Alhamdulillah .. Terlebih dahulu aku ucapkan jutaan terima kasih pada mereka yang sudi memeriahkan pagi Ahad ini dengan menghadirkan diri ke perjumpaan kecil kecilan blogger di Alamanda tadi..
Sememangnya aku tak nak buat besar-besaran memandangkan ianya dibuat saat saat akhir .. hehehe.. Kang ramai ramai lak ,tak terlayan dan ada yang nanti call stesen radio dan buat laporan secara lisan.. hahahaha..
Ok ok.. Aktiviti tadi takde la sangat.. duduk duduk makan dan sesi suai kena diantara bloggers.. heheh.. aku je tak payah perkenalkan diri dah.. Boring diorg nak dengar nama BEN ASHAARI .. kan kan ?
Terima kasih pada Bro yang sudi jadi hos sebentar tadi .. Yang bawak suami dan anak anaknya.., Mas Saari ( lupa link ) .. sangat sangat sporting !! Terima kasih bro !
Lepas makan tu ( aku tak sempat nak makan dan kebuluran sebenarnya ) , aku ajak diorng tengok wayang.. sapa nak tengok ? jom jom .. Heheh.. semua nak tengok..malangnya tak dapat nak duduk seat ramai ramai disebabkan beli last minit.. hehe. Jadi ada la yang duduk jauh jauh dan keseorangan cam aku ni ha.. hehehe..
Nak dijadikan cerita .. bila tiba masa nak masuk panggung , aku pon cari cermin mata aku.. aku kan rabun .. hehehe.. kena la pakai spek .. Cari punya cari.. Baru teringat ..
Tak kira laa.. layan gak laa .. Alang alang dah kat situ ngan kawan kawan .. jom jer ...
Tu dia.. Ujang9897 dah tak sabar nak tengok !! Grrr..
Dan...sesi fotografi sebelum masuk panggung ..
Nanti sambung eh.. nak g Alamanda balik ni.. jumpa orang .. huhu..