Dia pergi kerana rokok..

by - Isnin, April 30, 2018



Gambar ni keluar di On This Day di Facebook. Bertarikh 30 April 2014. Yer, ni gambar arwah ayah aku. Perginya kerana kanser yang bermula dr lidah. Berpunca dari rokok.

Hurm..ingat lagi kata katanya. 

"Kalau aku tau, aku tak nak hisap rokok.." 

Bayangkan di hujung usia 70an, dia terpaksa ulang alik ke hospital untuk dapatkan rawatan kansernya. Penat! Sakit! Kesian.. Deritanya  Allah saja yang tahu. Gara gara rokok.

Sehingga sekarang, aku belum mampu titiskan airmata selepas dia pergi. Aku simpan semangat dia. Semangat dia membesarkan anak anak tanpa erti penat, amatlah aku sanjungi. Siang malam dia bekerja. Tak cukup dgn tu, meniaga lagi di rumah. Hanya utk membesarkan 4 orang anak. Andai berderai airmata ini.. Pastinya sukar utk dihentikan.

Aku malas nak bebel pasal rokok. Korang nak hisap.. Hisaplah.. Memang semua manusia mati tapi kita ada pilihan.. Jaga kesihatan atau mereput dek kerana racun.

Al-Fatihah buat ayahku, Ashaari bin Khalid. 

You May Also Like

2 comments