Buka Puasa 2019 : Jom Iftar @ Lugar De La Boda Puchong !

Berbuka puasa di luar selain di rumah dan masjid setiap kali menjelang Ramadan adalah suatu perkara yang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. Rakyat negara lain , aku tak tau la. Lom lagi aku ada pengalaman mengenainya. Heeee... 

Dan pastinya di Malaysia , boleh dikatakan semua tempat akan ada tawaran tawaran menarik bagi menawan insan insan yang sedang berpuasa atau pun yang kaki makan ni. Haa.. Masa ni la boleh nampak pelbagai jenis masakan dan hidangan yang payah nak nampak ! Rare gitu.. terutamanya masakan kampung ! 

Baru baru ni aku ada pergi ke preview Buffet Ramadan di Puchong yang dibuat oleh Hanana Group. Selama ni aku dengar je nama tapi tak pernah rasa lagi. Maka peluang ni aku tak lepaskan. Ke Puchong la aku jawabnya. 


Setibanya di lokasi... aku sedikit.. Woww ! Tak sangka begini ! Aku ingatkan biasa biasa jer. Tempat letak kereta yang selesa dan diuruskan oleh RELA. Maka tak perlu nak risau soal parking jika nak berbuka di sini. Begitu juga dengan surau dan tandas. Sememangnya inilah yang akan aku cari dulu sebelum meneruskan perjalanan mencari makanan ! Heeee.. Kalau tandas , surau bersih maka tempat ini pastinya 5 bintang termasuk makanan yang tak perlu lagi diragui ! 


Harga Early Bird 
Dewasa : RM59
Kanak2 : RM30
.
Walk In Price 
Dewasa : RM68
Kanak2 : RM38
.
Special Price 
1 x Table ( 10pax ) : RM580

Untuk pertanyaan : 016 6700471/ 016 311074/ 016 4318434 / 016 6700473

Alamat :  Persiaran Prima Utama , Taman Puchong 
Persiaran Tasik Prima 4 , Lake Vista 
Puchong , Selangor


Jom tengok persekitaran lokasi yang begitu cerah , terang dan susun atur yang selesa dan makanan disajikan semuanya wow ! Terutamanya Char Keow Teow. Hahahaha.. Sedap okkkk ! 

















Amacam ? Menarik ? Booking awal awal. Nak bersanding nanti pon leh booking diorang. Segalanya ada !


Untuk tempahan terus sila klik > Buffet Ramadhan 

7 ulasan:

  1. Harga cun! Baru tengok IG dia. Menarik laaa lokasi dia, sesuai bawak family ni

    BalasPadam
  2. Besnya menu dia. rugi x dpt join. 1st time tgk char koew teow leh cedok sendiri.. hehehe..

    BalasPadam
  3. Macam majlis kahwin laa pulak kannn...

    BalasPadam
  4. Bestnya tengok tempat dia..Harga pun berpatutan..

    BalasPadam
  5. apa ini aben...letak gambar kiter camtu....hehehehe

    BalasPadam
  6. Cantik tempat dia. Macam pergi wedding pula.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.