BEN ASHAARI



Tadi tengahari.. gi klinik Mutiara di Ayer @8 , Putrajaya. Wife demam selsema. Dia payah nak demam. Tapi kalau dah kena demam , apa pun takleh dah ! Tetiba aku nampak satu klinik ni.. Haaa ! Lama dah aku nak gi tapi..tapi.. aku dengan doktor gigi ni ada macam satu 'permusuhan' lama tak terurai ! Hahahaha... bukan dengan klinik atau doktor tapi dengan picagari yang menyuntik gusi ! Bapak tak tahan la woiiii.. aku leh lari balik rumah kalau nampak picagari dia !

Er , jangan tanya aku bila kali terakhir aku jumpa doktor gigi. Bil dia pon mengerunkan terutama swasta. Hahaahha.. Tunggu ada duit terpijak la baru nak gi ! Huhuh.. Banyak komitmen lain perlu diutamakan.. TERPAKSA ! Bukan sengaja woo..

Klinik gigi mana aku nak gi ? Aku rasa ... aku tau mana nak gi ! Hehehehe.. Makin popular klinik ni.. 


Aku follow je Instagram DrSmilePutrajaya ni.. dan ternyata , pelanggan mereka berpuashati ! Huhuhuh.. Masih menguatkan semangat untuk menjejakkan kaki ke dalam ni. Ada sebab musabab selain dari picagarinya.. huhu. Dan sedang mencari sebab yang lebih kukuh. Sakit gigi tu , Alhamdulillah tak sebab aku selalu amalkan gigit habbatusauda di pagi dan malam hari.. Huhu..

Tengok IG mereka, Dr.SmilePutrajaya , cemburu aku ! Hahahaha.. 


Arghhhhh !! Berikanlah aku kekuatan.. Hahahaha.. Wife aku pun lama dah cari klinik yang sesuai dengan jiwanya. Sejak kawin ni katanya.. tak sempat nak gi pun. Semua masa di habiskan untuk keluarga tercinta ! Eceh.. 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Bukan pertama kali... bukan kali ke dua atau ke tiga.. Banyak kali dah. Sejak dulu lagi aku dah rasa kena kencing berapi dengan insan insan terpilih ni. Apa nak buat ? Aku anggap takda  rezeki je la. Nak panjangkan boleh tapi rasa cam rasa tak berbaloi je nak bergaduh dengan orang. 
Aku tak nak cerita zaman aku kerja dulu.. aku nak cerita , apa yang berlaku sekarang ni ! Biar rakan rakan blogger lain amik ikhtibar ! 
Aku bukan baru dalam dunia siber ni. Dari usia 20an lagi dah kenal internet. Sekarang dah 40 tahun usia aku. Hurmm.. macam macam orang aku dah jumpa dan kenal. Miskin kaya , tua muda..macam macam ragam ada .
Cuma tak sangka je la.. di zaman manusia semakin bijak , ada juga yang tak beberapa bijak. Suruh kita promote produk dia , dengan harapan selepas tu produk dia laris giler giler ! Tinggi permintaan gituuu ! Perghhh.. tak ke dia pikir ? Kalau laris sebegitu rupa , apa kes aku nak promote produk dia ? Baik aku beli pukal jer kat dia dan aku promote je kan ?
Dah la tuu.. kita yang promote dan review ni , kena cari masa untuk gi meeting.. gi kedai dia.. Dan bukan depan rumah aku kot tempat dia ! Kena redah jammed. Tinggalkan anak pada orang tua. Bayar upah. Tol petrol lagi ! Perghhh.. Sampah tul perangai ! 
Bila dah buat kerja.. kita tanya payment.. krik krik krik ! Macam pengemis dibuatnya. Setiap minggu tanya ! Apa ni ??? Kata profesional ! Kalau rasa tak puashati , cakap la dari awal ! Aku pun leh betulkan segala kerja. Tapi kalau rasa takda orang nak beli , jangan salahkan aku !! Kalau boleh tahap laris selepas aku promote , aku rasa TV3 pon leh bankrupt  !  Baik tayang je drama jam 7 petang kat blog aku sebab confirm larisss kaw kaw ! 
Tak nak bayar , tak pe.. Aku tuntut je kat akhirat ! 
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Minggu lepas , rakan-rakan blogger datang beraya. Asalnya 3-4 orang jer.. sekali datang , tu diaaa ! Satu batalion. Haaa.. mengelabah dibuatnya. Nasib baik wife dah sediakan sedikit juadah. Kuih raya , memang abis dah dibedal aku dan Zahra.. hehehehee..
Alhamdulillah.. 
Nasib baik laaa ada juga makanan. Diorang kata tak payah masak ! Amboiii.. takkan kita terima tetamu , nak biar minum air sirap je kan ? Hehehe..Kan kan ? Tak syiok la gituuu... Maka untuk mereka ada la bihun goreng ayam , pulut kuning dan sedikit kek dan tart yang ditempah khas.. istimewa dari KhaisyaDelite. Sedap ! Tetamu puashati gitu.. 
Pastu ada yang pulang awal sebab ada open house di rumah kawan kawan. Tetiba ada sorang kawan tu bersuara.. Nak mintak Deep Heat Lotion Cosmoderm. Sememangnya kat aku ada banyak sebab aku suka pakai ! Heheheheh.. 
Sememangnya diorang adalah pengguna setia Cosmoderm seperti aku. Nak guna produk lain tu , memang liat dah.. sebab dah tau serasi dengan kita.. kan kan ? Bila aku bawak keluar kotak berisi produk Cosmoderm ( banyak stok aku ! ) , masing masing pakat pilih apa nak ! Hehehee.. Kira ni duit raya dari aku laa.. Sila pilih 2 produk je yer.. persamaan seorang RM50 ! Hahahahaha.. Ok la kan ? 
Dan masing masing amik apa yang mereka nak sangat selama ni. Nak beli tak sempat lagi katanya.. Nak beli online gituu.. tak pe.Karang ada berita baik ! 



Si Mera sorok satu produk khas untuk wanita.. Pencuci Manjakani ! Hahahaha.. Segan dia nak bergambar katanya.. Tak pe.. Yang penting kesan pada si pemakai.. kan kan ? Semua yang mereka pilih tu memang bagus sekali produknya. Biasanya aku beri pada ahli keluarga aku di Cheras dan juga di Kelantan. Hehehehe.. Diorang suka guna gak. 
Oh ya... berita baik juga korang yang tercari produk produk Cosmoderm ni.. Selain beli secara online di laman web Cosmoderm , www.cosmoderm.com.my .. korang juga boleh dah beli di farmasi Caring dan juga Watson ! Haaaa... Terbaik kan ? Kalau di Alamanda Putrajaya , Wellness ada jual. Ari tu tengok diorang susun.. cantik je ! Yelah , produk bagus kan ? 
Pasni leh la buat cam aku buat tu eh.. kasi pada kawan kawan tersayang ! 
Ahaaa.... Diskaun ? Ehh.. ada ! Jangan risau ! Korang kena selalu follow up page Cosmoderm atau instagram Cosmoderm. Setiap aktiviti akan diupdate di situ. Sebarang pertanyaan pon leh je kemukankan di sana juga. Ok ? Jangan risau.. Produk ni HALAL yer ! Ada sijil lagi.. 
Info lanjut di : 
Careline : 1700 815 495 
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm/
Web : www.cosmoderm.com.my

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Aku tengok keputusan peperiksaan Qhaliff tempoh hari.  Aku tak 'melenting' masa tu. Aku kasi dia 'bergumbira' dulu. Tunggu keesokkan harinya , baru daddy panggil dan buat post mortem. Selama ni aku biar je dia.. nak tengok kemampuan dia di tadika. Apakah dia mampu atau tidak , menangkap apa yang cikgu dia ajar di sekolah. Heehehehe... 
Yer , dia boleh ! Tapi di sekolah je.. di rumah , dia tak fokus dah ! Dia 'terlebih lemak' dengan aku. Hurmm.. Maka honeymoon dia dah abis. Memang la baru 5 tahun tapi kena didik dari sekarang. Aku kena bagitau dia yang aku serius ! 
Aku test dia malam tu. Amik buku Peter And Jane , suruh dia baca depan aku. Hurm.... Suara ChipMunk jer. Halussss jeer. Hurmm.. Kasi peluang lagi.. suruh baca lagi dan lagi.. Hurmm.. Dia tau tapi bercelaru kepala otak dia ! Macam macam dia pikir ! Adehhhh... 
Aku pura pura marah. Aku tinggikan suara. Terkejut dia. Air mata nak mula berjurai. Aku suruh dia tahan ! Jangan menangis ! Baca.. baca.. baca ! Aku baca dia ikut. Aku suruh dia eja. Aku nak tengok setakat mana dia kenal huruf. 7 bulan dah dia gi tadika. Nak tau pencapaian dia setakat ni. Dan sememangnya dia kenal huruf ! Boleh mengeja. Tapi MAIN je dalam kepala dia. 
Jam 10 malam. Aku suruh dia tidur. Dia nak main game. Aku pandang dia. Nak tidur atau nak baca buku ? Aku kasi dia pilihan. Dia jawab tidur ! Masuk bilik terus. Sebelum tu , aku panggil dia. Peluk dulu. Saja kasi dia tenang hati semula. Aku suruh mak dia pun masuk sekali. Malam tadi semua tidur awal ! Bangun awal semua esok paginya , perancangan aku. Aku nak dia membaca dia pagi hari lak ! 
Selepas subuh.. jam 7 pagi , kejut dia. Siapkan dia. Pastu suruh amik buku. Baca lagi. Dia menurut jer. Tak melawan pun walaupun hati berat. Heheheh. Tapi pagi hari aku tak la tegas ngan dia.. Tunggu malam karang. Aku nak cuba BM lak. 
Dalam usia 5 tahun yang dah bersekolah ni , aku nak dia boleh membaca dah sikit sikit. Tak lancar sangat pon tak pe.. Asalkan dia kenal BM dan English. Pada masa yang sama , boleh mengaji Al-Quran dah. 
Aku tau kemampuan dia. Tak perlu jadi pelajar terbaik dan terbilang pon... Yang penting , dia jadi hamba Allah yang soleh ! Tu je harapan aku. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Kelmarin... taska Qhaliff , buat majlis hari raya. Ibu bapa murid diminta bawa hidangan istimewa.. bertukar tukar rasa la gitu.. Aku pening pada awalnya nak bawa apa. Tetiba teringat kawan blogger #KBBA9 , Korie yang dah popular di Putrajaya dengan brownies , durian puff dan macam macam lagi produk dia.. hehehe.. Terus aku whatsapp dia. Tempah ! Selesai masalah aku. 
Esoknya , dia hantar terus ke lokasi !
Siap ! Cantik dan kemas buatannya.. nak makan pon sayang.. Haahaa...
Lega... tetiba kawan blogger whatsapp. Esok nak datang rumah ! Haaa ???? Ah, sudah. Nak masak apa ? Adeh.. rumah pon cam kapal karam. Banyak kerja nak kena urus balik ni la jawabnya. Wife mesti pening nak masak apa. Dah la seharian gi open house. Balik mesti penat. Esok nak bangun awal , kena g pasar... beli barang untuk masak nanti.. Er , wife yang uruskan. Huhuh.. 
Dia kata nak masak bihun goreng dan buat pulut mangga. Aku , pm sekali lagi Korie. Order lagi !! Hahahah.. Aku tak tau aku nak order apa.. Aku serahkan pada dia. Kasi yang terbaik punya... Huhuh.. Selesai masalah aku , sekali lagi. 
Ahad pagi.. wife buat bahagian dia. Aku buat bahagian aku. Dan gi amik barang tempahan aku di Putrajaya. Tengahari siap ! Tertanya apakah yang aku dapat dan rasanya kali ni.. Huhuuh.. Sampai je rumah , terus aku bukak.. Tak sabar nak tau.. Dan , tadaaaaa... 
Kek Pandan Gula Melaka

Mixed Cheese Tart
Hidang... tak sampai setengah jam , selesai ! Huhuhu.. Aku sempat rasa satu je. Tu pon dah sedap ! Tapi kita kena utamakan tetamu. Sila makan yer ! Huhuhu.. Aku leh order nanti. Nak bawak gi umah mak aku. Adik aku mesti suka punya. Dia kaki makan. Heeee..  Mak aku , kena jaga makan. Boleh makan tapi tak leh banyak.. 
Nak order ? Eh , boleh jeee.. Kalau nak order .. sila whatsapp ke 0196228446 atau pm di instagram , KHAISYADELITE ! Nasihat aku , order awal awal yer.. Dan dah order , jangan lak batal minit minit akhir.. huhu.. Tak baik buat perangai gitu.. eh ?  
Open table kat pejabat pon best wooo ! 

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Aku pun nak ! Hehehehe... Tak caya ? Apahal lak tak cayanya... kelmarin je aku gi saksikan sendiri penyampaian hadiah pada pemenang terpilih ! Malah pemenang tu sendiri tak percaya dia boleh menang. Katanya tak sampai 24 jam dia isi petrol dan hantar sms peraduan , terus dapat panggilan telefon dan mengatakan dia berjaya menang ! Fuh , dasat arrr ! Rezeki sungguh. 
Peraduan Fuel Frenzy yang dibawa khas oleh Petronas ini telah pun bermula pada 5 Jun lepas dan akan berakhir pada 31 Julai 2017. Sebanyak 41 pemenang akan dipilih. Bermakna, sehari satu pemenang utama dan 3 pemenang saguhati dipilih. 

Pemenang utama harian, membawa pulang Gift Card Petronas yang membolehkan si pemenang mengisi petrol sehingga RM6 ribu !  
Nak gak ke ? Nak sertai tapi tak tau camana ? Ke tau dah ? Tak tau ? Hehehe.. Meh aku ajar... Aku ajar ni pun sebabnya aku nak join gak. Mana aci tengok je orang dapat kan ? Aku pun nak woooo.. Rugi dibiarkan begitu saja rezeki ini ! Hehehehe.. 
Cara nak sertai peraduan Fuel Frenzy ini mudah saja. Ikuti langkah ini dengan betul.

1. Hanya isi petrol atau diesel minimum RM30. Dapatkan Resit anda. Lihat "TAX INVOICE NO." untuk nombor resit.

2. Hantar SMS kepada 39993 dengan menaipkan PETRONAS jumlah pengisian nombor resit ( Tax Invoice No. ) nama penuh seperti IC.



Contoh: PETRONAS 30,000000123456789,Yiew Kem Win
Setiap pengisian RM30 layak untuk 1 penyertaan. Contohnya  , RM30 – 1 penyertaan, dan jika diisi petrol sebanyak RM60 , automatik dapat  2 kali penyertaan. Ok ? Faham dah ? Senang je kan.. haaa... Kalau dah paham , bagus.. 
Hadiah dia ? 

Kalau tak paham gak , korang tengok video hensem aku ni.. yang aku buat khas untuk korang ! Punya laaa aku nak korang menang !!! Haaa.. punya la sayangnya aku kat pembaca blog aku ni... hahaha.. nak kasi menang punya pasal ! 

Sila tonton dan pahamkan.. 
Ok ? Kalau tak paham gak , korang boleh tengok di Promosi Fuel Frenzy . Moga paham pasni. Hehee.. Kalau tak paham , sila tanya kawan di sebelah korang tu. Mungkin dia boleh pahamkan.. Heee.. Apa apa pon , sila join ! Jangan lepaskan peluang keemasan ini.. 
Untuk menyakinkan korang.. sila tengok di bawah ni.. 
Boleh tengok lagi di Facebook Petronas Brands. Semoga rezeki milik anda ! Heeee..
Share
Tweet
Pin
Share
22 comments
Dua hari tak update blog. Saja nak berehat. Semalam , aku ngan wife gi amik kad laporan peperiksaan Qhaliff , buat pertama kali. Di sana , cikgunya menerangkan perkembangan Qhaliff. Aku tak beberapa nak fokus sangat sebab dukung Aariz dan melayan Zahra.  Aku tanya kemudian pada wife. Walaupun aku ada banyak nak tanya tapi tak pe la.. nanti nanti jer. 
Situasi gitu mengingatkan aku ketika aku mengajar di sebuah sekolah rendah satu tika dulu. Hurmmm.. Aku mengajar kelas hujung tika tu. Kelas hujung ni , kelas murid yang ' kurang bernasib baik '.  Nak kata tak pandai , diorang ni pandai. Bagi aku , diorang ni tak bernasib baik jer. Ada anak yatim , ada  dari keluarga miskin , ada dari keluarga yang berpecah belah.. dan ada yang 'kurang sihat'. 
Aku mengajar tahun 3 dan 2 seingat aku. Yang aku ingat sampai sekarang , ada sorang pelajar tu. Dia ada abang tahun 4. Setiap hari , selepas abis sekolah diorang atau setiap pagi.. diorang akan mencari tin untuk dijual kemudian duit tu kasi kat ibu mereka... buat duit belanja. Aku ingat masa tu aku dah susah dah.. aku bergaji RM650 sebulan ! Geleng kepala aku... 
Kelas hujung ni , tak dipandang sangat. Kesian jugak aku. Apa yang aku mampu buat ialah , mengajar mereka.. kenalkan mereka dengan huruf dan angka. Biarlah tak pandai mana pon tapi jangan sampai diperbodohkan dengan orang bijak pandai ! 
Berbalik pada Qhaliff.. aku sedar potensi dia. Cuma buat masa sekarang , aku tak nak la paksa dia sangat. Biarlah dia berdunia dulu. Bermain dan bergaul.. dan pada masa yang sama , belajar. Aku bukan la nak suruh dia jadi Perdana Menteri atau Menteri pon.. aku nak dia menjadi manusia yang tidak susahkan manusia lain. Yang penting kenal Tuhannya dan tau apa tanggungawab di muka bumi ini.. 
Bak kata aku pada wife aku laa... Dia ni masa belajar dulu , rekod dia di sekolah , no 4 jer..Kira cemerlang laaa.. tapi kawin gak ngan aku , yang senantiasa no 30++ ! Hahahaha... Aku bukanlah bodoh mana pun.. aku cuma malas jer. Aku tak berminat nak rajin.. sebab kalau aku rajin , aku pasti Perdana Menteri akan datang , mesti aku punya laa !
Saja tak letak gambar kad ujian dia... Heeee.. 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Terbaik kali ni hasil Sony Xperia.  !! Memang puashati sungguh la kualiti kali ni. Serba serbi memuaskan hati terutama hasil gambar dan video ! Dari rekabentuk , body , warna serta spesifikasinya.. Sony Xperia XZ Premium kali ni benar benar premium dan berbaloi untuk dimiliki.. terutama yang beli setahun sekali je phone.. heee.. 




Kualiti gambarnya ? Hurmm.. Baterinya ? Hurm... Secara jujurnya aku belum cuba guna sepenuhnya terutama keaktifan berWhatsapp yang sering hauskan bateri milik aku. Tanpanya, bateri phone ni mampu cecah 48 jam la gak... Kalau aku sekadar main kamera dan internet , seharian pon lepas.. takda masalah setakat ni. 
Kualiti gambar ? Memang puashati sangat sangat laa.. bagi aku berbanding keluarga Xperia yang aku guna sebelum sebelum ni..  Kalau korang pandai guna manual , hasilnya lagi menarik ! Ni aku guna auto jer.. 


Tapi yang paling best ialah video slow mo dia... Memang cool giler la kalau main slow motion dia. Rakaman dibuat sehingga 960fps gitu ! Pertama di dunia yer.. haaa... Kalau nak diikutkan la , bukan sebab video atau kamera je yang menyebabkan Sony Xperia XZ Premium ni patut jadi pilihan korang.. ada banyak sebab lagi ! Korang leh tengok di web Sony Malaysia.. ke nak aku cerita ? Kalau nak aku cerita , nanti aku cerita lebih lengkap... berjela jela. Kalau tak nak , korang leh tengok sendiri di web Sony tu.. klik je kat situ.. aku da backlink dah tu.. heee... 

Harga pasaran sekarang , RM3.3K. Ini limited tau.. Sememangnya ramai yang berpuashati bila dah guna. 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Alhamdulillah.. tercapai cita cita aku untuk memanfaatkan 'kepopularitian' aku di media sosial ni.  ' Kepopularan ' aku digunakan sebaiknya. Aku bukan mengejar kemasyuran dan diminta disanjungi tetapi nak gunakan 'anugerah sementara' itu untuk berbakti pada rakan rakan dunia maya dan juga pada masyarakat , negara amnya ! 
Ini terbukti dua sijil penghargaan yang #KBBA9 telah diterima pada tahun ini.. dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Lembaga Zakat Selangor. 

InshaAllah.. selepas ni akan diperbanyakkan lagi projek projek begini dan seterusnya membersihkan nama blogger di mata masyarakat yang mana dipandang senget oleh sesetengah pihak.. "Blogger ni kalau cerita kontroversi , mengarut , fitnah.. memburukkan orang .. diorang suka la ! "
Hurmm.. Kerana nila setitik.. kan ? 
Blogger tak pernah amik kerja wartawan ! Wartawan dan blogger , adalah dua kerjaya yang berbeza. 
Hehehehe..  Moga lebih ramai blogger buka mata selepas ini. Jangan kejar keuntungan semata mata.. kan kan ?
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Aduh... mak aku pun leh angkat bendera putih kalau dia bangun dari tidur ! Mengalahkan abang kakak dia perangai. Hahahaha.. Aku rasa , dia ni akan lagi besar dan tinggi dari aku nanti. Sekarang ni pegang pon dah panjang semacam. Kalau dia mengeliat , aduhh... tak pegang betul betul memang leh terlepas ! 
Aktiviti wajib kalau nak kasi dia tidur lena.. biarkan dia naik tangga ! Sebelum tu layan tv ngan dia.. tengok Baby TV.  Tapi cepat boring je.. Tangga je menghappykan dia ! Dari anak tangga pertama , ke akhir sekejap je ! 

Bagi dia main puas puas dulu. Kat tingkat atas tu ada mini gym. Dia suka situ. Treadmill pun aku kasi dia naik.. kasi dia berjalan. Aku rasa tak lama dah dia nak boleh berlari dah ! Aku kena fitkan balik badan untuk berkejar kejaran dengan dia.. Huhuh..
Pastu baru kasi dia makan.. Haa... Sekarang ni , dia makan apa saja. Tunggu la dia dah pandai memilih.. Jadi cam Qhaliff dan Zahra. Payah laaa nak makan ! Pening pikir.. 
" Zahra , nak makan apa ? "
" Nasi ayam.. ". Jawab dia. 
Kenapa nasi ayam ? Dia cuma kenal nasi ayam je ! Makanan lain ,dia makan tapi tak tau nama. Hahahaha.. 

Bila dia tidur , Ya Allah.. tenangnya rumah. Tapi pelik.. masa diorang berjaga, mata mengantuk lain macam. Bila diorang tidur , ngantuk pon hilang ! Hurmmm..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Masih dalam kehangatan Aidilfitri. Banyak rumah terbuka dan masih ada sanak saudara dan sahabat handai datang mengunjung. Bila dah ramai ramai datang ni , macam macam la perangai boleh jumpa terutama anak anak yang belum cukup akal.. kan kan ?
Yang pastinya , paling pening ialah tuan rumah... heehehe.. Teringat kisah sorang chef tu. Dan aku sendiri pon , baru baru ni balik ke kampung wife nun di Kelantan. Anak anak buah belah dia tu, leh tahan gak memasing. Tengah membesar tapi dengan aku , diorang takut. Acik Beng garang ! Hahahaha.. Aku jegilkan ajaa.. Yang geng anak dara , segan ngan aku. Mesti sebab Acik Beng hensem.. kan ? Hahahaa.. Yang hero hero ni je laaa.. Bila bergabung , Voltron pon leh tumbang ! 
Panjang mukadimah ni.. hahaha.. Isunya satu jer.. Kalau ada anak anak tu yang 'over' dan tak nak dengar cakap , wajarkah kita ni sebagai pakcik dia sekadar... geleng kepala atau , naikkan aja tangan! Yelah atau niat mengajar atau mengelakkan dari sebelum berlaku insiden yang tak sepatutnya ! 
Ada parents tak leh terima anak dia kena marah apatah lagi kena 'sentuh' ! Hanya diaorang je layak. Orang lain walau ada talian darah sekali pun , dilarang sentuh ! Hurmm.. Camana tu ? 
Anak aku.. camana ? Boleh tak marah dia ? 
Aku mudah jer.. Selagi atas niat mengajar dan mendidik.. ok je ! Biar diorang takut sedikit dengan pakcik makcik dia. Jangan pijak muka ! Budak sekarang ni , ada yang berani pijak muka dah orang orang tua. Hilang hormat. Tapi nak mengajar pon.. jangan la sampai tahap berbekas gitu.. serahkan pada mak ayah je part tu. Kasi tau.. apa isunya.. kan kan ? 
Aku punya style senang jer.. Kalau aku tegur tu, aku amik berat. Kalau aku dah tak tegur.. aku buat tak tau.. lantak pi laaa apa nak jadi ! Nak terlingkup kaaa.. nak tergolek kaaa.. Jangan cari aku dah ! Hahahaha.. Aku pakcik yang sempoi. Sapa baik ngan aku.. dia cukup makan ! Hahahaha.. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Nissan Serena milik mak aku , nak abis dah 'minyak'.  Nak kena gi isi.. Dalam kepala aku , nak gi ke Petronas memandangkan skang dok ada contest Fuel Frenzy yang mana pemenangnya diumumkan setiap hari ! Haaaa.. 
Terus aku memandu ke stesen Petronas Bandar Tasik Permaisuri. Sementara tunggu kawan aku sampai , aku isi petrol dulu. Hehehe... Masa ni laaa berlaku satu kejadian mengharukan kepala aku. Betul betul punya haruuuu laa aih ! Aku pun tak sangka lebih berlaku pada aku. Huhuh.. 
Aku turun dari kereta , menuju ke bahagian isi petrol. Tiba tiba terdengar sesuatu yang menakutkan setiap pemilik kereta ! Tappppp ! Auto lock !! Kunci kat dalam. Beg duit , handphone... semua kat dalam. Yang ada kat aku , suar dalam je ! Hahahaha.. tak laa... tu kan ayat stendek orang dulu dulu.. 
Aku pening dah. Aku cepat pening ! Cepat kalut kata orang Somalia. Idea idea idea.. meh cepat ! Aku try bukak satu satu pintu.. Tak boleh. Aku tengok cermin kereta. Kecik besar kecik besar jeee menanti untuk aku pecahkan.. Huhuhuh. 
Aku tenangkan diri. Mintak pertolongan Allah. Aku cuba bukak bahagian belakang. Waaaah , boleh laaaaaa  !  Tapi alarm kereta menjerit laa.. Hahaha... Orang kiri kanan aku memandang semacam jer.. Nasib aarrr... Aku terus masuk ikut belakang. Panjat dan merangkak.. Hahahaha.. Yesss... dapat bukak ! Aku marah kat kunci tu. Nape tak cakap kereta ni ada auto lock ! Huhhhh... 
Terus aku sambung niat aku nak menang petrol percuma.. Hahahaha... sambil pegang kunci kereta. 
Muka ada senyum. Kawan aku sampai , kerja terus dibuat.. Siap ! Bertambah lega... Alhamdulillah. Dipermudahkan urusan aku semalam.. Huhu..
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Lama cuti ! Hehehehee... Hari ni , aku bertugas sepenuhnya.. Dan nak 'betulkan' semula tugasan aku yang mana , wife amik alih belakangan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Minggu lepas pon aku banyak kat rumah mak aku. Dia yang tolong tengokkan Aariz dan Zahra. Aku ada kerja penting masa tu. Cari makan banggg... Heee.. 
Cabaran ! Aariz yang dah melekat ngan mak dia , payah nak berpisah ! Mencari dia ke hulu ke hilir di awal pagi. Dia ingat mak dia ada kat dapur. Menangis mencari. Sian pon ada. Nak wat camana kan ? Dah memasing cari rezeki. Tak kerja nanti , anak anak nak makan apa lak kan ? Haaa.. 
Zahra , tak susah dah ngan dia. Dia dah boleh berdikari. 
Yang merisaukan aku ialah si kecik yang licik ni ! Dia punya licik , kalah abang kakak dia. Payah nak baca dalam kepala dia. Senyuman dia penuh dengan tipu daya ! Huhuhuh.. Mengingatkan aku , gelaran seorang kawan di sekolah dulu pada aku.. ' Dark Angel' ! Hehehehe... Agaknya menurun pada Aariz kot ? 
Dennis The Menace.. huhuuh.. 
Ni muka ada senyum pasal apa ? Dia gagal nak capai teko dalam almari tu. Puas dia 'cungkil' ! Tak dapat dapat.. Hahahaha.. Maka senyum je laaa dia ! Oh , ni kat rumah Mat Gebu. Kalau dia dapat teko tu , maka aku terpaksa menjadi hamba atau orang gaji di rumah tu selama setahun tanpa gaji ! 
Sambung.. Awal pagi jaga diorang tak susah sangat. Zahra memang akan tidur sampai tengahari. Aariz cabaran aku skang. Dia camana sekali pun , nak kena naik tangga dan bermain di atas dulu. Aku kasi dia naik treadmill seminit. Ajar berjalan. Heheheh.. Mesti dia penat pastu. Maka senang tidur laa ! 
Senang ke ??? Takda maknanyaa.. Aku kena mandikan dia dulu tengahari. Kasi dia bersih dulu.. baru dapat tidur ! Dia tidur , aku lega ! Baru leh tarik nafas lega. Nak update blog ? Belum tentu dapat. Idea bersepah tapi tak mampu nak menaip sebab kepenatan. Mungkin sehari dua nanti , aku dah dapat serasikan semula tugasan aku ni , ok la kot ? Huhuhuh.. 
Nasib baik , minggu ni banyak kali ke Cheras. Ada kerja. Kalau melekat kat rumah jer.. aku leh stress gak wooo ! Huhuhuh..  Kalau sekadar jaga anak , ok la.. Tapi aku kena cari nafkah gak pada masa yang sama. Bukan mudah. Itulah cabaran aku.. yang aku sendiri cari ! Heee.. Tak leh salahkan sapa sapa.

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Aku ada beberapa telefon pintar termasuk tablet. Baru baru ni , bertambah lagi satu koleksi telefon pintar. Sony Xperia XZ Premium. Lama dah aku tunggu 'kehadirannya'. Kenapa ? Sebab best giler kot ? Hahahaha...  
Sony Xperia X , aku berikan pada Qhaliff. Aku tak nak bagi tapi dia dok kacau telefon aku ngan mak dia. Sian gak asik kena marah jer. Dia berkongsi dengan Zahra. Huehehe.. Pandai pandai la diorang bergilir. Zahra layan Youtube. Qhaliff main game. Yer , aku pantau. 
Tapi dia semakin 'galak' lak. Tak leh berpisah tapi kalau ada kawan bermain , telefon tu dia letak tepi. Dia suka bermain dengan kawan lagi dari main phone... kekadang ! Kalau dia capai phone tu, bermakna permainan tu 'memboringkan' dia ! Hahahaha.. 
'Kegilaan' dia ni membimbangkan aku. Di rumah asyik nak main jer. Aku amik sorok , dia meraung. Ngan aku je dia berani buat. Ngan mak dia , tak berani ! Hurmmm.. 
Ditakdirkan... 2 hari lepas , Sony Xperia X dia tu.. tak leh on ! Aku rasa masalah bateri ! Aku 'takutkan' dia. Terus dia usik phone.. untuk beberapa jam ! Pastu mula nak kacau phone aku. Hehehe.. aku senyum ! Aku dah letak password ! Aku baru je letak kata laluan tu.. sebab ada beberapa kes yang berlaku pada phone aku , baru baru ni. Antaranya , aku tidur.. Zahra main sampai abis bateri ! Pagi tu , nak guna untuk kerja ! Dah tepuk dahi... 
Semalam, Qhaliff tak tahan dah. Dia suruh aku bukak masukkan kata laluan depan dia ! Hahahahaa... Dia ingat daddy dia ni , rakan sebaya dia kot ?? 
Aku guna 'cap jari' ! Hahahahaha. Dia terkedu bila phone tu , terbuka dengan sendirinya. Dia tak tau lagi kewujudan fingerprint tu. Kalau tahu, tak tau la nasib jari jemari aku ni.. Hahahaah.. Aku tak nak repair phone yang rosak tu. Biarlah telefon tu rosak.. dari anak aku rosak ! Kalau repair pon nanti, sorok dari dia. Sekolah dah mula.. dia pun dah naik kelas. Kalau tak , nanti aku gak yang menyesal ! 
Hurm... tapi ada 'harganya' la kalau buat gini. Nanti dia nak toys lak ! Hurmm.. aku gak kena beli. Adeh... 

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Hehehe.. baru 5 tahun je. Alhamdulillah.. walaupun banyak main tapi nampak banyak perubahan dia terutama dari sikap dan pergaulan dia. Terima kasih pada ibu dan guru guru di tadika yang mengajarnya tanpa bosan. 
Keputusan ni bukanlah di luar jangkaan aku pun sebab setiap malam dan juga setiap pagi , mak dia dok ajar di rumah dan juga di dalam kereta. Aku tak ajar ke ? Aku ajar tapi dia ngan aku dia main main jer. Kang aku tukar jadi Hulk , dia merajuk teruk. Adeh..
Pasni naik kelas. Dia pon dah mintak nak belajar Tae Kwan Do tapi aku nak masukkan dia ke kelas bahasa Arab yang mana guru yang mengajarnya baru balik dari Mesir. Sebelum dia 'berhenti' , aku nak Qhaliff jadi anak muridnya dulu.. heee.. InshAllah.
Tahun depan , inshaAllah nak letak Zahra kat sana lak. Tapi abang dia tak kasi. Takut kantoi la tuuu.. Hahahaha..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Alhamdulillah.. dapat jugak tahun ni aku ke Sedenah tahun ni. Sejak kenal Mat Gebu aka Adnan Ibrahim , blogger resepi tersohor tanah air.. aku tak pernah terlepas dari gi beraya rumah dia.. Seingat aku la. Hehehe.. Malah Qhaliff sejak dari dalam perut mak dia hingga dah berusia 5 tahun , dah beraya ngan Tok Mat Gebu.. heeee..
Dan setiap kali aku ke Johor , pasti akan dijamu dengan masakan yang enak enak belaka ! Huhuh.. Alhamdulillah. Walaupun adakalanya Che Mat Gebu tak beberapa sihat , tapi jika ada tetamu datang , dia akan layan sepenuh hati. Itulah kebaikan dan keikhlasan yang lahir dari hati blogger yang seusia dengan aku ni.. 
Menariknya kan... Kali ni aku berjaya pergi dan balik dalam masa yang diluar sangkaan aku. Bertolak dalam jam 10 lebih pagi. dan tiba semula di rumah , jam 6 petang. Kalau duluuuu.. fuh , mau malam baru sampai atau paling tidak pun , bermalam terus di hotel nun kat Johor. Tak mampu nak memandu balik dah sebab mengantuk dan penat. Apakah rahsianya ?
Sama gak macam balik ke Kelantan ari tu. Aku hampir pecah rekod peribadi. Memandu tanpa berhenti tidur dari Sepang- Kok Lanas , Kelantan ! Biasanya aku akan memandu lebih dari 10 jam walaupun jalan tak jammed ! Tapi ari tu , aku berjaya buat dalam 8 jam jer. 
Pikir punya pikir... Apakah kerana Kopi Badang ? Teringat akan kelebihan Kopi Badang.. " Secawan Kopi Badang , dapat membantu menghilangkan rasa letih dan lesu.". Terasa akan kebenarannya ! Malah kawan kawan aku yang aku berikan rasa , terus beli sekotak ! 

Dan jiran aku yang cerewet bab makan minum ni pun akui Kopi Badang punya rasa yang lembut dan tidak begitu manis tetapi nak minum berkali kali ! Hahahaha.. Ada siap tanya aku.. Apa sebenarnya kandungan dalam tu ??? Aku kata... kopi asli jer.. dari Colombia ! Kopi terpilih gitu.. heehehe..
Kawan blogger aku di Johor yang juga team #KBBA9 , Papa Amyzal dah berkali kali tambah order.. bukan sikit lak tu ! Berkarton karton haaa ! Aku tak sempat nak 'all out' sebab banyak komitmen tapi bangga la dengan pencapaian Papa Amyzal ! 
Dan terbaru , Kopi Badang bakal menaja sebuah program terkenal di Astro.. Super Spontan Superstar yang bakal muncul di kata tv tidak lama lagi ! 

Ternyata memang berhantu kan ? Hehehehe... Kalau nak cuba , leh order kat aku.. hehehe.... email je kat benashaari@yahoo.com
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Sekejap masa berlalu. 10 bulan dah si kecik ni... Hahahaha.. Bila dah masuk 10 bulan ni , dia punya ragam.. perghhhh.... Yang pasti ada 2 tempat dia suka main. Satu , almari buku. Dia suka punggah buku buku kat situ. Dan yang kedua , tangga. Hurmm.. Kalau tak dapat panjat tangga , dia mesti nak marah punya. Adehhh...
10 bulan si Aariz ni , persamaan setahun lebih si Qhaliff. Dah mula melangkah selain merangkak laju. Tapi gigi takda lagi.. hehehe.. Makan ? Hurmm.. pantang tengok orang mengunyah.. terliur dah dia ! Tapi tak boleh kasi laa...
Pasni leh jalan...abis laaa daddy.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Yeess...berjaya gak tengok SPIDERMAN dengan anak-anak. Aku agak was was gak pada awalnya nak bawak diorang terutama Qhaliff. Kenapa ? Takut ada adegan 'dewasa' ! Bukan apa... aku ari tu tengok Wonder Women kat handphone , Qhaliff nampak. Dia sengih sengih.. 
" Eeee.. daddy tak malu laaa... ". Dia kata gitu ! Terkedu aku. Aku tanya la kenapa.. Dia kata sebab aku tengok citer tuuu... Huk alohh.. mesti sebab si WW tu pakai pakaian yang tak menutup aurat ! Hahahaha..  Terus aku matikan citer tu. Tunggu dia tidur , baru aku sambung tengok.. 
Aku dah tanya kawan yang dah layan semalam. Katanya 'clear' jer. Takda babak 'bahaya' pada kanak kanak gitu.. Ok la kan ? Maka aku bawak satu 'kompeni' ke sana.. Qhaliff dan Zahra teruja la.. Qhaliff teruja sebab SPIDERMAN. Zahra teruja sebab nampak gula gula ! Dia ni nampak gula gula atau makanan , dia lupa dunia dah ! 
Ok.. di GSC ada mug SPIDERMAN. Panggung lain , aku tak pasti. Qhaliff nak, Zahra pun nak. Satu set kombo tumbler tu berharga RM23 jer. Maka hari ni , aku dah abiskan hampir RM100 untuk mereka. Huk huk.. 
Ok... masuk panggung.. Mula dah cerita. Seperti review seorang kawan di Facebook , Spiderman kali ni , lebih 'remaja' dari sebelum ni. Dan memang benar. Tapi ok je bagi aku. Banyak perubahan berbanding yang lama punya. Tak membosankan sama sekali. Nak dibandingkan dengan Transfomers yang baru baru ni aku tengok.. aku rasa SPIDERMAN ni jauh lebih menghiburkan. 
Dan aku rasa.. kesedapan kali ni  dalam SPIDERMAN  'HOMECOMING ' , ialah pakaian dia dan juga kehadiran IRON MAN ! Kalau tak , aku rasa cerita ni memang dah boleh dibaca dari awal lagi.. Apa apa pun , memang best la ! Tak boring dan si SPIDERMAN pon comel comel gitu.. heeee.. 'budak budak remaja' suka la kot. Level cam aku ni, kira macam makan pop corn je la citer ni.. 
Berapa bintang ? Aku kasi 7/10
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Macam tak kena je ayat aku tu.. boleh mengundang isu gak ni ! Hahahha... Nak charge , charge je la.. guna powerbank ke.. guna la apa sekali pun tapi jangan guna adapter yang disambungkan pada kereta tu melainkan memang dah disediakan port khas untuk charging ! 
Haaa... Yeke tak boleh ? Aku guna Nissan Livina dari dah nak masuk tahun ke 5. Setiap kali aku pandu kereta tu , aku charge.. Takda masalah timbul pun ? Ada yang kata tak boleh sebab voltage dia lain.. Hurm.. Wallahualam. 
Tapi hari ni , sesuatu berlaku pada aku. Aku guna Perodua Bezza. Aku charge Sony Xperia XZ aku. Terasa panas di port usb tu. Dan berbau hangit. Cepat cepat aku cabut.. dan kabel usb tu berasap ! Panas sungguh. Melecur ibu jari aku ! 
Fuhhh... giler laaa ! Kalau aku tak sedar tadi , tak tau laa apa nasib aku sekeluarga ! USB kabel aku beli ni bukan tepi jalan punya. Memang harga pun cantik ! Apakah sebabnya jadi begini ? Ok.. aku tak kata sebab kabel atau sebab kereta. Cuma aku nak tekankan di sini , banyak kes dah berlaku.. macam macam dan faktornya pon ada macam macam. Maka sebaiknya , sila berhati hati. Kalau charging handphone tu , sila jauhkan dari manusia lain. Haaa... Sewaktu tidur kalau nak charge , utamakan keselamatan. 
Ini berlaku pada aku sendiri. Aku rasa tak nak sabitkan itu barang tiruan atau original. Kalau nak berlaku , tak kira dah.. Yang penting , kena utamakan keselamatan. Fikir berkali kali sebelum melakukan apa saja yang boleh mengugat nyawa korang.
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Hurm.. mengarut sangatlah ni ! Kalau aku lahir di negara China atau India mahupun Perancis sekali pun , aku akan tetap ikut apa yang disyarat wajibkan di negara tersebut Bahasa kebangsaan adalah bahasa rasmi ! 
Ini bukan bahasa bangsa tapi bahasa yang menjadikan rakyat negara ini bersatu ! Tak kira la apa jua kaum , tapi satu bahasa mengabungkan semua bangsa menjadikan kita , satu bangsa .. bangsa Malaysia ! Malu ? Eh , tak payah malu laaa.. Kalau nak kata malu sebab pemimpin kita tak betul , itu dia ! Sampai masa , dia turun... dia kena laa. Tapi kita , tetap MALAYSIA yang bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu di Malaysia , adalah hak semua kaum di Malaysia.. kan ? 
Bila aku pergi Kelantan.. orang cina di sana cakap Kelantan dengan fasihnya , aku ternganga dan terus respek kat dia ! Dasat ! Dia berbangsa cina dan boleh berkomunikasi dalam loghat Kelantan dengan baiknya. Bermakna dia 'berkuasa' di situ ! 
Di sekolah sekolah mahupun dari taska lagi.. kita dok tekankan bahasa asing yakni English ! Seriusss bagus ! Memang bagus sangat. Aku tak kata tak bagus yer.. Cuma yang tak seronoknya ialah.. pelajar tu bertutur dengan bahasa yang bercampur aduk. Kejap English.. pastu ada bahasa Melayu. Kalau nak English , English terus. Kalau nak bahasa Melayu , bahasa Melayu terus. Ni dah macam pasemboq dah lagaknya ! Tapi pasemboq jauh sedap lagi la ! Huhuh..
Maka.. mana mana pihak di negara kita ni.. yang berminat nak 'padamkan' Bahasa Melayu , akan aku tentang abis abisan ! Bukan sebab aku Melayu tapi inilah bahasa yang menyatukan kita dari dulu lagi hingga sekarang ! 
Ini je yang kita tinggal ! Kalau ini pun dirampas , apa lagi yang kita ada ??? 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes