. Memang leh gila wooo ! Sian anak anak..

Ingat.. ada kes anak kecil terlibat dengan dadah , dah yer.. Tepuk dada , tanya kemampuan diri dan anak sendiri !

0 komen :

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI