Tajuk akhbar online tu bertudung tapi aku gunakan menutup aurat sebaga satu doa buatnya .. Harapnya selepas ni ramai la dapat membezakan menutup aurat dengan bertudung periuk ..
Niatnya nak pakai tudung ni , lama dah . Dan bila dia menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung. Alhamdulillah..
“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini.
“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya pada Mstar Online.
InsyaAllah .. ramai artis yang menutup aurat , semakin melimpah rezekinya . Yang penting , berdoa , berusaha dan bertawakal . Apa saja yang berlaku , redha .. kan ?
Teringat kata seorang kawan .. Jika satu pintu rezeki tutup , 10 lagi pintu Allah buka , jika niat kita mencari rezeki itu kerana Allah ..