Aku tahu tahap geram yang dialami bro Eq dalam entri aku tadi tu .. Selepas turun dari ERL , aku terus call dia .. mesti dia nak luah sesuatu tu.. Geram terpendam boleh memusnahkan.. Kena luahkan baru rasa lega.. kalau tidak , si pendengki tu berjaya merosakkan emosi kita .. maksud aku tu , kita yang diserang itu .. haa..
Bro EQ , cerita kat aku segalanya .. Walaupun tak la selengkap mana tapi aku dah boleh memahami.. Hurm.. Pelik... Yang menyerangnya adalah orang yang dikenali dalam FACEBOOK dan juga blog .. Er , tak pelik sebenarnya sbb kita tak kenal pon orang yang add kita selama ni kecuali teman rapat atau adik beradik .. Malah adik beradik atau teman sekali pon boleh jadi musuh jika syaitan dah berjaya membisik segala hasutan di hatinya ... Hurm..
Bagaimana nak 'uruskan' hal begini ? Dia tanya aku boleh percayakan dengan orang orang dalam dunia maya ni .. Jawapan aku mudah ... Aku tak percayakan sesiapa pun.. Hari ini mereka adalah kawan.. Siapa tau esok lusa dia boleh jadi lawan kita ? Bayangkan jika mereka tau segala tentang peribadi kita ? Mereka adalah kawan terbaik tp jika menjadi lawan , merekalah lawan yang paling ketat !
Percaya boleh..tapi berpada pada .. Terus terang , dalam blog aku ni pon.. Maaf aku katakan , ramai yang komen.. Terima kasih... Tapi aku menilai setiap komen yang masuk tu.. Yang mana benar benar komen.. yang mana sekadar menjaga hati.. yang mana membodek .. yang mana punya 'niat tersembunyi' dan sebagainya .. Sebab tu aku amat jarang membalas komen.. Nak komen , silakan .. aku tak larang.. nak tinggalkan backlink pon , silakan .. aku tak kisah ..
Mmg terjadi pada aku... yang dulunya kawan rapat dalam blog sekarang inilah mereka pengkritik utama aku.. tapi aku tak layan.. Nak kritik ke apa , lantak .. jangan jangan usik aku.. Jangan main kasar .. tu jer aku mintak .. Sbb bagi aku , jika mereka kritik dalam blog mereka , nampak sangat mereka selalu masuk blog aku ni.. WOW .. i like.. mereka suka baca blog aku rupanya sedangkan aku tak masuk pon blog mereka.. Camana aku tau ? Aku pon ada 'mata-mata' ..
Hurm... sepatutnya kita contohi blogger blogger yang berjaya cam bro EQ tu.. aku kenal dia dari mula dia tensen amik master dan skang dah amik phd .. macam macam dah dia alami.. Sama gak aku .. Jadi apa yang dia dapat semalam adalah hak dia .. Tak perlu nak pertikaikan .. Baca kalau sudi , tak suka jgn tengok .. Mudah kan ? Kenapa nak berhasad dengki ? Kalau irihati dengan kejayaan dia , usaha la sendiri... majukan blog tu.. buktikan la kalau termampu ... bukan susah kan ?