Amal gaya hidup sihat !

by - Jumaat, Ogos 10, 2018

Yer.. aku ada ramai kawan yang merokok dan juga tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Aku tahu... itu hak mereka ! Mereka boleh buat apa saja dengan tubuh badan mereka. Takda sapa boleh larang. Sendiri sihat , sendiri untung. Sendiri sakit , sendiri susah.. kan ?  

Tapi bila ianya melibatkan orang ramai, maka mintak tolong la guna akal fikiran tu yer. Seperti ada satu status seorang rakan baru bari ni di Facebook yang mana dia gi makan di sebuah gerai dan menegur seorang lelaki yang merokok di situ. Jika asap rokok tu tak menganggu dia dan suaminya yang sedang makan . dia tak kisah. Biarlah keluarga tercintanya saja dapat kesan dari keegoannya tu. Nak larang sentap lak kan ? 

Namun kesabaran ada hadnya. Dia pun tegur baik baik. Apa yang dia dapat ? Laki tu mula naik angin dan marah marah. Aduhhh... macam ni punya orang ada. Eh , ada.. Ramai ! Dia pikir dia sorang je hidup atas dunia ni ! 


Buat rakan rakan yang merokok , janganlah ego sangat yer. Bila di tempat awam  terutama tempat makan atau riadah, merokok la jauh jauh skit. Tak rugi pon rendahkan ego tu yer. Terima kasih.

Yang kedua... bab dadah lak. Hurm... ni pon satu hal gak. Dadah ni bukan saja dah musuh orang dewasa tetapi juga anak anak kita yang masih kecil lagi. Bagi yang tak tau dan malas amik tau , di sekolah sekolah pun ada masalah dengan dadah ni yer ! Haaa.. Bukan isu kecik yer.. Jangan sampai anak kita atau mereka yang kita sayangi , terjebak baru nak amik tau ! 

Dengan itu , Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengambil inisiatif menganjurkan satu pertandingan fotografi.. 

Boleh tengok info lanjut di page Bahagian Pencegahan AADK HQ

You May Also Like

5 comments

  1. geram la jugak dengan perokok ni ... hurmmm

    BalasPadam
  2. Tanggungjawab kita utk sama2 peka dengan keadaan sekeliling.. Ngeri bila fikirkan di sekolah sekolah pun ada masalah dadah ni..

    BalasPadam
  3. Sebagai seorang pendidik, isu merokok dikalangan murid adalah suatu perkara yang menjadi perhatian saya. Saya merasa "lemas" dengan isu yang seolah2 tiada pengakhirannya. Jadi sejak 6 tahun kebelakangan ini saya sudah mulakan program sekolah bebas rokok di sekolah. Syukur alhamdulillah saya mendapat sokongan dari pegawai peruba tan seperti dr.yusma...dr. hamimah...dr.shamsul...dr.fadzliaton serta tim. Kesihatan.walaupun kerja ini tidak menarik minat pihak atasan saya terus beristiqamah kerana saya ingin mrmberikan suatu kemahiran "kemahiran kecekapan psikososial" kepada anak didik saya untuk menghindari diri dari gejala merokok ini.tersirat dalam program ini ialah memelihara aqidah.Inshaallah saya akan menyelesaikan kajian untuk melihat impak program ini. Besar harapan saya untuk menjayakan wawasan menjadikan negara ini sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi dimana pekerjanya berkemahiran tinggi...sihat tubuh badan...tinggi daya penghasilannya...bekerja dalam latar bebas rokok.

    BalasPadam
  4. Sebagai seorang pendidik, isu merokok dikalangan murid adalah suatu perkara yang menjadi perhatian saya. Saya merasa "lemas" dengan isu yang seolah2 tiada pengakhirannya. Jadi sejak 6 tahun kebelakangan ini saya sudah mulakan program sekolah bebas rokok di sekolah. Syukur alhamdulillah saya mendapat sokongan dari pegawai peruba tan seperti dr.yusma...dr. hamimah...dr.shamsul...dr.fadzliaton serta tim. Kesihatan.walaupun kerja ini tidak menarik minat pihak atasan saya terus beristiqamah kerana saya ingin mrmberikan suatu kemahiran "kemahiran kecekapan psikososial" kepada anak didik saya untuk menghindari diri dari gejala merokok ini.tersirat dalam program ini ialah memelihara aqidah.Inshaallah saya akan menyelesaikan kajian untuk melihat impak program ini. Besar harapan saya untuk menjayakan wawasan menjadikan negara ini sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi dimana pekerjanya berkemahiran tinggi...sihat tubuh badan...tinggi daya penghasilannya...bekerja dalam latar bebas rokok.

    BalasPadam