Lazatkah ???? He he he..kena rasa sendiri ! Tekak masing masing wooo..
Paling menjadi sasaran aku nanti ialah kambing.. hehehe.. Lain ? Tak sangat kot.. lalalala …
Lazatkah ???? He he he..kena rasa sendiri ! Tekak masing masing wooo..
Paling menjadi sasaran aku nanti ialah kambing.. hehehe.. Lain ? Tak sangat kot.. lalalala …
Firman Allah:”Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah sebahagian dari usaha kamu yang baik-baik dan sebahgian daripada apa yang telah Kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Al-Baqarah: 267)
Lama dah aku nak gi tapi tak gi gi gak ! Pernah tanya di Pusat Zakat Wilayah tapi diorang suruh rujuk Lembaga Zakat Selangor sebab aku tinggal sini. Huhu..
Sungguhpun aku bekerja sendiri , aku perlu juga bayar zakat.. Hari demi hari , aku tercari hari yang sesuai untuk pergi. Maklumlah , kereta wife aku guna gi kerja.
Dan hari ni , memandangkan aku ada event petang karang.. aku guna kereta sepanjang hari maka sempatlah aku singgah sebentar ke Lembaga Zakat Selangor cawangan Bandar Baru Salak Tinggi.
Alhamdulillah , tak lama pun aku tunggu. Dibantu pengawal keselamatan situ untuk mengambil nombor giliran.. takde la terpinga pinga nak tekan butang mana satu kan ? Hehehe..
Panggil dah nombor aku.. Gulp ! Aku pon ke kaunter 3. Aiseyman.. Aku ni lemah tul bab kena tanya itu ini.. Biasanya aku yang bertanya.. hahaha..
Soalan demi soalan ditanya pada aku hinggalah part kerja aku. Aku nak jawab apa eh ?? Dah la kerja sendiri.. Hurmm..
“ Penulis blog.. “
“ Owh.. patut la.. Masa masuk tu saya dah rasa macam kenal.. “.
Ah , sudah.. Ni lemah ni.. Baru nak menyamar… Hahahaha .. Niat baik ni ! Bukan nak cari salah orang yer.. Dan ternyata peramah dan sangat membantu.
Lepas kira punya kira .. Untuk tahun lepas , aku tak layak bayar zakat. Tapi tahun ni , aku kena bayar ! Ahaaa.. Alhamdulillah.. Tapi rasanya aku nak kena kira semula la untuk tahun lepas. Macam butiran aku bagi tu agak kurang tepat mungkin ? Huhuh.. Selagi tak bayar zakat , macam rasa ada batu atas kepala ! Hurmm.. Akhirat ditanya ok !!
Sebarang pertanyaan , leh rujuk ke laman web zakat atau pergi je ke pusat Zakat.. Ingat ye , setiap pendapatan kita tu.. bukan 100% hak kita !
Baru-baru ni aku ke majlis perasmian dan sidang media Festival Ramadhan Klang di Petaling Jaya. Festival Ramdhan Klang ini bakal menjadi aktiviti tahunan.. InshaAllah.
Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang , Dato’ Lim Seng Kok menyatakan bahawa tujuan festival ini diadakan adalah sebagai langkah untuk mengeratkan lagi perhubungan kemasyarakatan. Nama pusat pemborong GM Klang sendiri sinonim dengan pembelian barangan borong dengan tawaran harga rendah. Festival ini dilihat mampu memberikan ruang kepada pengunjung untuk menghabiskan masa bersama keluarga dengan aktivti-aktiviti berfaedah yang menarik sambil mereka membeli belah.
Antara yang menariknya festival ini ialah , penglibatan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM menunjukkan bakat keusahawanan mereka khususnya dalam bidang peruncitan pakaian dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Pengunjung Pusat Pemborong GM Klang di bulan Ramadhan nanti bakal menikmati pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang bulan. Antaranya ialah demonstasi memasak , batik , wau , kudang kepang , pemakaian hijab , alunan bacaan Al-Quran setiap hari sebelum masuk waktu berbuka dan persembahan akustik dan nasyid selepas solat terawikh.
Sementara aktiviti yang dijangka hits sepanjang festival ini adalah ceramah ceramah agama yang bakal disampaikan oleh penceramah terkemuka dan sesi bermoreh bersama 3 artis pilihan setiap minggu.
Pusat Pemborong GM Klang turut akan meraikan peserta peserta Projek Iqra’ yang terdiri dari para pelajar dan sukarelawan melalui majlis berbuka pada pembukaan rasmi festival ini dan seterusnya majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim dari persatuan terpilih.
Nampaknya Pusat Pemborong GM Klang terlebih dahulu bersedia untuk meraikan Ramdhan dan mereka yang macam aku yakni , nak beli segerap pakaian anak anak untuk beraya , rasanya dah boleh serbu Pusat Pemborong GM Klang ni.. Atau pergi ketika Ramadhan pon lagi bagus.. Macam aku kata tadi , ada banyak aktiviti menarik yang bakal berlangsung !
Para tetamu juga dipersembahkan koleksi terbaru rekaan fesyen terkini. Pereka fesyen yang terlibat adalah Azlan Karim (Binqareem), Orked Mohd Fauzan (Orked), Shanell Harun (Shanell), Suhairie Mohamed (Seth & Luna), Abid Shamsuddin (Daramera), Intan Sapura Hashim (Hanapura) dan Nurul Shafiqah Md Amin (Piqa Amin & the Empire).
Untuk perkembangan terkini atau sebarang pertanyaan , boleh rujuk ke Facebook Pusat Pemborong GM Klang .
Terima kasih… Hehehe..
Lama dah aku terfikir nak buat tapi semalam , dengan baki asam pedas telur mayong yang aku beli kat warung D’Laila SupPower , Bandar Baru Nilai itu , telah digubahsuai oleh adik aku.. Maka terhasillah mee maggie kari seperti dibawah ini..
Pakat berebut kooo !
Ini pon tak cukup tauuu … Hahahaha.. Pakat makan gilir gilir ! Resepi ? Alahai.. mudah jer.. Maggie mee kari dan asam pedas telur mayong D’Laila ..
Harap harap Kak Laila nanti buat menu ni kat warung dia ! Hahahaha.. Hari hari aku gi makan kat sana.. Lalalaaaa..
Apa masalah ‘mereka’ ni dengan KELANTAN ?? Perlu ke nak highlight KELANTAN di setiap artikal mereka ni ???? Apa dosa KELANTAN sampai begitu sekali atau punya agenda tersendiri ?
Tak sengaja ? Ok… Tengok akhbar apa eh.. Ni ada kawan di FB bagi gak…
Hurmmm.. 2 kali ? Tak sengaja lagi ? Hurmmm …
Haihh…. Harap pasni prihatin la skit yer ! Jangan bangkitkan ‘kenegerian’ di tajuk berita anda tu.. Nak kata blogger yang buat , takkan la kan ? Ni keluar kat suratkhabar berbayar tuuu ! Kalau blogger , memang sah sah nak tarik trafik.. Ni apa kes ?
Menulis biarlah ikhlas.. Infomasi disampaikan biarlah tepat dan tidak berat sebelah..