Aku bukanlah nak tayang badan..

by - Rabu, April 11, 2018

Dah lebih 20 tahun aku ulang alik ke gym. Hanya beberapa kali aku rehat panjang bersebab. Pertama , besarkan anak... kedua , er... takda. Pertama tu jer alasan aku. Yelah , duit bajet gi gym boleh cover beli lampin dan susu anak woiii ! Hahahaha.. Kena pandai pandai la bajet haaa.. 

Bukanlah mudah nak kekal berdisiplin. Aku sendiri berkali gak ke laut semangat serta mood. Makan tak jaga... workout hilang punca. Nah , sekarang aku kembali bersemangat. Dah masuk bulan ke 3 aku jaga badan kesihatan. Bukan mudah tapi aku 'paksa' diri ! Kalau tak memaksa , apa pon tak boleh buat. 

Bila badan dah menjadi , masalah utama ialah nak kekalkan. Kemudian ditambah lagi dengan sokongan dari rakan rakan untuk teruskan dan ada juga usaha untuk menjatuhkan semangat. Hahaha.. Tak pe ! Aku pikir positif jer. Yang penting , kesihatan. Aku ada tekanan darah tinggi dan juga keturunan aku ada diabetis serta masalah jantung. Aku kena jaga semua ni dan elakkan sedaya upaya terutama part pemakanan. 

Awet muda bila rajin bersenam

Bekal protein di pagi hari

Sarapan pagi.. tengahari.. malam semua mau jaga. Pastu banyakkan bersenam. Dalam kes aku , terlebih kot ? Hahahaha.. Tak pee.. aku ada target. InshaAllah. Bukanlah aku nak masuk pertandingan pon cuma lebih pada kepuasan jer. Mampukah aku buat ? Apakah usia menjadi penghalang ? Dan ditambah lagi dengan persaingan di dunia media sosial yang mana semakin ramai influencer influencer muda muncul.. maka perlulah aku kekal bersemangat. Kalau tak , kena bersara dan jual burger depan rumah.. Ok gak sebenarnya cuma belum sampai lagi. Heee... 

Masalah utama ialah di sebelah malam. Hurmm... Makan malam ! Kalau tak gi gym.. memang akan kelaparan sangat ! Kalau gi gym.. balik tu , akan kelaparan. Apa yang akan aku buat ialah minum susu kambing dan biskut. Kasi cicah ! Sedap ke tak , belakang kira. Janji perut terisi. 

LazzCafe sangat sedap ! Pengemar kopi mesti suka punya. 


Yearghh... Yang Lazz Asli ni memang sesuai sangat untuk mereka yang nak jaga kesihatan atau badan sebab kandungannya yang rendah gula. Tapi jangan risau bab bau... takda bau kambing yer ! Memang sedap terutama cicah ngan biskut.

Ada kawan tanya camana nak beli ? Ada beberapa cara tapi nak mudah dan hantar terus ke rumah atau pejabat , boleh lawati web LazzDelivery.  Senang sangat ! Takda alasan untuk bermalasan. Kalau malas gak , whatsapp je ke 013 - 3083354 .


Haaa... apa lagi ? Ramadan tidak lama lagi. Beli dan simpan stok sebelum kehabisan. Biasanya bulan Ramadan ni memang laris Lazz sebab ramai berusaha nak turunkan berat badan. Alang alang dah berpuasa kan ? Cepatt order ! Jangan kata aku tak bagitau lak. 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
WEBSITE : www.lazzsusukambing.com
FACEBOOK :- LAZZ Susu Kambing
INSTAGRAM :- @lazzsusukambinghq
TELEFON :- 013 - 3083354

You May Also Like

3 comments

  1. betul! Malam mesti akan rasa lapar lepas workout tapi taknak makan yang berat sebab dah nak tidur dah

    BalasPadam
  2. Saya sekarang ni pun kalau lapar malam² memang minum Lazz Asli je, kenyang sampai ke pagi. Yang best jadi milk booster gak.

    BalasPadam