Uncle Ali TheFISHMONGER, Bukit Jelutong - BEN ASHAARI

Uncle Ali TheFISHMONGER, Bukit Jelutong

Lepas ukur baju di butik Adreana Rose, anak anak ajak gi makan. Dalam kepala aku nak gi Cafe Cerita Kambing yg terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Kemaruk kambing dan ayam yang disalai! Sedap sungguh aihhh.. Teringat ingat woooo. 

Aku pun mesej pemilik cafe tersebut. Tutup pulak hari ni.  Hurmmm.. Nak gi makan eh? Aku ajak wife ke Ombak Kitchen tapi dia nak makan sesuatu yang panas dan berkuah. Aku pun terasa gitu gak.. 

Teringat akan cadangan sahabat utk ke Uncle Ali THEFISHMONGER yang mana katanya menghidangkan ikan ikan yang segar maka aku dan wife sependapat utk ke situ jer. Harapnya berbaloi la. 

Aku suruh wife gi survey. Terima kad debit atau tidak memandangkan aku tak bawak tunai yg banyak. Dia pun menurut perintah. Dan beberapa minit kemudian.. dia call. Yearghhh! Aku suruh dia order skali. Senang citer. Anak anak tengah melasak. Payah nanti dalam tu. 



Siap order. Nasi goreng kampung untuk Qhaliff dan keow teow kari untuk aku. Jujur cakap, aku tak tau apa apa pasal restoran ni. Ingat biasa biasa jer. Bila masuk ke dalam dan naik ke tingkat atas , terus aku woww! Boleh tahaann restoran ni. Selesa sangat. 

Sementara menanti makanan sampai. Aku bantai lelap jap. Hehehee.. Ngantuk giler!! Penat seminggu workout kot ?? Huhu.. 

Dan beberapa minit kemudian makanan sampai. Aku tengok... Boleh tahaannn.. Aku cuba sesudu nasi goreng. Wahhhh.... Sedap !! Udang dia.. Digoreng rangup. Memang sahih sedap..


Keow Teow Curry aku lak sampai. Aku tengok dan rasa menyesal lak. Hahahaah.. Rosak seminggu punya hasil usaha di gym. Tapi aku tak kira laaa.. Nak cuba gak.  Kacau kuahnya dan rasa sedikit.. Pastu sedikit lagi dan lagi.. 

Tau tau.. Abis!! Heeee.. Sedap sedappp!! 


Keow Teow Curry dia, dah mengalahkan Secret Recepi punya !! Dulu bagi aku SR punya mee kari power tapi selepas rasa Uncle Ali TheFISHMONGER punya, segalanya berubah.. Huhuhu.. 

Nampaknya pasni... Aku ada alasan untuk ke Bukit Jelutong lagi selain dari ke butik AdreanaRose.. Heee.. Nak cuba ikan dan ketam lak.

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.