Nanti kita selfie dengan gambar je , ye nak ?

by - Khamis, Mac 21, 2019

Baca artikal sebuah akhbar online..Di Malaysia ada salji ! Boleh gi sana dan menikmati 'suasana'  bersalji. Bagi mereka yang tak mampu ke luar negara, ini sajalah yang ada untuk menikmati 'kesaljian' itu. Yang mampu , beruntunglah ! Nanti kirim salji eh ? Aku tak mampu lagi ni. Hehehhee..

Itu salji. Negara kita ni , sebenarnya ada harta karun ! Ramai tak sedar tapi dalam diam , penyangak penyangak sedang mengebaskan di depan mata kita secara terang terangan. Apa tindakan kita ? Lantak kau la. Ni semua salah kerajaan sebab tak bendung ! Huhuhuh..  NGO seperti PEKA dah puas 'berkempen' mengenai isu ini tapi apa tindakan ? Hurmm.. 

Bila terlihat satu posting seorang kawan di Facebook , aku geleng kepala. Tak tau nak tuding pada sapa. Katanya sebab kemarau. Dan kata seorang lagi , ni la antara kesan daripada pembalakan tidak terkawal . Dunia semakin panas dan kita menambahkannya lagi. Peningkatan suhu secara ekstrim. peningkatan kes pencemaran alam sekitar , peningkatan kejadian banjir kilat , kejadian hakisan dan tanah runtuh semakin berleluasa , kemusnahan habitan (flora dan fauna ).

Gambar bawah ni... Sungai Pahang. Taman Negara. Yalah yalah yalah... Kemarau punya pasal ! Bukan pembalakan ! Hehehehe.. Tak pe la.. Tebang semua.. kasi licin ! Ramai dah amik gambar hutan hutan ni. Nanti bila dah licin , kita naikkan je poster atau lukisan besar besar. Datang melancong sini , bergambar dengan khazanah alam.. bersama gambar je ! Hutan dah abis ditebang. Kalau ada pun , nak masuk kena bayar ! 




Itu satu hal. Dek kerana pembalakan tak terkawal. Yang bawah ni , satu hal lagi ! Haish.. apa punya manusia pun aku tak tau nak kata. Gi beriadah nak hirup udara segar. Nak mandi sungai bersih. Tapi kalau dengan perangai serupa manusia tak berpendidikan , letih la gini ! Apa susah sangat nak bawak balik segala sampah yang korang bawak datang tu ? Ni main tinggal je kat sana.. ko pikir ada orang nak kutipkan ke ? Sedar la sikit. Nanti anak cucu kita pun nak datang gak beriadah. 


Teringat ketika aku gi New Zealand.. Kat sana ada sungai yag cantik cantik ! Bersih. Jernih. Dalam hati aku , kat Malaysia pun banyak sungai cantik cantik gak ! Tapi sayangnya , aku kena tarik balik dah kata kata aku tu. Sungai kat Malaysia sekarang ni penuh dengan sisa buangan jer... 

Akan datang nanti , jika nak tengok sungai yang bersih dan cantik... kena gi melancong ke luar negara. Kalau dalam negara , kita gi Muzium Warisan Khazanah Alam ( yang bakal diwujudkan ). Ketika tu , dengar la bunyi unggas dan deruman air terjun yang dimainkan oleh radio dan anggaplah kita di tepi sungai.




Menakutkan ! Tapi inilah realiti yang perlu kita hadapi. Kerajaan baru. Negara baru tapi apakah perubahan yang baru ? Salahkan kerajaan ? Dah tu ? Tindakan tegas di mana ? Jika ada tindakan tegas , diorang takut la nak melakukan kesalahan ! 

Sungai sungai yang aku pergi ketika kecil dulu , dah pun berubah wajah. Apakah nasib cucu cicit aku nanti ? Mandi kolam renang je la dan berwallpaperkan permandangan hutan !

You May Also Like

11 comments

  1. Ya Allah sedih tgok perangai yg suka buang sampah masa mandi manda ni. Adakah lagi sungai yg bersih untuk generasi akan datang? tahun depan dah doploh² ada keta terbang...tp perangai msih smpah...smpai bila x maju..

    BalasPadam
  2. Teruknya yang Taman Negara tu.. Habis semua.. Kalau takde pokok dah hbisla

    BalasPadam
  3. Sedihnya... Mentaliti yang suka buang sampah merata ni patut dok dalam hutan. Biar akhirnya tertimbus dalam sampah depa sendiri. Tapi hutan yang ada pun banyak dah di togelkan. Cari dan dikenakan hukuman berat depa ni.

    BalasPadam
  4. Taman Negara yang kita gi? alahai...

    BalasPadam
  5. Pasni anak2 kita dan generasi akan datang hanya kenal pokok dalam gambar jer laa kot . Dunia makin parah . Penguatkuasaan yang ketat perlu bagi menangani masalah ini dari terus berleluasa . Jangan rompak khazanah alam kita yang cukup berharga hanya kerana wang semata mata .

    BalasPadam
  6. Sedih...bila manusia semakin tamak dan tak tahu menghargai alam.

    BalasPadam
  7. Tangan -tangan manusia sendiri yang merosakkan alam ini sebenarnya..begitulah hakikat..beralasankan demi pembangunan.

    BalasPadam
  8. kerajaan memang kene ambil tindakan tegas dalam hal mcm ni.. tapi perangai masyarakat juga kene ubah..

    BalasPadam
  9. ini lah realiti kita sekarang. pihak berkuasa perlu lebih tegas.

    BalasPadam
  10. Sedih..tak dapat nak gambarkan kehidupan anak cucu akan datang kalau sifat macamni kekal berterusan.

    BalasPadam