Hurm... kalau diperhatikan dan dibukak bukak mata ... makin ramai nak ke penghujung usia .. Bila dah nak jejak usia gitu , ada yang dah sedar diri .. Alhamdulillah .. syukur pada Allah .. Tapi yang sebaliknya tu camana ? Ditambah dengan pakai pelbagai serum kecantikan... botox.. beli pakaian seksi meksi .. walaupun kulit tu dah mula gelebeh tapi tak kisah dah , VOGUE gitu !! Tu belum dok kata diri tu DIVA ! Haih ..
Entah la .. aku sendiri malu dengan Allah .. Malu sbb terlalu banyak dosa sepanjang hidup aku ni .. Pelik .. apakah mereka tidak memikirkan soal kematian ?
Mmg betul .. kalau sekadar memikirkan tapi tiada usaha kearah membawa bekalan , tak guna juga .. Tapi sekurangnya dengan memikirkan semua itu , kita ada juga usaha untuk mendekatkan diri pada Allah .. Baik fikir dari lupa terus ..
Aku bukan nak nasihat sapa sapa .. Entri ini untuk diri aku dan mereka yang teringin nak fikirkan soal dunia dan akhirat .. Tengok cermin .. Aku rasa semalam aku baru berusia 17 tahun .. Tegang je kulit muka .. Dan esok bakal cecah 34 dan akan terus naik .. Rambut dan janggut pon dah mula beruban .. Apa yang nak dicari dalam kehidupan ini ?