Buka Puasa 2019: Kuala Lumpur Convention Centre dengan konsep Bazar Kontemporari ! - BEN ASHAARI

Buka Puasa 2019: Kuala Lumpur Convention Centre dengan konsep Bazar Kontemporari !


Menarik dan menyelerakan ! Bauan makanan begitu menyerlah. Tak tau nak makan mana satu. Segalanya kelihatan begitu sedap. Menu tahun ini  yang bakal di sajikan di Kuala Lumpur Convention Centre akan merangkumi pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘kemestian’ pada bulan Ramadan. Ini termasuk bukhara Ramadan dihidangkan dengan gulai kawah daging campur bersama kedondong, gulai kawah tulang rusuk kambing bersama ubi kentang, dan gulai kawah ayam kampung bersama pisang muda lemak manis; ayam kampung masak cencaluk; lemak asam telur itik bersama sayur munggai; tembosa dan ubi getok; udang laut dengan Raja durian; dan makanan laut panggang duan pisang ‘ala Portugis’.

Konsep ‘bazar kontemporari’ interaktif sajian pelbagai sajian lazat yang disediakan khusus oleh pasukan 52 chef terbaik mereka yang memenangi anugerah. Suasana santai yang telah diubah suai ke gerai-gerai makanan klasik tepi jalan ‘Chef Action Stations’ digemari ramai menjanjikan pengalaman yang pasti sukar dilupakan oleh pelanggan kami pada bulan Ramadan ini. Chef mereka akan memasak makanan ‘jalanan’ kegemaran ramai, seperti barbeku Thai, stimbot, kuetiau goreng Pulau Pinang dan sate ayam dan daging.”

Kesemua lima dapur masakan Cina, Barat, Sejuk, Pastri dan Melayu Pusat Konvensyen disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Korang boleh menikmati makanan tanpa waswas yang mana 70% bekalan bahan masakan dan keperluan dari sumber tempatan.





Orang ramai dijamin akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang cemerlang serta sajian makanan bertaraf 5 bintang apabila menikmati juadah berbuka puasa disediakan untuk orang ramai pada harga RM150 bersih seorang, yang boleh didapati untuk tempahan pada hari biasa antara 8 hingga 31 Mei 2019. Pusat Konvensyen juga menawarkan diskaun 10% kepada orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 30 April 2019. Jadi, pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan.

Di samping itu, Pusat Konvensyen menawarkan nilai hebat untuk promosi berbuka puasa korporat (untuk 100 orang dan ke atas), yang disediakan setiap hari sepanjang Ramadan, pada harga serendah RM128 bersih seorang. Dengan dua pilihan menu yang disediakan khusus – Ramadan Al-Mubarak dan Ramadan Al-Kareem – pelanggan mempunyai pilihan untuk memberikan sentuhan peribadi dengan tambahan pelbagai ‘Chef Action Station’.

Tempat duduk untuk orang ramai terhad dan tempahan perlu dibuat manakala untuk majlis korporat, Sila hubungi +603 2333 2866 untuk pertanyaan umum dan +603 2333 2877 untuk tempahan korporat. Untuk maklumat tentang jamuan berbuka puasa Pusat Konvensyen, sila ke laman www.klccconventioncentre.com.





5 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.