Perasan tak ? Kenapa aku kembali buat segmen Jelajah Blog ? Buat pengetahuan korang , Jelajah blog ni dah aku buat dari tahun lepas ..
Sejak aku buat tu , aku dah kenal pelbagai peringkat umur blogger.. Tak kira suri rumah hinggalah ke pelajar sekolah rendah.. Jangan tak tau.. ada blogger masih belajar ok !
Jadi golongan ini akan senantiasa berada dalam blog kita.. Kalau kita asik dok bergaul sesama kita , sampai bila kita nak maju ? Asik buat entri berkenaan , remaja , belia , atau masalah masalah negara .. Kita terlupa pembaca blog ni macam macam ada ... Cerita dalam blog perlu pelbagai ..
Jadi , aku harap , dengan kehadiran segmen ini , korang termasuk aku pandai pandai la curik peluang yang terhidang depan mata .. G la berkenalan dengan mereka.. Follow mereka dengan ikhlas .. jangan memaksa ..
Dan berkawan dengan jujur .. Sapa tau , diantara mereka ini punya network yang cun punya ! Serius !! Aku kenal ramai yang punya network yang tak terduga keluasannya !!