Selamat Tinggal Legend Cherating Beach Resort ! - BEN ASHAARI

Selamat Tinggal Legend Cherating Beach Resort !


Sedih. Macam tak percaya. Sewaktu membaca kata kata salah seorang pegawai hotel tersebut di Instagram , aku macam tak percaya. Takkan kot ??? Sebelum ni memang ada dikatakan bermasalah selepas kewujudan Lebuhraya Pantai Timur ( LPT )  yang mana selama ni kenderaan ulang alik dari Pantai Timur nak ke Selatan akan melalui Cherating tapi tidak lagi sekarang. Bermakna kawasan ini dah kurang pengunjung sangat dah. Nazak. Dah la tu , banyak hotel , motel dan resort kat area ni termasuk la restoran restoran serta gerai gerai jualan seperti keropok lekor dan sebagainya. 

Legend Cherating Beach Resort ... terlalu banyak memori untuk aku. Terlalu banyak. Tiba tiba rasa nak mengalir air mata. Aku doakan agar ada pengurusan baru amik alih dan naiktarafkan hotel ini.. Lokasi cantik. Pantai cantik. Hotel cantik. Yang tak cantik ialah promosi menaikkan kembali Cherating ! 

Sebelum ni Legend Cherating Beach Resort pernah menggunakan Kelab Blogger Ben Ashaari untuk  promosikan kembali resort ini. Bukan mudah untuk naikkan kawasan ini disebabkan laluan nak ke sini ni , tak ramai yang arif. Aku sendiri pon sering tersasar masuk ke LPT yang terus ke jalan besar. Takkan masuk ke jalan pantai ni ! Inilah masalah utamanya. 

Kerajaan negeri perlu buat sesuatu atau Cherating , akan tinggal nama....


Sedih tak terkata..Begitulah kehidupan. Terima kasih Legend Cherating Beach Resort !

10 ulasan:

  1. Sedih kan... dahulu cherating salah satu lokasi paling best kat area pantai timur. Dan hotel ni menjadi pilihan utama

    BalasPadam
  2. Kalau naik bas memang sepi sunyi Ben kawasan Cherating tu, restoran Cherating tu idup sebab bas-bas express masih lalu jalam dalam tu, tapi kalau resort dan juga penjual kopok ke, sepi je tempat mereka huhuhu...kenangan juga aku pernah stay sekali di situ ...

    BalasPadam
  3. Alaaa sayangnya, tempat ni best terutama untuk family day.

    BalasPadam
  4. Laaa sayangnya.. hotel tu best, tempat pun cantik...

    BalasPadam
  5. laa yeke..teringin nak pergi sana lagi..tempat honeymoon sy thn 2012..xtau lak skrg dah suram kawasan cherating

    BalasPadam
  6. betul ke.. macam x percaya je... semoga ada usaha lain untuk membangunkan nya kembali..

    BalasPadam
  7. yess tempat yang cantik..
    last pergi 2016..
    patutla hari tu search kt booking.com tak de..

    BalasPadam
  8. Family kami dari ank2 diorang kecik lepak situ.tup2 this year pergi bulan bila dah lupa cakap dah tutup dah.view kat situ cantikkkkk 😭

    BalasPadam
  9. harap2 ada pengurusan baru take over. slalu je p cherating mmg jadi legend jadi pilihan. tp skg p hotel lain.. nak lepas rindu makan area kemaman n ikan bakar Pak Waib.

    Legend Resort mmg terbaik sesuai utk family terutama utk mandi di swimingpool dia..


    tp skg tk tau laa selain legend hotel mana lagi best utk bawak family..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.