Bila wife sediakan ikan patin masak tempoyak !

" Bang , dah siap... Cuba la rasa. ". Pinta wife semalam.

" Tapi pedas sikit tau.. " Sambung dia lagi.

Aku jengok dalam periuk tu. Fuhhhh , dia punya menyala kuah tu. Memang membuatkan aku terliur. Tapi disebabkan aku sekarang ni jaga kesihatan , maka aku terpaksa menolaknya. Aku tau wife sedikit hampa tapi aku terpaksa. Bukan apa.. kalau aku makan , confirm akan sakit kepala punya. Terliur , dah pasti ! Tapi kena kuatkan iman. Huhuuh... 

Esoknya , aku ke dapur. Aku tengok wife dah sediakan bihun goreng. Dan aku jeling hujung mata periuk berisi ikan patin masak tempoyak tu. Gulp ! Benar benar mengoda. Aku cari nasi. Takda. Heee.. Bijak dia. Dia tau aku akan makan punya. Kenal sangat laki dia camana. Mana tahan godaan bab makanan dia masak ni. Dah memang prinsip aku.. camana pon dia masak atau mak aku masak , aku akan makan. 

Aku rasa kuah dulu. Fuiyoooooo ! Ala ala RnR Temorloh punya rasa kauuu ! Hahahaha... Terus aku amik mangkuk dan letak kepala terus. Hahahaha.. Tak kira dah. Hilang 6 pax pon hilang la.. Hahaa.... 


Sedapnya ! Ikan dia walaupun dah 2 minggu lebih dalam peti ais , terasa seperti baru lagi kesegarannya. Hee.. wife tak sempat nak masak. Sibuk berkhidmat untuk negara. Tapi aku ok je. Aku bukan spesisi teringin seperti dulu. Selera makan aku agak menurun sekarang ni. Aku makan untuk hidup jer. Hee.. 

Memang power la dia masak. Dia pon tak sangka la aku leh puji gitu. Dia tau , aku kalau puji tu memang betul la. Kalau tak sedap , memang aku akan cakap. Dia leh terima dan akan perbaiki. No hal punya la ! Baru leh berkembang kan ? 

Abis makan , aku stop. Simpan untuk dia. Mana tau balik kerja kang dia mencari. Walaupun aku dah terliur nak abiskan semua.. hahahaha.. aku sabar ! Tunggu dia balik , leh sama sama ratah. Baru la romantik mr loba loba kan ? Huhu..

Malam tu... lepas balik gym , aku tengok dalam periuk ada lagi ikan patin tu. Dia kata dia dah makan skit tadi. Saja tinggalkan untuk aku. Walaweiiii ! Apa lagi ! Walaupun lepas gym.. aku tak kisah dah. Hahahahah... ratah dan hirup semua kuah ! 


Puashati kau ! Hahahha.. risau esok sakit perut je. Harapnya tak la. Huhuhu.. Serius memang sedap la. Ikan dia pun memang lembut giler. Ikan Patin Sangkar Sg. Pahang. Ada kawan aku di Sepang ni jual. Kalau korang nak pun, leh order ngan dia.. 

Dan aku berjaya abiskan semua tanpa sebutir nasi pun. Lalalaalala... Pasni nak order lagi la ! Sebelum puasa makan. Masa puasa pun makan. Hahahaha.. Tanpa nasi. Tapi kalau ada nasi , sambal belacan dan ulam.. fuhhhh ! Berasap telinga weh ! 

Info mengenai ikan patin tu kalau korang nak beli : 

Menjual ikan PATIN & TALAPIA sangkar Sg Pahang® serta ikan-ikan liar di Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Putrajaya dan kawasan sekitar.

☣️ PATIN BERMULA DARI RM 14 - RM 21 [SEEKOR]

☣️ TALAPIA BERMULA DARI RM 10 - RM 18 [SEEKOR]
☣️ CAJ COD DILUAR KAWASAN NAMUN IANYA BERGANTUNG PADA BUDI BICARA & KUANTITI.. INSYAALLAH BOLEH BINCANG..

ℹ️ RM20/kg - Jualan Per Ekor
ℹ️ Siap Buang Perut (Bersih)
ℹ️ Limited Size & Quantity
ℹ️ COD : BBST, Sepang / P4, Putrajaya
ℹ️ Call / Wasap 0139543252

www.wasap.my/60139543252
www.wasap.my/60139543252
www.wasap.my/60139543252

2 ulasan:

  1. Wah nampak menyelerakan tapi saya tak makan ikan patin dan ikan yang sewaktu dengannya hahaha . Ikan laut jer makan tu pon yang kecik2 lau datang yang besar2 ya ampun seyesaa cakap tatau nak buat lagu mana .

    BalasPadam
  2. nampak sedap, tapi saya tak makan ikan patin. hehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.