EcoTropics , Kempen Hartanah Bumi oleh Eco World di Johor - BEN ASHAARI

EcoTropics , Kempen Hartanah Bumi oleh Eco World di Johor


Bagi menyahut seruan kerajaan yang mana inginkan rakyat Malaysia memiliki rumah kediaman impian pertama mereka , Eco World telah mengadakan satu kempen iaitu Kempen Hartanah Bumi. Dan baru baru ni , aku berpeluang ke Kota Masai , Johor yang mana Eco World telah membina kawasan kediaman yang cukup menarik untuk diduduki. 

Pada awalnya aku tak percaya bila dengar harga rumah tersebut. Kalau di Kuala Lumpur atau Sepang mahupun Nilai , takkan dapat la rumah sebegitu rupa dengan harga yang murah ! Ditambah lagi dengan ciri ciri keselamatan yang ketat tapi mesra serta kawasan persekitaran yang menenangkan lagi mendamaikan. 

Aku sempat melihat dua fasa yang sudah pun mula dijual malah fasa 1 sudah hampir dipenuhi. Dan inilah yang dibuka untuk bumi ! Dengan diskaun sehingga 20% , wang pendahuluan sebanyak RM1,000  , bayaran bulanan sebanyak RM1606 , tiada bayaran untuk duti setem , SPA dan MOT. Harga rumah selepas diskaun bermula RM386,520 dan hanya tinggal 80 unit saja lagi ! 

Beberapa ciri yang menarik minat aku ialah double gates security system yang mana bukan mudah untuk dilepasi serta CCTV. Pastinya pengawal keselamatan selama 24 jam membuatkan penghuni taman ini dalam keadaan selamat senantiasa. Tasik buatan , taman riadah untuk berjogging  , taman permainan kanak kanak , gelanggang bola keranjang dan padang bola sepak. Dan untuk ke Tesco hanya mengambil masa dalam 5 minit saja.

Dan pastinya hartanah di kawasan ini akan meningkat harganya bila mana jalan raya singkat menghubungkan laluan lebuhraya ke Senai Desaru !






Bahagian belakang yang terus sambung ke taman riadah







Fasa 2 menarik minat aku sangat sangat ! Aku suka Fasa 2. Terbuka dan membuatkan penghuni lebih mesra jiran gitu. Hehehe.. Aku tengok rumah contoh Fasa 2. Anak anak mesti suka punya kalau design umah gini..










Amacam ? Menarik kan ? Bagi yang berminat , boleh ke EcoWorld Business Centre @  Eco Tropics Johor atau ke instagram mereka iaitu di Ecotropics_EW . Jangan lepaskan peluang ni bagi mereka yang tinggal berhampiran Kota Masai ni terutamanya yang mencari rumah pertama impian mereka ! 

13 ulasan:

  1. ya allah lawa nya rumahhhhhhh

    BalasPadam
  2. Ecoworld punya landskap mmg lawa2...

    BalasPadam
  3. Wahh cantiknya umah dan fasiliti dia. Down payment pun murah, monthly pun tak mahal sangat. Berbaloi ni

    BalasPadam
  4. Suka sangat dengan konsep dan suasana yang di sediakan. Macam kat luar negara. Dengan pelbagai kemudahan yang ada, patutlah laku keras projek perumahan ni.

    BalasPadam
  5. Suka sangat dengan konsep dan suasana yang di sediakan. Macam kat luar negara. Dengan pelbagai kemudahan yang ada, patutlah laku keras projek perumahan ni.

    BalasPadam
  6. lawa giler ah.. berapalah kos maintenance nt.. awesome sgt!

    BalasPadam
  7. Besarnya rumah! Cantiknya kawasan tu, nampak eksklusif betullah

    BalasPadam
  8. Buat port berlakun lawa ya ampun.

    BalasPadam
  9. Suka snagat jenis hall yang syiling tinggi. nampak luas dan ringkas.

    BalasPadam
  10. memang best weih kat situ .. rasa nk beli juga .

    BalasPadam
  11. Kena kerja dulu cari duit hihi

    BalasPadam
  12. Wow sgt rumah2 kat sini..best yer kalau dpt satu...

    BalasPadam
  13. Tempat dia memg wow laa.. Keselamatan.. Keselesaan semua ada.. Bestnya kalau dapat ni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.