Pelik betul la.. Macam dah takde tempat lain nak bergaduh .. Sampai depan balai polis pon bantai nak bergaduh .. Perempuan lak tu !!
Iklan
Minat nak belajar atau tempah kek ? Meh sini > http://loveliana-online.blogspot.com
Gaduh punya pasal.. tak pasal pasal dua dua kena denda dek mahkamah .. Aisey.. wat malu jer.. kan dah ada rekod ... haaa.. malu la ... Kalau boleh elak , elakkan la .. Berundur tak semestinya kalah .. Menang tak semestinya kuat .. kan kan ?
KUANTAN: Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhkan hukuman denda RM150, masing-masing kepada dua wanita yang mengaku bersalah bergaduh di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini sehingga menarik perhatian orang ramai dan menyebabkan kesesakan di Jalan Mahkota pada 30 November lalu.
Tertuduh, Nurul Hidayah Mohamad Yadi, 24, dari Jengka 14, Bandar Jengka dan Nor Siti Idayu Nasaruddin, 18, dari Kampung Genting Penjam, Kuala Lipis membuat pengakuan itu di depan Majistret Adibah Abdul Kadir selepas memahami pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Rahsia keanggunan wanita masa kini > lanjut , sini
Adibah berkata, kedua-dua tertuduh juga boleh dipenjara dua hari jika gagal membayar denda yang dikenakan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana mengganggu keamanan dengan bergaduh di tempat awam iaitu di tepi jalan di depan IPD, Jalan Mahkota, di sini, kira-kira jam 2.45 petang, 30 November lalu dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000.
Kedua-dua wanita berkenaan bagaimanapun membayar denda itu.
- BHARIAN -