Pernah satu ketika , aku beri cadangan pada seorang rakan membeli rumah di Sepang. Cadangan aku ditolak ! Alasan , jauh dari ibukota Kuala Lumpur. Ada yang beri pendapat beli di kawasan yang sememangnya sudah pun padat tapi alasannya , harga rumah akan naik ! Hurmm.. Malas nak berbahas. Biarkan je la..
Aku beli rumah di Sepang.. er , bukan aku tapi wife. Dia mudah lulus pinjaman sebab penjawat awam. Hehehehe.. ni pon faktor penting juga kan , bila nak membeli rumah ! Ok... Kenapa Sepang ? Atau lebih tepat lagi di Bandar Baru Salak Tinggi ! Fuh , terus terang.. bila kali pertama aku diberitahu niatnya nak beli kat sini , aku geleng kepala ! Apa gile nak duduk di kawasan ceruk rantau ni ! Dengan kerisauan kes pecah rumah lagi.. Huhuhu.. tak sanggup aku ! Tapi , aku tak pergi tengok lagi taman ni.. haaa !
Ikutkan aku dah cukup selesa dengan kawasan Cheras mahupun Putrajaya tapi harga rumah di sini dah cukup melambung tinggi ! Takkan dapat rumah atas tanah punya !! Rumah atas tanah ni maksud aku rumah setingkat atau dua tingkat. Semua rumah memang atas tanah kannn.. hehehehe..
Nak tak nak , kena main kawasan pinggiran kotaraya seperti Kajang , Rawang dan sebagainya.
Aku ikut wife gi tengok rumah yang dia minat nak beli.. hasil dari perkongsian rakan pejabat. 20 minit dari Putrajaya , hampir 15 minit untuk ke KLIA ! Cantik gak ni.. Rekabentuk rumah pon , aku minat !
3 tahun selepas membeli rumah ni , tempat yang dikatakan tidak punya nilai komersial pada awalnya membangun dengan jayanya ! Harga rumah naik sekali ganda. Dan menariknya , ada IPTA dan juga IPTS berhmpiran kawasan ni. Pusat membeli belah juga telah dibina.
Ada yang membeli rumah di kawasan ni dan jadikan rumah sewa ! Bayangkan harga rumah sewa di sini sekarang RM1500-2000 sebulan ! Fuh... rugi betul ! Cantik lokasi perumahan ni. Dan dijangka lebih banyak lagi perumahan akan dibuka di kawasan Sepang ni. Persoalannya , pada siapa nak dirujuk untuk dapatkan info yang betul dan tepat ??
Sekarang ni ada dah Property Guru sebagai contoh terbaik. Di situ ada bahagian yang memberitahu rumah rumah yang sesuai untuk dibeli yang mana kita nak duduk sendiri atau pun sewakan saja ! Heee..
Mudah sangat dah sekarang ni. Dan yang paling penting , yakin kesahihan akan maklumat di dalam Property Guru ni. Di Property Guru , mereka akan menilai dan membuat review setiap rumah yang dijual. Ini akan membantu mereka yang tercari atau ingin membeli rumah kedua mereka. Selain tu , ada juga senarai perumahan terbaru juga di Property Guru.
Buat masa sekarang , di Property Guru ada satu kempen yang sedang dijalankan. Kempen ' My Dream Home' yang mana menawarkan RM50K sebagai hadiah utama... duit tu digunakan utk membayar downpayment rumah. Berminat ? Nak tau cara nak dapatkan RM50K tu ? Haaaaa.... mudah jer..
Sila ke kempen 'My Dream Home' untuk mengetahui syarat dan juga cara-cara nak menangi hadiah yang ditawarkan !