Mcdonald's bocorkan rahsia menu untuk Ramadhan 2019 ! Dapatkan segera di..
Tadaaa ! Dah bocor dah !!! Walaupun Ramadan bakal tiba beberapa belas hari lagi , McDonald's telah bocorkan rahsia menu menu hot yang bakal jadi sebutan nanti di bulan Ramadhan ! Mereka yang teringinkan kelainan sewaktu berbuka atau bersahur yang hanya akan ada sebulan dalam setahun , nah.. inilah masanya !
Sepanjang bulan Ramadan nanti korang dibenarkan memilih dua tawaran menu eksklusif iaitu Nasi McD baharu dan Chicken Foldover di semua restoran McDonald’s. Yang cintakan nasi atau yang memang kena makan nasi sewaktu berbuka , korang boleh memilih untuk mendapatkan sos kari baharu untuk dinikmati bersama Nasi McD dan Ayam Goreng McD. Nasi McD boleh didapati dengan pilihan 1 ketul atau 2 ketul Ayam Goreng McD. Set ini dihidangkan bersama coleslaw dan Iced Lemon Tea bersaiz medium, untuk hidangan lengkap berbuka puasa.
Berbuka Puasa
Tawaran menu baru ini juga membawakan kembali Chicken Foldover yang menjadi kegemaran ramai yang mana akan dihidangkan bersama dengan dua kepingan daging ayam lembut yang dibakar sempurna, ditambah dengan daun salad dan tomato segar, serta sos istimewa baharu, yang dibalut dengan roti nipis. Dihidangkan bersama ialah McDonald’s French Fries yang terkenal dan Iced Lemon Tea. Pastinya korang akan berpuasahati punya dengan menu baru ni !
Selain dari Nasi McD dan Chicken Foldover, korang juga boleh mencuba pelbagai jenis hidangan pencuci mulut citarasa tempatan. Pastinya D24 Durian McFlurry yang jadi tarikan utama namun McDonald’s juga akan membawakan semula Banana Pie yang sesuai diambil semasa berbuka puasa, dengan inti pisang yang ummph ! Disyorkan juga Sarsaparilla Cones dan Ice Blended Ribena iaitu terbaharu daripada McCafe.
Sahur
Untuk sahur pula, mulai 6 Mei, hidangan menu biasa (Regular Menu) terpilih McDonald’s boleh didapati sehingga jam 6 pagi bagi memenuhi keperluan mereka yang berpuasa. Ini termasuklah Nasi McD, Ayam Goreng McD, McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Chicken McNuggets yang pastinya memberi kepuasan bersahur di McDonald’s.
" Set Nasi McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD, coleslaw dan Iced Lemon Tea boleh didapati dengan harga RM13.95, manakala set dengan 2 ketul Ayam Goreng McD pula berharga RM16.95. Hidangan Chicken Foldover pula boleh didapati dengan harga RM16.95, dan dihidangkan lengkap bersama French Fries dan Iced Lemon Tea bersaiz medium.
Tawaran menu Ramadan McDonald’s Malaysia kini sudah boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara, sehingga 5 Jun 2019. ".
Selain tu McDonald’s juga akan melancarkan promosi “30-Days of Ramadan” secara eksklusif menerusi McDonald’s App. Tawaran kupon diskaun istimewa ‘30-days, 30-deals’ ini akan dimaklumkan di McDonald’s App setiap hari. Bagi menikmati diskaun hebat ini, pelanggan hanya perlu memuat turun McDonald’s App menerusi Google Play atau Apple App Store. Tunggu apa lagi ?? Silalah download segera !
Heee... Menarik kan ? Menu menu ni pastinya akan membuatkan kereta dan manusia beratur di awal pagi dan juga di senja hari ! Hee.. bersahur dan juga berbuka. Kena gi cuba gak ni ! Rugi tak cuba terutama yang ada durian tu ! Hahahaha..
14 comments
lisa pon sllu guna apps untuk beli makanan kat MCD ada promosi best best hehehe
BalasPadampeghh terbaik...memamng suka dengan chicken foldover dia...kenyang dan sedap... awesome lah
BalasPadamMenarik ni.... Kadang tak sempat masak, kami pi McD gak. Hehee
BalasPadamWow...Tak sabar nak makan sundae D24 tu....
BalasPadamNakkkk chicken foldover tuuu. Memang nantikan kemunculan dia
BalasPadamGuna apps McD senang siap ada disc banyak2..
BalasPadamEnaknya.
BalasPadamLamanya dah tak makan McD,nampak menarik pulak menu² baru ni.
BalasPadamfoldover tu memang favourite.kekenyangan tu kalo dapat mkn ..
BalasPadamDah rasa.. Sedap sangattt.. Haaha. .Guna apps jimat juga ye
BalasPadamKalau malas masak mmg pi tapau McD je lah, ayam goreng tu sedappp
BalasPadampart durian tu yg tak sabar ni hehehe
BalasPadamWow menarik betul.. tp bln posa ni nk stat diet... dpt kurg 5-6 inci pun jd le
BalasPadamtadi baru gi mcd sebab nak try foldover , memang sedap , bebudak pun suka rasanya sos dia tu sedap , patty ayam dia pun lembut jer...ayam goreng jangan ceritalah memang win , makan panas2 pulak
BalasPadam