Bengkel Videofon kelolaan Kak Kay mengubah blogger #KBBA9 !
Alhamdulillah... banyak perubahan setelah rakan rakan blogger #KBBA9 join bengkel videofon minggu lepas. Walaupun ada yang rasa bengkel ni macam... 'ala ,video je kot ? semua orang boleh buat video..' tapi ternyata silap ! Ianya bukan sekadar video ! Nah.... apa yang dikongsikan di dalam bengkel itu ialah.. PENGALAMAN DAN ILMU !
Semua orang boleh buat video selagi mana dia ada kamera. Tak kira la kamera besar atau kecik tapi berapa ramai yang ada ilmu mengenainya ? Nah... bila bicara pasal ilmu kamera ni , ianya luas sangat. Setiap orang ilmu serta pengalamannya berbeza. Inilah peluang yang digunakan dengan sebaiknya di dalam bengkel videofon yang dikelolakan oleh team #KBBA9 di MaTic, Jalan Ampang , baru baru ni !
Berbaloi. Ternyata selepas bengkel tu , rakan rakan blogger #KBBA9 telah mengubah cara penghasilan video mereka dengan lebih kreatif. Teknik , semua orang tau tapi rahsia serta tips bagi menarik perhatian terutama di media sosial itu penting sangat ! Inilah yang dikongsi oleh Kak Kay, seorang jurugambar profesional. Beliau cukup dikenali di kalangan selebriti. Dengan latar belakang yang mengagumkan , beliau sangat merendah diri orangnya.
Kak Kay atau nama sebenarnya Kamaliah Kamal , menurunkan ilmunya di bengkel videofon yang mana bagi aku itu cuma 1% dari apa yang dia ada tapi sudah cukup mampu mengubah teknik dan penyampaian video terutama di Instagram oleh rakan rakan blogger. Yer , aku sendiri aku mereka berjaya melakukan dengan baik sekali. Malah mereka sendiri tidak percaya bahawa mereka telah hasilkan video tersebut !
Secara jujurnya , aku sendiri pon kagum dengan ilmunya. Bila kita berkongsi ilmu , dia akan mendengar dan tidak sama sekali berbalah mengenainya. Yearghhh , itu tandanya orang berilmu. Dia akan mendengar dan menghadam kemudian digunapakai dalam bentuk dan caranya tersendiri.
Ok... Kalau tanya aku , apakah aku akan join bengkelnya lagi ? Jawapan aku ialah.. Giler tak nak ?? Heeee... sememangnya jangan dilepaskan peluang jika ianya berada di depan mata ! Bagi mereka nak mengenali Kak Kay lagi.. boleh add dia di Facebook atau follow jer Page dia yang mana dia senantiasa berkongsi ilmu di situ. Dan bagi yang berminat nak mempelawa Kak Kay untuk beri talk atau jadi tutor , itu amat dialu-alukan sama sekali.
Nah , sapa nak join ? Heee..
Facebook : https://www.facebook.com/kamaliakamal
Fan Page 2 : https://www.facebook.com/thephotolicious/
Instagram : https://www.instagram.com/kamaliakamal/
Kalau korang ada bisnis online , atau juga seorang blogger mahupun minat dalam bidang media sosial ni , kalau nak melakukan perubahan... ni la masanya !
Terima kasih Kak Kay kerana sudi berkongsi ilmu !
16 comments
Seronok join bengkel videofon dgn kak kay haritu. Seronok jugak dpt jumpa blogger2 kbba9. Tapi kin belum sempat tegur aben lagi haritu. maap ye. Hehe
BalasPadambestnya dapat belajar ilmu edit2 video ni.
BalasPadamMemang best.. terus praktik apa yang diajar oleh kak Kay.
BalasPadambanyak lagi ilmu yangakan kita dapat kalau dapat masuk bengkel2 macam nie
BalasPadamwow terbaik
BalasPadamSerius. .. 1% yang nina dapat masa bengkel amat besar maknanya.
BalasPadamAlhamdulillah... Thank you KBBA9!
Yes, kami KBBA9 bukan sekadar blogger
Tahniah Ben & KBBA9, memang berbaloi kalau dapat masuk kelas macam ni..harap lepas ni ada kelas lain pulak ya
BalasPadamtak rugi wehh belajar dengan The Photolicious ni...berbaloi sangat!!
BalasPadamAlhamdulillah.. satu peluang untuk menimba ilmu dari orang yang pakar dalam bidangnya.. Memang sangat2 bernilai..
BalasPadamwah....menarik
BalasPadamSerius best join bengkel videofon ni. Kak Kay pun a very fun person😁
BalasPadamSerius best, rugi siapa tak mai. Kita tau teknik pengurusan video dan personal branding. Buat lagi ye Ben .Kiki��
BalasPadamSangat berbaloi join bengkel ni..byk ilmu dikongsi
BalasPadamSedihnya tak dapat join hari tu huhuhu
BalasPadamilmu paling best, suka buat video tapi kena ada ilmu bru gempak nanti hasilnya, terima kasih aben dan KBBA9 utk peluang kali ni
BalasPadamBestnya ilmu ni, kita ni dahlah tak reti sangat bab edit video.
BalasPadam