Amacam ? Rasa rasa leh dapat tak ? Apakah si ibu akan tergoda dgn bibirnya itu ? Jika ya , anda juga mampulakukannya ..
Semoga berjaya !
Published with Blogger-droid v2.0.10
Amacam ? Rasa rasa leh dapat tak ? Apakah si ibu akan tergoda dgn bibirnya itu ? Jika ya , anda juga mampulakukannya ..
Semoga berjaya !
Abisss dia selongkar sementara tunggu mak dia abis shopping tudung kat Ariani !! Aku jugak berpeluh dok mengutip sana sini !! Adehhh …
Tak pe la Qhaliff .. inshaAllah , tak lama lagi jadi abang .. giliran pening kepala lak ! Daddy nak tidurrr je .. Qhaliff tolong buaikan adik memandangkan dah bijak skang ni.. huhu ..
Tidur la sangat !! ADehhh .. Gamaknya nak jumpa bantal pon susah atau terbantai tidur atas keyboard !
Aku beli kereta ni kat Jalan Raja Laut , KL .. untuk Qhaliff.. Sewaktu nak membelinya , puas laaa masuk satu satu kedai .. Kenapa ? Susah benar nak dapat diskaun !! Harga lebih kurang jer .. Bijak kan diorang berniaga ? Kalau sana murah , sini mahal .. Abis la rugi kan ? Pastu berlaku laaa persaingan harga tapi dari segi perkhidmatan camana pulak ? Makin teruk la kan ? Akhirnya , pengguna gak rugi ! Nak sangat murah .. haaa ..
Teringat dulu kegemaran aku .. suka ke Petaling Street untuk beli vcd haram ! Hehehe .. Harganya ? Dari depan hingga ke belakang , standard je ! Sama okeh ! Tak leh jual harga jauh lebih murah dari yang sedia ada .. Bagus la kan ? Seia sekata .. Nak jual murah , gi jual kat tempat lain !!
Dan , teringat pulak bisnis bas sekolah orang tua aku.. Harga yuran bulanan , mampu bayar la .. Nak letak murah lagi , teruk laa.. Menariknya , ada jugak bas sekolah haram ! Harga ? Jauh murah … Dan ramailah murid murid naik bas tuuu .. Apakah risikonya ? Bila jadi apa apa , apakah pemandu bas sekolah tu boleh di saman walhal diorang tau bas tu , insuran dan roadtax pon takde !! Haaa ..
Katakan aku jual nasi lemak .. Setiap hari , ada je orang datang beli. Harganya , tak la mahal mana berbanding dijual di restoran atau gerai 5 bintang .. Janji pulang kos dan untung skit dah laa.. Nak kaya tu ,takde laaa ..
Nak dijadikan cerita , ada la orang ni bukak gerai makanan berdekatan dengan aku . Menariknya .. dia bukan jual nasi lemak tetapi bagi free je kat orang yang datang dan lalu lalang kat situ .. Bukan nasi lemak je tapi kuih muih.. bihun dan sebagainya..
Kalau sehari tak pe la.. Kalau setiap hari dia buat gitu , camana ? Apakah akan jadi pada peniaga yang sememangnya meniaga adalah punca rezekinya ?
Pastu kan , dia datang tanya.. Camana yer nak dapatkan keuntungan dalam berniaga ni ?
Gulp .. adeh.. Aku tak kisah tapi dia tu yang teringin nak jadi peniaga tapi tak tau cara ! Tanya la pada orang yang dah lama meniaga ..
Hurm..
Yeke ? Kalau menang laaaa contest ni kan ? Hehehe .. Mana tau rezeki Qhaliff .. hehehe .. Tapi ada syaratnya laa .. Kena join contest ni haaa … Tak susah sangat pon.. Kena review skit .. review dengan seikhlas hati ..
Ok , contest ni simple .. Hadiahnya , IPHONE 5 kooooo ! Hehehhe..Nak join gak ? Ok .. Ikut je arahannya di SINI..
Ini penyertaan dari aku .. Heee.. Mana tauuu dapat Ipong kann..
1) Tulis satu entry ulasan di blog anda untuk blog berikut :
Hurmm… Aku mulakan dari atas dulu la yer.. Banner , kemas .. tapi kalau boleh , elakkan la yang nampak aurat. Hehehe .. Tak pasal pasal ‘dua-dua’ tambah dosa .. kan ?
Template , sangat kemas bagi aku . Jauh kemas dari blog aku ni haaa ! Loadingnya pun pantas .. Susun aturnya , mmg ok sangat bagi aku.. Takde masalah tang ni ..
Entri , standard entri pengiklanan .. Kena cari sesuatu yang lebih menarik dan elakkan terlalu banyak gambar .. Maklumah , ada yang cepat boring tengok gambar gambar iklan ni .. hehe.. Sekadar pendapat jer ..
Hurmmmm .. Nak terus terang ke ? Hehehe .. Ok , tak jauh beza sebenarnya dari blog yang aku ulas diatas .. Kalau aku laaa kan , aku akan lebihkan cerita aku sendiri dan diselangi dengan entri entri produk yang aku jual .. Haaa ..
Tu je pon ! Tak susah kan ? Haa.. aku buat dah .. korang ? Tamo ? Rugi niii … mana tauuu korang review lagi bagus ! Lagi bagus lagi terbuka peluang untuk menang ! Haaaa …
Bagi yang nak join , sila klik SINI ..
Hehehehe .. Tak tau mana nak lepak nanti ? Boring asik berendam depan rumah ? Tadaaaa.. Jom Qhaliff .. kita gi lepak sini nanti ehh ?? Heheheeh…
Sebenarnya , tempat ni blum siap sepenuhnya .. Nanti siap , baru leh cerita dengan lebih lanjut. Dan , kat sini bukan sekadar ada tempat anak anak kecil bermain tetapi ?? Haaa.. Tu kena cerita lain kali ..
Masa aku masuk tadi , nampak menarik sangat .. Memang sesuai untuk budak budak abiskan masa boring mereka di sini .. hehehe .. Tak pe tak peee.. bila dah siap nanti , aku cerita .. ok ?
ARIANI .. Sapa tak kenal ?? Awek lama aku pon nama ARIANI ! Haaa.. confirm wife aku tak ajak gi ARINI dah pasni ! Jimat jimat .. Guna je tudung RM10 kat Jalan TAR tuuu .. hehehe ..
Aku setuju ke sini sbb dia dah lama nak beli tudung baru lebih lebih lagi yang labuh tu.. Katanya kain serta buatannya sangatlah menepati seleranya. Harganya pon tak la mahal mana macam jenama satu lagi tuuuu haaa.. Bisa meleleh air liur gue mendengarnya !
Dan , memandangkan Aidiladha pon dah nak menjelang .. serta dia pun dok mengandung anak ke dua aku , apa salahnya belanja isteri sendiri kan ? Dari belanja awek yang belum tentu jadi isteri . Haaaa !!
Sampai kat ARIANI Bangi , orang dalam tu .. mmg penuh laaa.. Aku yang dok dukung Qhaliff ni , tak tau nak berdiri kat mana.. Last last keluar dan masuk ke dalam kereta . Layan muncung dengan Qhaliff je dalam kereta ..
Pelik benar la dengan orang perempuan ni. Asal dengar ada SALE , perghh.. serupa nak pergi berperang ! Kalau bukak kul 3 pagi pon sanggup gi gak , aku rasa ! Kalau letak hantu 4 beranak depan pintu pon , aku rasa diorang confirm redah kasi pecah punya laahhh ! Kan kan ?
Tapi yang ni ok lagi berbanding satu lagi punya ! Perghh.. Dengarnya siap ada berkhemah depan kedai tuuuu !! Semata mata beli tudung ! Perghh.. Respek tul laa.. Tapi diorang beli , pastu jual balik dengan harga berganda .. Berbaloi gitu ! Hahaha .. bisnis oh bisnis ..
Orang perempuan ni , pelik .. Disebabkan kepelikkan mereka itulah lelaki suka ! Ini bermakna , lelaki lagi memelikkan , kan ? Hurmm .. nasib baik aku bukan lelaki ..
Alamanda .. Hehehe .. Lama dah nak datang. Rasanya dalam dua minggu ni , takde gi kot .. Hehe.. Rindu woo.. Membesar kat sini aku .. hehe .. Ops , Qhaliff ! Hahaha.. Dia yang membesar kat Alamanda ni .. Dari tak reti berjalan hinggalah boleh berlari lari anak gitu , dia di Alamanda !
Ok .. ceritanya gini .. Isunya tak la besar mana tapi sebenarnya , jika dipandang pada satu sudut .. ianya mmg memalukan .. hurmmm.. Serius , semakin lama semakin kita abaikannya ! Kenapa ? Sbb kita berada di dunia yang GUA , GUA PUNYA .. LU , LU PUNYA !!
Selepas aku amik tiket parking di pintu masuk tempat letak kereta , kereta yang dipandu aku terhenti seminit dua untuk memberikan laluan pada pemandu kereta mewah , meletakkan keretanya di tempat kebetulan kosong itu. Faham tak ni ?? Aku rasa cam ayat berbelit je ni.. heheh ..
Dua kali dia cuba untuk parkingkan kereta mewah berjenama Merc tuu .. Kelihatan pemandunya.. Lelaki berusia .. Berbangsa cina .. Dia pandang aku dan mengangkat tangan.. Berkali kali.. Terus sejuk hati aku. Tunggu je laa .. Bukan nak kejar Neelofa pon dalam Alamanda tuu .. heeee ..
Selepas dia berjaya parkingkan keretanya , aku gerakkan kereta aku .. Tak sampai 10 meter , aku sekali berhentikan kereta kerana ada sekeluarga nak melintas jalan. Bermula dari anak perempuannya yang dah besar panjang diikuti maknya dan cucu cucunya..
Aku pandang je sorang sorang .. Menariknya , selepas mereka berjaya melintas jalan , sorang pon tak angkat tangan pada aku. Jauh sekali nak senyum !! Amboiii .. Bangsa aku nii ! Kata kaya dengan budi bahasa ??? Apa dah jadi nii ?? Takkan terlupa kot ? Bukan budak kecik yang baru gi sekolah tadika ?? Ni dah beranak pinak ni ??
Aku bukanlah dambakan kasih sayang dari mereka .. Tapi malulahhh .. Apa susah sangat nak ucapkan terima kasih ? Bukan suruh bagi kupon tengok wayang KL MENJERUT kat aku pon !! Aiyooo ..
Hurm.. Sebelum tu .. Di Masjid Besi , Putrajaya .. Selepas solat Asar , aku bawak Qhaliff bersantai kat atas kejap sementara tunggu wife solat .. Dan kelihatan ramai orang sedang menantikan sesuatu. Aku rasa ada majlis akad nikad VVIP .. Yelah , ramai sedondon jer..
Sedang Qhaliff dok berlari , tiba tiba dia berhenti berlari sbb ada sorang lelaki segak berbaju melayu berjalan depan dia. Dan aku pandang lelaki tu. Lelaki tu , pandang Qhaliff.. senyum tidak , jauh sekali nak usap kepala ! Hahaha.. Kalau aku , sentuh skit .. supaya budak ilang rasa terkejutnya sbb terkejut ada raksasa depan dia !
Aku gelengkan kepala jer.. Harap segak bergaya je tapi hampeh ! Tu la orang zaman ni kata .. Jangan menilai seseorang melalui pemakaian dan hartanya .. Hurm..
Dugaannnn.. Qhaliff amik Nokia Lumoa 925 aku tuuuu .. dia campak ke lantai !! Aku tak mampu buat apa apa!! Kemudian , dia ambil semula dan campak sekali lagi !!! Aku tetap tak mampu buat apa apa kerana sedang solat Maghrib !!
Arghhhhhhhhhh !!!!
Yang pertama .. sebab wife masih dok muntah muntah lagi..
Yang kedua , sebab mamat kat bawah ni , serupa spiderman dah ! Melekappppp kat mak dia ! Tamo dah gi kat orang lain kalau mak dia ada .. Pastu asyik nak menyusu jerrrr ! Kalau menyusu je , tak pe la.. Tuuuu ..gigi dia tuuuuu .. Menjerit mak diaaa wooo !
Aku mampu sengih je la..
Tak pe la.. nanti pantang kat Kelantan gak .. Aku je la kena ulang alik cam dulu.. Tiap minggu balik Kelantan. Sampai nak naik muntah tengok hentian Putra tu haaa .. huhu ..
Buat rakan rakan yang dah balik kampung tu , semoga manfaatkan segala saat bersama keluarga tercinta. Jangan dok abiskan masa dengan handphone tu.. Simpan , lepak dengan orang tua..
Rindu nak makan daging korban kat Kelantan.. Macam macam masakan ada woooo .. Patut orang kata , Kelantan meriah time raya haji.. hehehe.. Daging sajaaa juadahnyaa.. heee …
Bila aku kongsikan di TimeLine FB aku tu , rupanya ramai dah yang dapat panggilan dari penyamun tarbus niii !! Grrrr… Aku dapat dari rakan di Whatsapp ..
“ Minta perhatian semua. Kisah ini berlaku pada salah seorang yang aku kenali..
Just nak share ngan korang, aku bru buat repot polis..
Lebih kurang pukul 4ptg, ada sorang lelaki yg mengaku pegawai Ambank call aku, no phone yg appear adalah 1800808888. Dia kata nak sahkan penggunaan kad kredit aku RM3000 kat Poh Kong, KLCC. Aku ckp aku xde kredit kad, akaun atau apa2 urusniaga dgn Ambank.
So dia kata mungkin ade org guna nama aku untuk apply kredit kad. Aku suruh dia beritahu aku apa maklumat aku dlm sistem Ambank, tp dia kata dia hanya bahagian pengesahan, x boleh check maklumat. Aku dah curiga.
Dia suruh aku complain kat Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank, mmg talian hotline diaorg 1800808888. Aku call no Bank Negara yg dia bagi tu dan lelaki India, Vijaya yg angkat. Lepas aku cerita, dia kata pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk dpt maklumat lanjut.
Tak sampai 15 minit, lelaki cina pulak, Lim call aku dr no 0327885093. Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua kredit kad aku bagi memudahkan siasatan.
Dia suruh aku transfer duit dari mana-mana akaun simpanan yg lain ke dalam satu sahaja sebab dia akan bekukan juga akaun-akaun yg lain tu. Dia tanya aku berapa banyak duit aku dlm akaun2 tu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tak kan tak boleh check. Suara dia dah lain.
Dia suruh aku pergi bank dan call dia bila sampai kat bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun. Aku cakap ok.
Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada apa2 rekod aku dgn Ambank dan mengatakan yg Ambank sendiri telah menerima banyak aduan. Dlm 10 minit dia call lagi, tanya aku dah pergi bank atau belum. Aku cakap on the way.
Tapi, sebenarnya aku kat Balai Polis. Masa tgh buat repot, dia call lagi tp dah mula marah2 sebab kononnya kena kerja overtime nak handle kes aku (baiknya 'pegawai Bank Negara' tu). Aku terus cakap dengan dia yg aku tengah buat polis repot, serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yg sama.
Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka skrg ada teknologi supaya nombor telefon yg tertera di handphone kita adalah sama dengan nombor bank. Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita sahaja."
Hurm.. dan antara komen rakan-rakan ialah ..
Jadi , sila hati hati la yer .. Jangan mudah serah infomasi anda melalui telefon dan juga internet .. Kena pastikan benar benar tulen .. Bukan ‘ tulen banggg.. ‘ …
Hurmmm …
Wallpaper je pun ! Takkan nak marah anak yang takde akal tu lagi kan ? Ada rezeki , tukar je baru .. Semua ni pon sbb kehadiran dia dalam hidup aku. Murah benar rezeki kami sekeluarga.. Jadi , tak perlulah nak ‘amuk’ utk menda gini ..
Jangankan wallpaper , hp , laptop pon semua dia dah kerjakan .. Sementara nak ada akal .. Kena sabar skit .. kan ?
Aku tergerak hati .. Pasang video di dalam kereta aku dan halakan ke jalan raya. Banyak kesalahan jalan raya yang aku dapat rakamkan .. Dan inilah kebanyakkan punca punca kemalangan ..
Dan , seperti yang aku jangkakan .. ada berlaku kemalangan jalanraya di Putrajaya pada waktu petang terutama selepas hujan. Jalan yang 3 lorong ni cukup popular kerana kekerapan kemalangan di sini !
Menariknya , bukan kereta berlanggar dengan kereta tetapi tiang lampu atau pokok yang selalunya jadi mangsa ! Kenapa ?? Aku pon tak tau laaa .. Walhal jalan ni cukup punya relaks je . Tetapi kenapa kerap berlaku kemalangan ? Pemandu cuai ? Terleka ? Mengantuk sangat ?
Tertanya gak aku .. mana kamera AES atau papan tanda amaran di sini seperti di jalan ni ..
Kan bagus letak tanda amaran gini dari pacak kamera AES tu !! Sememangnya pemandu akan perlahankan kereta depan kamera pastu confirm akan pecut semula ! Jadi , untuk apa kamera tu ??
Kalau kat trafik light , hanya akan tangkap mereka yg langgar lampu merah .. Bagi yang mampu bayar , bayar la.. Tapi apakah itu akan mencegah kemalangan ? Aku tak rasa langsung ! Sekadar menambah beban dan hutang jer !
Berbalik pada jalan ni , tak perlulah pasang kamera sebaliknya papan tanda amaran jer .. Letak gambar tengkorak tu pon dah cukup mengerikan !
Hurm.. ‘keras’ ke jalan ni ?
Berita yang sangat menyayatkan hati. Aku terkaku bila baca tajuk. Aku tak nak salahkan sapa sapa dalam hal ni. Biarlah ianya satu pengajaran untuk aku .. Satu peringatan , pastikan Qhaliff berada dalam rumah , pintu perlu dikunci sebelum hidupkan kereta !!
Aku tak nafikan Qhaliff pon mudah terlepas bila pagar ni dibuka untuk menjemur baju atau gi buang sampah ! Cepat saja dia ikut keluar ! Hurmmm..
Pintu , kena senantiasa berkunci !
Terdengar di berita television semalam .. Perghhhh .. Berasap jer !! Kenapa ? Sebab aku ada 3 saman AES ke ? Takde maknanya ! Yang PDRM pon aku bayar .. Yelah , kalau dah terang terang buat salah tu , byr je la ..
Menurut orang yang bercakap di dalam tv tu , selepas ni jumlah saman dikenakan antara RM150 – RM300 , berdasarkan kesalah yang dilakukan .. tapi kalau tak bayar dalam tempoh tertentu , jumlahnya akan meningkat .. cam RM150 ke RM200 dan RM300 dalam tempoh 60 hari ! Perghhhh .. gila dasat !! Banyak sungguh duit rakyat kan ? Sesenang je buat gitu.
Ok la tu kan ? Cuma yang aku tak puashatinya ialaahhh .. penggunaan kamera tuu .. Kalau ada orang yang jaga kamera tu cam polis trafik atau penguatkuasa , tak pe la.. ni sekadar kamera gitu jer .. Kalau kamera tu rosak atau ada masalah teknikal , camana ? Gambar dah diambil .. takkan diorang nak kensel lak gambar tu kan ? Haaa .. Pikir positif ? Mereka batalkan ? Hehehe.. Yolahhh tuu ..
Haa.. ada yang orang JPJ jaga .. tapi dia letak je kat situ pastu dia buat apa pon tak tau laa.. Tak macam polis trafik buat kerja ! Polis trafik , dia mengadap kamera tuuu dan tangkap bila ada kenderaan disyaki laju ! Cam tu , aku setuju la sangatt !
Satu lagi .. tempat yang diorang pacak kamera tu , sangatlah mengarut ! Janganlah kata diorang buat kajian .. Gi tengok kat Putrajaya tu je dah tauuu .. Ada ke letak kat selekoh ? Kat tempat kerap berlakunya kemalangan , takde la pulak ! Serius laaa aku pelik dan tak puashati !
Aku ada 3 saman sekitar Putrajaya jer !! Gila tak ? Bawak laju mana sangat dalam Putrajaya ?? Dan menariknya pemandu yang memandu ikut suka tekak ( kurang ajar ) , camana pulak ? Sapa pantau ? Aes cuma tangkap laju dan langgar lampu isyarat .. Yang suka potong queue , tak bagi signal bila celah dan sebagainya , camana pulak ? Bukankah itu semua punca kemalangan ???
Sebelum AES dikaji hari tu , rasanya lebih 500 ribu saman dikeluarkan ! Dan skang wajib kena bayar .. kalau tak , naik mahkamah .. Heee.. Kenapa eh tak sangkut dengan road tax seperti sebelum2 ini ?? Haaaa… tertanya gakk ek ?
“ Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, kadar baharu itu hanya berkuat kuasa bagi saman dikeluarkan selepas 18 Sept lalu manakala saman sebelum tarikh itu masih menggunakan kadar lama iaitu RM300.
Beliau berkata kadar baharu tersebut berasaskan 'Lagi Lewat Dibayar, Lagi Banyak Perlu Dibayar", sebagai contoh saman RM150 bagi kesalahan melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat akan meningkat kepada RM200 jika tidak dibayar dalam tempoh 14 hari dan RM300 jika tidak dibayar dalam tempoh 60 hari.
Tempoh 14 hari itu bermula hari ini, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Ismail menegaskan jika saman itu tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan, akan dihadapkan ke mahkamah.
Selain itu, Ismail berkata, bermula Januari 2014, mereka yang dikenakan saman AES akan turut dikenakan mata demerit mengikut jenis kesalahan berdasarkan sistem Keselamatan Jalan Raya atau Kejara.” – Sinar Harian.
Entahlahh … Aku rasa , 10 peratus rakyat Malaysia yang alami masalah psikologi , adalah berpunca dari menda menda gini laa.. Dengan petrol naik , harga barang naik .. dan ramai naik gila !
Tadaaa.. Apakah benar ini minyak pengasih ? Atau juga minyak guna guna ? Erk , ke minyak dagu ?? Perghhhh .. gileeer aihhhh ..
Semalam , aku ada up pasal minyak yang dalam gambar ni . Minyak ni , mak aku buatkan .. Untuk sapa ? Heheheheh .. Untuk cucu-cucu diaaa !!
Tujuan ? Nak kasi lebat rambut daaaaa .. hehehee.. Memasing rambut hidup segan mati tak mahu jer.. Bila pakai minyak ni , ada la jugak perubahan.. hehehe …
Camana nak buat minyak ni ?? Tu kena rujuk entri lama aku .. Baca je kat :
Minyak buah keras untuk lebatkan rambut !
Heeehhehe… Rambut Qhaliff pon bubuh ni .. Ada bau skit je .. tapi lembut woooo …