Percutian keluarga yang menyeronokkan di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut ,Lumut

Dah 4 kali kalau tak silap aku ke Swiss Garden Beach Resort , Damai Laut yang terletak di Lumut, Perak ni. Kali pertama , sewaktu aku bersama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008 kalau tak silap aku la. Lama dah !! Sejak tu, aku memang jatuh cinta la dengan hotel ni. Permandangan serta kolam airnya memang cantik untuk bergambar. 

Dan Swiss Garden Beach Resort Damai Laut melakukan penambahanbaikan bermula pada tahun 2017. Sedikit demi sedikit berubah. Kelmarin , aku jejakkan kaki untuk kali ke 5. Nak dapatkan bilik hotel ni bukan mudah terutamanya pada musim cuti sekolah. Kena tempah awal awal. Atau , kena amik hari di kala orang lain bekerja dan bersekolah. Huhuh.. 

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut ni mengambil masa cuma 4 jam jer. Tu jika memandu ikut had laju la. Kalau tak ikut , lagi cepat. Haahha... Dan sememangnya permandangan bila masuk ke kawasan hotel ni , mengasyikan. Maklumlah , kawasan golf gitu. Cantik dan hijau la kiri dan kanan. Akan jumpa apartmen , villa terlebih dahulu sebelum hotel.


Berhenti di lobi. Turunkan barang barang. Disambut oleh staff. Agak sibuk di lobi memandangkan beberapa syarikat besar buat teambuilding juga pada minggu ini. Aku sememangnya maklum yang hotel ni tumpuan syarikat atau agensi kerajaan untuk membuat hari keluarga mahupun teambuilding. Memang best pon !

Wife uruskan check in. Aku parking kereta. Anak anak dah teruja kegembiraan ! Huhuh...  Dan bilik kitorang view mengadap laut. Connecting room ! Suka la Qhaliff dan Zahra. Dapat katil masing masing. Melompat gembira ! Terus naik katil masing masing dan tarik selimut. Termasuk Aariz  !

Aku tengok bilik dan.. wow ! Baru baru belaka. Tandas pun begitu juga. Huhuh... Oh , gambar dibawah ni.. Hurm.. Dua dua dah bersedia nak masu ! Macam la diorang yang memandu datang sini. Aku nyaris lupa nak amik gambar dek kerana keterujaan diorang masuk bilik. Nasib baik tak melompat terus. Diorang tau daddy kena amik gambar dulu ! Hahahaha..


Ini bilik Qhaliff dan Zahra. Ada tv sendiri. Memang tak main dah kat bilik kitorang. Aku pulak kena gi tengok apa mereka buat senantiasa. Huhuh.. Layan tv dan bermain la.


Permandangan matahari terbenam jika cuaca cantik. Mengasyikan serta mendamaikan.





Tandas yang moden dan sedikit 'seksi' . Heeee... 


Bilik aku lak. Kedua dua bilik dihubungkan dengan pintu 'connecting'.




Lengkap ! Peti sejuk dan peti keselamatan turut disediakan. Penghawa dingin yang tiada masalah bagi aku. Dan paling best ialah.. tilam dan bantal yang empuk. Letak je kepala dan badan.. lena terus. Aku memang tak tengok tv dah kat sini. Heeee..




Dah tengok bilik kan ? Heee.. Tengok pulak aktiviti yang kitorang nak buat kat sini nanti ! Amacam ? Hahahaha.. Best wooo !!! Nanti aku cerita lagi eh... Nak bersiap turun makan pagi. Pastu nak pusing pulau dengan bot lak.. buat pertama kali bersama anak anak. 


Ada banyak aktiviti aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Tak kira la untuk mak , ayah atau anak anak. Yang pastinya , mereka akan keluar dari hotel ini dengan sejuta kenangan !


14 ulasan:

  1. Wah menarik ni. Nanti boleh try cuti cuti release tension kat sini.

    Thanks ben!

    BalasPadam
  2. Cantik bilik dia..xpernah lg singgah Swiss oneday nk pergi juga lah sini

    BalasPadam
  3. Menarik sgt hotel ni. Lama dah masuk kat wishlist cuti2 malaysia hotel ni..hope murah rezeki anak2 nnt dpt bawa diorg ke sini

    BalasPadam
  4. Hotel ni dah masuk wish list i, nak menabung bawak anak anak pi sana.

    BalasPadam
  5. Bila anak-anak happy itu yang mahal..semuanya inshaAllah jadi mudah.Nak beraktiviti pun tenang.Terbaiklah.

    BalasPadam
  6. Besnya.. teringin juga stay di Lumut.. aah besnyaaaa

    BalasPadam
  7. Seronok ni. Best cuti cuti bersama keluarga .

    BalasPadam
  8. Memang best.. Haida pun tengah aim nak pergi lepas raya ni

    BalasPadam
  9. Saya pun suka tempat ni. Saya dah bawa mak ayah, family saya dan mertua.. ������

    BalasPadam
  10. Seronoknya kalau duduk dekat dengan famili. Sayang saya dah berjauhan dengan mereka.

    BalasPadam
  11. Wahh bestnya .. teringin gak ni nak stay kat sana one day . Pemandangan kat sana pon menarik . Sesuai bawak family ..

    BalasPadam
  12. Seronok bangun pagi nampak laut.

    BalasPadam
  13. boleh masuk checklist ni..hehehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.