Betul kan ? Bila seseorang menegur kita , lalu kita akan kaitkan dengan kisah silam dia atau pon sekarang ini .. Seolah macam la dulu dia tu bagus sangat.. Mentang mentang sekarang dah belajar agama skit skit , dah pandai nak bagi tazkirah kat orang.. Huh !
Amik contoh la kan .. Bila kita ditegur pasal berpegangan tangan padahal nikah pon belum .. Haa.. Pastu sah sah melenting lalu kata ..
“ Ala , kau dulu bercinta pon pegang tangan gak kan ? “
Sedangkan niat orang yang menegur itu adalah kerana Allah dan tidak mahu dia mengikut jejak langkahnya sekiranya dia pernah buat begitu satu tika dulu.. Adalah satu penyesalan baginya dan tidak mahu kenalannya mengikut kesalahan lampaunya.
“ Aku tegur ni sbb umur aku panjang sampai sekarang ni .. Jadi aku dah taubat .. Sangat menyesal dengan perbuatan aku dulu dan tak nak la kawan kawan aku begitu …
“ Ala.. nanti aku taubat la cam kau taubat .. Kau dah puas .. boleh la cerita .. Aku ?? “
“ Kau tau ke berapa lama kau boleh hidup ? “
“ Eh ,kau ni.. doa aku macam tu pulak ! “
“ Bila aku mintak kau lakukan kebaikan , kau marah aku.. Bila aku cakap sesuatu yang nampak buruk , cepat pulak kau melenting.. Aku tegur sebagai seorang kawan .. Kalau kau tak nak ikut , tu hak kau .. Bahagian aku dah lepas .. Itu saja .. Lagi pun , aku buat kerana Allah dan kau kawan aku .. Tak mintak pon duit kat kau .. “
“ Tak payah.. Aku tak perlukan nasihat dari orang seperti kau ! “
Kadang kadang , jawapan begini yang kita terima .. Apakah dia terlupa Nabi Muhammad s.a.w pun ada memberi ‘nasihat’ pada umatnya ? Dia terlupa ke yang itu ? Atau perlukah dia diingatkan kembali akan kata-kata dari Allah mengenai perbuatannya itu ?
Bila dah terlalu sedap , maka kita akan cari alasan untuk membela perbuatan kita .. Apakah alasan kita itu boleh digunapakai di akhirat kelak ?
Aku sendiri pun punya dosa silam .. Dan aku amat menyesalinya.. Maka aku harap , pembaca aku terutama yang muda muda dan masih mentah jangan cepat melenting akan teguran mereka yang lebih ‘berpengalaman’ .. Jangan sangka matang itu sudah cukup mengharungi dunia masa kini ..
Lebih baik kena ketuk dari terantuk !