Kereta ku.. Dilanggar lagi.

by - Khamis, April 19, 2018

Kesian kereta ku ini.. Depan belakang dah dinodai. Banyak jasa dah walaupun masih muda. Baru  5 tahun. Mileage dah lebih 200,000. Nak tukar lain, rasa mcm malas lagi. Tak larat nak berhutang dah. Tapi nak simpan pon, byk nak kena repair... er, luaran je laaa. Dalam mantop wooo.. Aku jaga servis.

Dan dua tiga hari lepas, kereta aku ni dilanggar oleh anak jiran ketika nak keluar dari parking. Lokasi, umah mak aku. Dia bgtau ibu bapa dia kemudian. Ayah dia nak jumpa aku untuk selesaikan kes ni. Aku takda di rumah mak ketika tu.

Dan keesokannya, mak aku bgtau mengenai insiden tu. Aku pon gi tengok keadaan kereta aku tu. Hurmmm.. Abang aku suruh gi repair kemudian bagi bil kt mereka. Aku senyum..

"Takpe la. Skit jer. Nanti aku ada duit, aku tukar semua. Malas nak buang masa. Lagi pon jiran.  Asalkan takda yg cedera, ok dah..". Jawab aku.

Pengalaman mendewasakan aku. Adakalanya orang tak tau kenapa kita buat begitu. Nak diterangkan pon payah. Teringat kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa. Tak semua benda kita tau.

Pagi tadi.. Mak budak tu jumpa aku. Tanya pasal kereta dan ucapkan terima kasih. Selesai dah masalah. Dengan aku mudah. Jangan lecehkan kehidupan ini.. 

You May Also Like

12 comments

  1. aaa kesian kereta...bgus nya...tak memanjang cerita..settle sendiri je

    BalasPadam
  2. Kalau nak repair tak time juga tu. Takpe Ben, setiap perkara baik yang kita buat, ada ganjarannya.

    BalasPadam
  3. Bila ben ckp jgn lecehkan kehidupan ini, sebenarnya kita memudahkan hidup kita tak stress pada benda2 remeh...nampak matang disitu. Memudahkan orang lain, nanti Allah mudahkan rezeki kita dengan cara lain. Terrific!

    BalasPadam
  4. kasihannya...

    memang tacing juga emosi kalau tengok kereta dah terluka..

    BalasPadam
  5. Salute...insyaAllah lebih mudah perjalanan abg ben sekeluarga dan lebih luas pintu-pintu rezeki untuk abg ben sekeluarga....amin.

    BalasPadam
  6. bangga aku dpt kenal org mcm ko ben.....

    BalasPadam
  7. Semoga mudah urusan aben, sbb mudahkan urusan orang.

    BalasPadam
  8. bagusnya jiran macam ni. Moga urusan aben dipermudahkan juga..

    BalasPadam
  9. Bagus ko, ko macam aku, bertolak ansur he he he
    Tapi aku tengok dah macam kadbod je bumper tu, mau kena tukar semua tu .
    Moga dimurahkan rezki ko ye Bang Ben ...

    BalasPadam
  10. Baiknya. Jarang jumpa orang yang tak nak claim kerosakan. Sy pernah bila suami mengantuk masa hendak keluar dari parking mall, banyak kereta. Dia terlelap sekejap pastu x sedar brek terlepas. Sentuh sikit saja, xda kemek ka apa cuma ada lubang dalam seolah dicucuk besi. Orang tu minta rm500. Bila fikir2 balik, rasanya lubang tu memang dah sedia ada tp saja dia nak duit. Wallahualam..redha saja la. Rupanya itu ujian sebab Allah nak bagi rezeki. Tak lama lepas tu suami dapat tawaran keja sebagai engineer government..alhamdulillah
    www.iburayyan.com

    BalasPadam
  11. Bagus dia buat camtu, at least dia tahu anak dia salah.

    BalasPadam