Jom ke Malaysia Halal Expo 2019 ! Sejarah bakal tercipta !!

by - Rabu, Januari 23, 2019


Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre , pada  24-26 Jan 2019 satu lagi sejarah negara bakal tercipta yang mana Kementerian Pembangunan Usahawan dan agensinya, SME Corps Malaysia akan  menganjurkan satu expo iaitu  Malaysia Halal Expo 2019. 

Dan korang patut turut sama menyaksikan ianya berlaku. Bayangkan , produk produk tempatan berstatus Halal akan berada di Jepun pada tahun 2020 sempena Sukan Olimpik ! Nah.... bukan calang calang punya temasya tu kan ? Haaa... Seluruh dunia punya manusia akan berada di sana dan produk tempatan kita turut berada di sana. Bayangkan peluang yang bakal tercipta selepas itu ? 

Untuk pengetahuan korang , kerajaan Jepun yang meminta Malaysia memasarkan produk produk Halal ke sana sempena Olimpik 2020 nanti. Tak bangga ke ??  Sesungguhnya Malaysia perlu mengambil kesempatan ini bagi menunjukkan keupayaan dan kepakaran kita dalam menawarkan produk halal yang berkualiti. 



Aku tak nak lepaskan peluang ni. Dikatakan lebih 300 pempamer akan buka booth mereka di sana nanti dan ianya mengikut kluster kluster.. Antaranya ialah bahan ramuan , makanan dan minuman pemproses , komestik , penjagaan diri dan farmaseutikal , logistik dan bioteknologi. 







Dan senarai penuh , boleh tengok di SINI ! Hahhh ! Bukan sekadar booth jer yang akan menanti korang ! Pelbagai program menarik seperti bual bicara perniagaan melibatkan usahawan yang telah berjaya dan termasuklah selebriti seperti... 

Wow ! 





Turut akan diadakan nanti ialah penganugerahan Islamic Innovation Awards . Maklumat lengkap  mengenai aturacara dan aktiviti , korang boleh tengok di SINI.

Oh yaaa... Masuk adalah PERCUMA ! Datang beramai ramai dan jangan lupa sebarkan pada rakan rakan yang menyokong produk tempatan yang berstatus HALAL ! Dan mereka yang bergelar usahawan dan berminat nak jadi usahawan , jangan lepaskan peluang keemasan ini ! 

Info Malaysia Halal Expo 2019 :
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre 
Tarikh :  24-26 Jan 2019
Masa : 10 pagi - 6 petang


Untuk maklumat lanjut , sila layari : 




You May Also Like

4 comments

  1. Wahh.. macam2 produk ada. Alhamdulillah dengan adanya program expo macam ni mudah la nak tahu produk2 halal yang join nanti.

    BalasPadam
  2. jom kita semarakkan Malaysia Halal Expo 2019 .. tak sabar weh nak tengok rangkaian produk halal sebab bukan selalu pun diadakan

    BalasPadam