Apa dah jadi dengan Malaysia Baru ?

by - Jumaat, Mac 22, 2019


Baca artikal tulisan pelajar Tahun 3 USIM ni sepatutnya memang aku bersetuju jika dipandang dari satu sudut tetapi jika mereka yang bergelumang dalam dunia media sosial ni , pastinya akan geleng kepala sama sekali ! 

Camana Malaysia nak jadi pembimbing jika dalam negara sendiri bermasalah ! Sebut je ISLAM , ada yang dah cuak walaupun dikalangan mereka yang taraf pemimpin ! Camana tu ? Cuba baca komentar komentar di MalaysiaKini dan beberapa lagi akhbar online yang bukan berbahasa Malaysia. Dari situ boleh saja nilaikan sendiri !

Kerajaan Malaysia perlu kembalikan semula semangat MALAYSIA dalam masa yang segera. Jangan dok sibuk nak buat kereta terbang sedangkan rakyat dalam keadaan kecelaruan. Semangat cintakan negara semakin ke laut. Masing masing dok dengan 'pendirian' masing masing. Ini amatlah bahaya !

Menteri Perpaduan sendiri kecelaruan ! Apakah peranan dia ? Apa yang dia buat ? Huhuhu... Apa dah jadi Malaysia Baru ???? Tempoh 5 tahun amatlah singkat . Nampak panjang tapi singkat sebenarnya. Masih ada masa perbaiki atau sejarah mungkin sekali lagi terjadi. 

Rindukan suasana keharmonian berbilang bangsa seperti dulu ! Tahniah kepada parti parti politik di negara ini.


You May Also Like

1 comments