Puashati sungguh dengan Sony Xperia XZ2 !

by - Isnin, April 30, 2018

Aku pernah cerita pasal Sony Xperia XZ2 dulu kan ? Masa tu baru dilancarkan di Malaysia. Aku berpeluang menjadi antara yang awal la 'pegang' telefon pintar keluaran Sony tu. Buat pengetahuan korang, aku menjadi pengikut tegar Sony Xperia sejak dari Sony Xperia Z2 lagi. Ketika tu aku tertarik dengan 'water proofnya'.  Bukan apa, telefon aku sebelum tu berkali kali dah masuk air dan rosak ! Maka aku pilih Sony. 

Ok... aku tahu ! Panas kan ? Tak beberapa stabil kan ? Nah... itu isu ketika keluaran keluarga Sony Xperia Z. Tapi kini boleh dikatakan semua XZ punya versi , memang terbaik ! Satu demi satu ianya berubah. Bermula dari Sony Xperia XZ kemudian XZ Premium, XZ1 dan terbaru , XZ2. Tiada lagi isu panas dan sangkut sangkut !!



Ketika membaca review mengenai XZ2 , aku rasa cam tak percaya jer mengenai XZ2 ni. Antaranya mengenai rekabentuknya yang menyerupai beberapa design telefon pintar sebelum ini. Tapi ! Setelah aku memilikinya , barulah aku dapatinya ianya amat berlainan sama sekali. Tak sama seperti yang aku sangkakan ! Malah bagi aku , XZ2 ni cukup sempurna ! Jika skrinnya guna 4K , perfecto !! Tak boleh nak disangkal lagi dahh.. Namun spesifikasi yang ada sekarang ni pon dah cukup bagus buat aku. 

Kamera.. Fuh ! Mana mana rakan di Facebook dan Instagram tengok pasti akan kata .. 

"Wowww ! Guna filter ke ? ". 

Heeee.. mana datang pakai filter ! Terus upload ke aplikasi lepas snap ! Takde makna nak berfilter filter gituu aihh.  Memang tak boleh disangkal lagi kebagusannya bab kamera. Tak kira depan atau belakang. Bokeh dia pon power. Nak lagi power. download jer aplikasi khas Sony. Bukan third party punya tauu.. haaa... Memang leh ubah mengikut selera korang. 


Tapi bagi aku , tak perlu guna dah. Memang cukup puashati dah dengan hasil yang sedia ada. Ok . gambar di bawah ni aku guna Sony Xperia XZ2 tanpa filter yer. Memang daboom laaa bagi aku. Makin giler lak aku nak amik gambar guna XZ2 ni.. 











Gambar... Video pun aku puashati sangat terutama Slow Motion. Fuh , kalau cukup cahaya , memang video tu jadi gempak ahhh... Korang pun tahu yang video XZ2 berkualiti HDR dan boleh dimainkan di skrin 4k saja. Kalau melancong luar negara , waktu musim cantik.. berbaloi aihhh.. 

Sound ? Heeeee.... Yang ni aku kasi test kawan kawan dengar dan pegang sendiri. Yer, tak perlu pakai headphone atau earphone, bunyinya memang kiri kanan telinga akan terasa seolah olah sedang gunakan headphone gitu.. Best part , telefon pon bergetar mengikut rentak. Huhuhu. Gi la cuba sendiri dan faham maksud aku.. Hee..

Dan 3D Creator. Yang syok wooo guna. Boleh post ke Facebook lagi. Buat pengetahuan , Facebook skang support 3D. Nahhh.. ni masanya nak kasi lain dari yang lain.. 


Best ! Bateri ? Yer... ada yang kata kuasanya rendah sedikit berbanding dengan telefon pintar. Tapi ada Sony Mobile senantisa bersedia. Ada satu aplikasi yang mengawal peredaran penggunaan kuasa bateri dan juga dari berlakunya kerosakkan bateri serta memanjangkan hayat bateri lagi.. Heeee.. Best kan ? 

Ok... Aku taknak la nak nampak sangat macam 'menjual'.. Korang boleh cuba sendiri kat premis premis Sony berdekatan korang.. Layan ! 


You May Also Like

8 comments

  1. Cantik gambar sony experia ni rupanya. Boleh tukar ni

    BalasPadam
  2. wowwwww..banyak yang istimewa tentang sony yer. Dari dulu lagi sony ni nampak boleh pergi jauh.. syabas!

    BalasPadam
  3. Serius ni, dah jatuh hati dengan Sony ni bila tengok gambar² yang cun tu.

    BalasPadam
  4. Makin teringin pulak nk beli satu.

    BalasPadam
  5. bestnya beli phone baru,btw jemput singgah and follow blog saya

    BalasPadam
  6. Dengar cerita SONY nak bungkus dah untuk handphone ni sebab dia degil taknak ikut trend design skang macam NOKIA dulu degil taknak guna platform android.

    BalasPadam