Utan Cafe & Golf Range di Sepang memang kalau singgah tak tau nak makan apa. Sebabnya , semua makanan kat situ sedap sedap belaka ! Kena tanya tekak dan perut la ketika tu. Nak makan sederhana kenyang atau nak merangkak keluar dari restoran sebab terlalu kekenyangan ! Haaaa... sila pilih !
Sejak ada Bakso Beranak , aku yang memang nak makanan berkuah sup pastinya teruja sangat ! Pertama kali makan , aku tak terasa sampai rasanya tapi tetap sedap. Aku rasa mesti sebab aku dah terlalu kenyang makan nasi sebelum tu kat situ.. Hehehhe.. Baik punya melantak.
Dan kelmarin , aku repeat makan Bakso Beranak kat situ. Dan kali ni aku pastikan perut aku sederhana terisi. Lapar sangat pon tidak ,kenyang sangat pon tidak ! Sedang sedang gitu. Tujuannya nak merasai sendiri kesedapan Bakso Beranak tu..
Kali ni , aku letak sambal kicap tu jer. Cili tu aku tak letak. Nak tengok camana rasanya. Hahahah... Bakso Beranak yang ni wife aku punya. Aku makan Keow Teow Goreng. Memang power la ! Rasa cam nak tambah sepinggan lagi jer Keow Teow Goreng. Tapi aku batalkan niat sebab nak rasa Bakso Beranak ni. Heeee...
Dan benar ! Letak sambal kicap tu je dah ! Rasanya memang fuhhhhh ! Nasib wife aku punya. Terpaksa pulangkan balik pada dia. Tak pe tak pe... aku akan repeat dalam masa terdekat. Bagi aku , Bakso Beranak ni tak la berat sangat makanan dia. Walaupun mungkin kalori tinggi di bahagian daging tu tapi aku menggunakan kalori tersebut. Tak cukup kalori pon , malam kang aku tak leh tidur. Hehehehhe...
Seperti yang dijanjikan... aku kembali ke Utan Cafe malam ni. Heee.. Memang aku nak makan Bakso Beranak semata mata walaupun teringin Patin Masak Tempoyak, Ulam, Udang Butter dan banyak lagi. Hahahaha.. Aku tahan nafsu. Nak makan tu jer !
Tak sampai 15 minit , makanan semua sampai. Aku kat sini bersama si Boboy. Rakan gym aku sekarang. Saja jarum dia ke sini malam ni walhal dia dah start diet gitu. Hahaha.. Tergoda gak dia ngan ajakan aku.
Kuah bakso , memang confirm original Aku tak tercari cari air putih selepas abis makan. Kalau ada bahan penyedap , aku pasti akan cari air putih dan minum berkali kali. Cepat dahaga. Sebab tu aku tau Bakso Beranak kat Utan Cafe ni menepati selera aku. Heee. Tak caya , gi la try sendiri.
Dan jangan lupa letak sambal kicap tu. Adoihai... Kuah tu abis aku hirup weh ! Aku tak kisah dah orag nak kata aku. Nak aku tinggalkan , sayang woiii ! Hahahaha.. Sampai meleleh la gak air hidung lepas aku abiskan air tu. Hahahaha. Harganya RM12 jer. Berbaloi sebab dalam bebola tu ada lagi 'khazanah tersembunyi' dan memang berpeluh nak abiskan. Hahaha..
Ok... kalau korang berada di Sepang/Nilai , nak ke sini .. korang digalakkan mencuba menu di waktu makan tengahari. Oh serius berbaloi gitu ! Sejujurnya , aku rekemen sangat tempat ni terutamanya jika nak makan beramai ramai ! Jangan risau dengan anak kecil. Kat sini staff semua senantiasa senyum dan memberi layanan terbaik termasuk big boss, Chef Norafidah. Diorang pun amik tempahan jika berada di kawasan berhampiran dan biasanya mereka terima tempahan dari kementerian kementerian dan juga jabatan kerajaan.
Tak sabar nak tunggu menu untuk Ramadan lak ! Huhuh..
Tel : 019 239 4757
Instagram : https://www.instagram.com/utancafe/
Facebook : https://www.facebook.com/utancafeandrange/