Manfaat Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 ( PeKa B40 ) yang perlu korang tahu !

by - Isnin, April 22, 2019

Rakyat Malaysia sekarang ni dah ramai celik kesihatan terutama yang muda muda. Mereka dah mula jalani kehidupan yang menyihatkan dan banyak program program positif yang mula tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ada larian di sana sini. Berbasikal pun banyak. Yang berzumba. Yang masuk gym. Haa... Boleh dikatakan setiap hari boleh nampak aktiviti aktiviti begini di kawasan kita..kan ? Tapi yang abiskan masa dengan makan pun ramai ! Huhuhuh.. Boleh makan.. tapi bersederhana dan awasi kandungan serta kalorinya. Ok ? 

Dalam penulisan aku yang lepas , ada rakan pembaca yang memberikan komen menarik.

I like how you relate your personal experience dengan call to action kepada PekaB40 - satu saranan dan kempen KKM. Tapi hakikatnya ramai golongan kelas pertengahan - golongan pelapis negara sebelum masuk peringkat umur 50 - an berada dalam kategori risiko yang masih tersisih dan tidak layak untuk saringan kesihatan seperti ini. saringan kesihatan sektor swasta yang menyeluruh mencecah harga beribu ringgit.. "

Entri aku bertajuk ' Sayangkan orang tua anda ? Ayuh baca ini ' pada awal perenggan menceritakan mengenai bagaimana aku melihat arwah ayah aku yang mengambil berat mengenai kesihatannya dengan rajin membuat saringan atau check up setiap bulan yang selalu ditemani oleh adik aku. Diikuti dengan pemergian jiran jiran tersayang yang berpunca dari pelbagai jenis penyakit yang bukan berjangkit. Kesemua mereka adalah berusia di atas 50 tahun dan mereka , kalau tidak silap aku adalah penerima BRIM atau sekarangn ni di kenali Bantuan Sara Hidup (BSH). 

Kedua dua cerita aku melibatkan kesihatan dan PeKa B40 adalah melibatkan kesihatan walaupun tidak menerima bantuan PeKa B40 kerana belum wujud lagi ketika tu. Jika sudah sudah ,pastinya mereka antara insan insan yang menerima kemudahan ini dan sesungguhnya sangat bermanfaat buat kerena aku dapat lihat sendiri bagaimana arwah ayah terpaksa naik turun pejabat Baitulmal untuk medapatkan bantuan bagi merawat kansernya.  Mereka yang tidak berkemampuan akan terima BSH dan kerajaan tak nak mereka ini hanya terima wang bantuan saja sebaliknya turut menikmati kesihatan yang sepatutnya di usia mereka. Yelah , wang dan kesihatan perlu seiring. 


Dan buat masa ini kerajaan membuka peluang untuk mereka yang berusia 50 tahun ke atas terlebih dahulu. Mana tahu kan , jika pelaksaannya berkesan dan memberi impak positif , mungkin mereka yang berusia 50 tahun ke bawah akan turut berpeluang. Aku juga menantikan kemudahan ini. Maklumlah , aku kan suri rumah sepenuh masa. Heee... Sama sama kita doakan yer. 

Ok.. Apakah manfaat Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 ( PeKa B40 ) ni ? Ok.. ada 4 Manfaat dalam PeKa B40 ni. Kena fahamkan  supaya tidak terlepas setiap manfaat ini. Mereka yang berkelayakkan akan : 

Manfaat 1 : Saringan Perubatan 
  • Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).
  • Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.
  • Saringan kesihatan merangkumi:
    • pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
    • saringan kesihatan mental
    • pemeriksaan fizikal
    • pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
    • ujian darah dan ujian air kencing
  • Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.
  • Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut.
  • Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.
  • Sekiranya penerima memerlukan rawatan, boleh dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau jika penerima sendiri bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri. Buat masa ini, skim PeKa B40 belum termasuk sebarang kos rawatan atau ubat.



Manfaat 2 : Bantuan Alat Perubatan
  • Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.
  • Had maksimum seumur hidup sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan yang dibelikan.
  • Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut:
    • Stent untuk jantung
    • Alat sendi tiruan
    • Alat bantuan pendengaran
    • Perentak jantung
    • Prostesis dan implan untuk tulang belakang
    • Prostesis dan ortosis tulang anggota
    • Kanta mata intraokular
    • Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
    • Bantuan sokongan nutrisi
    • Kerusi roda
  • Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
  • Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.



Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  • Manfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.
  • RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.
  • Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
  • Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali bayaran bergantung kepada peringkat rawatan.
  • Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
  • Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.



 Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan
  • Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.
  • Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.
  • Had maksimum bantuan yang boleh diterima:
    • RM500 untuk Semenanjung Malaysia
    • RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan
  • Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
  • Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.
  • Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
Ok.. Faham dah ? Haaa.. Bagi yang tak layak untuk PeKa B40 tu , janganlah pening kepala. Korang boleh cuba agensi lain andai dirasakan layak. Cuba jer. Tak salah cuba pun kan ? InshaAllah ada la tu. Semoga dipermudahkan urusan korang yer.. 

Dan akhir sekali. Nah , inilah antara hasil hasil dari pembayar cukai yang dikembalikan kepada rakyat. Buat mereka yang belum tunaikan tanggungjawab, silalah berbuat begitu agar di tahun tahun mendatang , PeKa B40 ni dapat menyasarkan pada golongan lain pula. Sapa tau kan ? Heee.. 

Mereka yang layak , silalah manfaatkan. Jangan biarkan begitu dan utamakan kesihatan kita kerana tiada orang lain akan prihatin akan kesihatan kita melainkan kita sendiri. 


NOTA : B40 bermaksud golongan sasaran yang wajib dibantu (berpendapatan terendah) dalam sesebuah negara.



You May Also Like

2 comments

  1. Dah check dh utk ayah,mak dan mertua..Alhamdulilah nama mereka layak dpt PEKA P40 ni

    BalasPadam
  2. macm ayh sy layak kew..sbp dia kencng manis umr 50 lebih blh mintk ke

    BalasPadam