Bila dah cecah 40 tahun ni , macam macam nak kena periksa terutamanya kesihatan. Bab 'dalaman' tu , sememangnya paling penting ! Luaran juga sangat penting. Kesihatan tubuh badan di usia 40 tahun ni perlu diambil berat. Cam aku , baru je buat pemeriksaan darah.. nak tau paras kolestrol , tekanan darah dan juga glukosa. Selain tu , mata juga sangat penting ! Dah tak boleh nak membaca sangat terutamanya nak tengok handphone ! Hurmmm..
Bila nak buat cermin mata ni , hurmm. memang aku akan garu kepala ! Bukan seratus dua ratus kosnya.. memang menelan ribu ! Bukan sebab bingkai tapi sebab cerminnya ! Kalau sekadar cermin biasa, murah la.. tapi kalau pentingkan pelbagai aspek seperti UV , pastinya kena cari yang bagus bagus seperti Crizal UV.
Hari ni aku nak ke Alamanda.. ke Fokus Point. Semalam dah tengok dua bingkai.. Dua dua aku bekenan tapi rasanya aku akan pilih..
Yang kedua ! Kenapa ? Sebabnya bingkai ni memang sporty abis. Dan kemudian ada getah tang batang hidung bagi mengelakkan dari mengelongsor jatuh dek kerana peluh ! Hehehehe.. Yang pertama tu , plastik semata mata.. Huhuh..
Jangka masa siap... 9 hari ! Nak pakai gi New Zealand ni.. kena cari yang lasak ! Huhuh..