Kesan buruk jerebu pada manusia
Aku pon dah terasa sakit kepala dan tak sedap tekak .. hurmmm .. Kalau semakin teruk jerebu camana eh ? Apa yang menyebabkan kita boleh jatuh sakit disebabkan jerebu ni ?
Komponen – komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
Golongan yang berisiko tinggi ialah :
- kanak-kanak
- orang tua
- mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan
- perokok
- mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
Tanda dan gejala :
- Gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
- Sesak nafas atau sukar untuk bernafas
- Mata pedih dan berair
- Hidung berair dan kerap bersin
- Kulit badan gatal-gatal
- Sakit dada
sumber : www.ukm.my
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam posting di Facebook beliau berkata, beberapa langkah akan diambil jika darurat , merangkumi semua premis pejabat kerajaan serta swasta dan lain-lain tempat bekerja.
Beberapa langkah akan diambil : -
- Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan dan swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari.
- Menentukan semua sekolah ditutup.
- Menghadkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian.
- Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.
- Menentukan penyebaran maklumat Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada media massa dijalankan seberapa kerap.
- Penguatkuasaan pengharaman pembakaran secara terbuka.
Bagaimanapun, langkah penutupan yang dikuatkuasa itu tidak membabitkan:- Kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar dan pasar raya
- Klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat
- Perkhidmatan-perkhidmatan perlu.
-
-iklan-
Melancong FREE ke Australia
All fully sponsored including
2 way Flight tickets, accommodation,
Halal food, transportation, & tour.
For more info, visit:
www.WaneyZainuddin.com
4 comments
nice sharing
BalasPadamgood info...
BalasPadamjerebu...sbb tu sek kat sini cuti..
BalasPadamSemakin serius jerebu, perlu ambil tindakan.
BalasPadam