Aariz menyimpan dendam pada aku kah ?

by - Sabtu, April 20, 2019

Bila ada kerja  terutamanya , maka terpaksalah aku ke Cheras , rumah mak aku. Tinggalkan Aariz di sana sekejap dan aku 'berlari' ke lokasi' pertemuan. Kelmarin... aku terlalu sibuk dengan tugasan aku mencari rezeki untuk keluarga. Awal perancangan , lepas meeting di Oh Free Food , aku nak kembali amik Aariz di rumah mak aku dan kembali ke Sepang untuk jemput Qhaliff pulang dari sekolah , jam 12.20 tengahari . 



Tapi... perancangan terpaksa berubah ! 

Jam dah menunjukkan 11.30 pagi. Aku ada sejam untuk kembali ke rumah mak aku dan amik Aariz seterusnya ke Sepang. Sempatkah ???? Aduhhhhh.. Macam tak sempat jer. Maka terpaksalah aku 'gugurkan' Aariz dalam perancangan aku. Terus ke Sepang untuk amik Qhaliff. Lepas Zohor kembali ke Cheras untuk amik Aariz dan kembali ke Sepang. Malam ada kerja lagi. Fuh , berpeluh ketiak. Nak demam pun ada dah ni ! 

Dengan kelajuan yang boleh aku tekan yakni 100 kmj dan kuran 80kmj di hadapan kamera AES , akhirnya aku tiba di sekolah Qhaliff jam 12.15. Fuh.. Lega. Qhaliff ni kalau aku lewat , dia akan shopping kat penjual luar kawasan sekolah tu. Aku malas nak ajar. 

Selepas jemput dia , gi lepak mamak dulu. Lepas makan , balik rumah jap. Perancangan , lepas mandi , solat Zohor baru keluar. Tapi... bila dah mandi , mata dah berat dah ! Aku mesej wife. Dia setuju dengan perancangan baru aku. Malam , lepas aku abis kerja gi jemput Aariz ! Hahahahha.. Tu diaaa !

Aku call mak aku. Dia kata Aariz ok jer. Takda masalah. Dok sibuk bermain. Ok la tu , kan ? Hee.. hilang rasa risau aku. Dan bila tiba malam hari.. kul 12 tengah malam baru sampai rumah mak aku. Hahaha.. Jemput Aariz yang dah lena tidur. 

Sampai rumah dia lena lagi. Hinggalah esoknya. Selepas subuh , aku gi tidur sebelah Aariz. Mak dia pun ada. Tiba tiba dia menangis. Huh ?? Apahal lak ? Mata tertutup tapi menangis. Jari dia ditujukan pada aku. Hah ?? Sudah... Ada 'benda' kah ???? 

" Abang.. cuba abang keluar dari bilik ni... " Pinta wife. Aku akur. Bangun dan keluar. Aku menyorok. Ekor mata Aariz mengekori pemgerakkan aku. Dia masih menangis. Aku keluar betul betul. Dia diam. Eh ?? Aku masuk balik. Dia menangis sekali lagi ! Jari dia ditujukan pada aku. Kemudian menunjuk ke arah pintu seolah olah berkata..

" Daddy... sila keluar !!! "

Wife ketawa besar ! Berdendam rupanya budak ni. Sapa suruh tinggalkan lama lama kat rumah mak. Haaa.. menjawab la. Seharian dia merajuk ngan aku. Tak nak ngan aku. Rupanya dalam diam , diorang ni simpan perasaan !! Jangan main main ok.. 


You May Also Like

2 comments