Komik Cakar Ayam , dua dalam satu ! Fahami sebelum ..









Rata rata bila tengok komik ni akan kata part kawan tu tak hormat kawan dia sebab dok asyik tengok handphone. Bukankah kawan tu 'sedang bekerja' ? Dan ada yang kata , dah ajak duduk tu.. mesti la nak berbual kan ? Betul.. tapi dia ajak duduk makan sekali. Bukan ajak berbual ? Dia tak kata pun 'meh la lepak sekali ' , kan ? Haaa.

Dalam komik ni kena paham skit. Ianya realiti di masa kini. Setiap tutur kata punya maksud mendalam. Kadang kadang ianya merupakan kata kata sinis atau serampang dua mata. Mungkin kawan tu dah tau kawan tu camana.. maka dia ajak la duduk makan jer.. kan kan ? Kot la kawan tu jenis borak angkat diri tak ingat punya ! Atau jenis perlekeh orang ! Sapa tau kan ?  Jika benar kawan tu bagus , kawan tu pun tak membebel dari awal lagi.. Mestilah dia akan tunggu hingga kawan tu selesai 'tugas'nya.  

Dan kita tengok dari perbualan tu.. tutur kata kawan dia memang jenis kasi 'down' kawan. Sebab tu dia teruskan buat kerja hingga selesai sebelum 'mood' kerjanya dimusnahkan ! Hee.. Komik ni 2 dalam 1 isinya. Jangan tengok luar je yer.. 

1 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.