Jom ke Farmasi Constant dan dapatkan diskaun dengan..

by - Ahad, April 01, 2018


Gambar di atas viral di media sosial baru baru ni. Wah, dekat jer ngan rumah aku. Teringin gak nak gi sebab nak cari beberapa produk kesihatan untuk aku dan juga anak anak. Katanya ada diskaun yang berbaloi memandangkan Farmasi Contant baru dibuka di situ. 

Ternyata berbaloi. Ada diskaun , pemeriksaan kesihatan percuma buat pengunjung pengunjung ke Farmasi Contant.  Apa yang aku dapat tau mengenai Farmasi Contant ni dah ada 16 buah cawagan di sekitar Lembah Klang dan Pantai Timur dan bakal mengembangkan lagi cawangan mereka ke seluruh negara. Buat pengetahuan , Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia atau Angkasa turut terlibat di dalam pemilikan Contant ni. 

Farmasi Constant sedang menuju ke arah menjadi jenama farmasi yang paling dipercayai melalui intergriti , kualiti dan perkhidmatan pelanggan yang inovatif. Perniagaan utama mereka hari ini melibatkan ubat-ubatan dan barangan kesihatan. Sebab itu mereka berusaha mendapatkan keyakinan pelanggan selain dengan memastikan kakitangan mereka punya  ilmu dan maklumat yang tepat mengenai produk yang dijual mereka disamping memiliki ahli farmasi yang cekap demi memastikan kepuasan pelanggan mereka. 

Farmasi Constant di Kip Mall , Kota Warisan besar, luas dan selesa ! Dengan konsep terbaru  yakni Lifestyle dan Wellness , bersama Himalaya Healthcare Malaysia  pastinya akan menarik lebih ramai pelanggan terutama mereka yang mementingkan kesihatan ke sini !









Promosi bulanan yang menarik disamping pelanggan boleh menikmati pemeriksaan kesihatan percuma. Jimat dah ni ! Kalau nak bayar , berapa pulak kan ? Haa... Selain tu kat sini turut menjual alatan kosmetik , sudut ibu dan anak ! Nah , bukan macam farmasi biasa dah. Terbaik ! 

Tunggu apa lagi ? Mereka yang berdekatan dengan KipMall Kota Warisan.. meh serang ! Bukan serang aku... seranglah Farmasi Constant sementara menawarkan diskaun yang cukup meruntuhkan mata anda ! Hehehehe... rugi wooo lepaskan. Banyak produk yang bagus dijual dengan harga berbaloi. 


Untuk maklumat terkini boleh layarai Constant Pharmacy dan KipMall Kota Warisan.

You May Also Like

10 comments

  1. Memang dekat je dengan rumah kin.. tapi x pernah lagi ke kipmall ni. haha

    BalasPadam
  2. Untungnya ada diskaun. Tapi 1st time dgr nama farmasi ni. Sebelah Utara xde lg kot.

    BalasPadam
  3. Wow! Bestnya ada diskaun utk produk himalaya!

    BalasPadam
  4. boleh terjah ni,memang selalu beli barang dapur kat sini.

    BalasPadam
  5. Suka pi constant farmasi. Ada produk Himalaya kat sini. Pastu
    membership seumur hidup. Tak yah renew...

    BalasPadam
  6. Wahhh ada farmasi baru, kena pergi ni sebab dekat jugak dengan rumah.

    BalasPadam
  7. First time dengar nama farmasi ni.. agak2 tempat lain ada tak ek..

    BalasPadam