Tips elakkan anak kita terhadap gajet!

by - Khamis, Jun 28, 2018


Membesarkan anak di zaman ni, memang mencabar. Sebenarnya tak kira la apa zaman pon, memang mencabar. Segalanya bergantung pada teknologi zaman tersebut. Mcm zaman aku dulu, televisyen. Zaman skg ni telefon pintar, permainan video atau lebih dikenali dengan gajet..kan?

Aku tau ramai dah tau betapa telefon pintar ni merbahaya pada mata, otak dan anggota badan terutama jari jemari kita jika kita abiskan masa keterlaluan. Maka aku tak nak fokus pada situ dalam entri ni. 

Ada kawan tanya camana nak elakkan anak anak kita ni asyik dengan gajet je! Dah puas buat pelbagai cara tapi gagal. Aku tak nafikan yang anak anak aku ni pon 2x5 je cuma bezanya diorang boleh je hidup tanpa gajet seharian tapi dengan syarat.. Sibukkan mereka! 

Ya... Tu antara caranya yang paling efektif. Jangan sekadar longgokkan permainan depan anak anak kemudian kita buat hal kita..seperti layan telefon pintar atau tgk tv. Anak anak yg masih kecil disuruh buat hal sendiri. Ini kesilapan kita paling utama. 

Anak anak kita ni pintar pintar. Kita yg buatkan mereka jadi gitu. Seawal mengandung lagi dah disuruh sel sel otak bergabung. Si ibu makan pelbagai makanan berkhasiat agar anaknya nanti keluar keluar dah ada ijazah dan PhD. Senang keje si parents tu nanti. Kan? Sebab tu kita 'campak' je gajet pd mereka dan bagi notis amaran.. 

"Jangan tengok bukan bukan atau main game tau.".

Kau pikir diorg faham mana boleh tonton dan mana tidak walaupun sel otak mereka dah berhubung? Tu salah kita. Kena join sama la. Lepak sama sama. Layan mereka bermain atau bawa mereka ke mana mana dan luangkan masa. Bukan tunggu cuti panjang atau hujung minggu. Hari biasa pun kena gak sebab mereka yg duduk di umah pengasuh, taska, tadika atau sekolah pon reti stress!!!


Cam anak anak aku. Walaupun otak mereka bukanlah level genus tapi aku bersyukur mereka masih boleh hidup tanpa gajet... Dgn  syarat aku dan wife turut sama simpan ketika bersama mereka. Tu jer. Diorang nak kita bersama mereka. Luangkan sedikit masa bersama mereka setiap hari. 

Jangan sampai anak anak tersadai di hospital, baru kita nak sedar betapa masa telah meninggalkan kita begitu saja. 

You May Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah anak² saya tak taksub sgt dgn gajet, mereka lebih suka main mainan je.

    BalasPadam