Ini anaknya punya cara berpakaian !
Dan ini pulak cara ayahnya berpakaian ! Walaupun hanya di dalam rumah !
Hurm.. kenapa aku rasa pelik je ? Apasal lain macam jer ???
Ini anaknya punya cara berpakaian !
Dan ini pulak cara ayahnya berpakaian ! Walaupun hanya di dalam rumah !
Hurm.. kenapa aku rasa pelik je ? Apasal lain macam jer ???
Kelmarin di Kelantan…
Aku pesan kat wife…
“ Tengoklah langit dan awan tu puas-puas.. Esok nak balik KL dah..
Dan dalam perjalanan pulang.. Masuk Terengganu je pon dah cukup ! Segalanya berubah..
Sayangnya.. sawah padi tengah menghijau tapi langit tiada birunya ! Hurmm.. Tapi ok lagii la… masih berkabus dan berjerubu !
Heheheheh… Nak tarik nafas dalam dalam pon , kena pikir panjang !
Masuk je lebuhraya Karak… segalanya berubah !
Dan KL serta beberapa buah negeri lagi ,sekolah cuti !! Huhuhuh… Jenuh mak bapak !
Amboi… baru setahun lebih tapi gayaa.. adehh. Bila gaduhh ngan abang dia , aku cukup pening ! Dia pon reti membalas laaa jugak ! Haihh… Tapi bila waktu bermanja ..
Kuat la mengajuk perbuatan orang. Cepat jer mata dia tuuuu… Bila nampak abang dia datang join , cepat cepat dia halang.. tak kasi nak bermanja sekali.. Bukan berdengki tapi .. saja nak provoke kasi marah pastu bergaduh !
Patutlah orang kata anak dara ni melekat je ngan ayah dia dan.. si ayah memang jaga sungguh anak daranya ! Hurm… dan bila dah besar , yang jaga lebih si ayah ni la biasanya … anak daranya.. kan ?
Perghhh… dasat ! Hahaahhaa.. Aku tak perlu download dah atau google cari lagu kegemaran aku… Aku cuma perlukan DEEZER jer ! Cari je melalui aplikasi ni dan… tadaaa !
Tak kira la lagu omputeh , melayu , indonesia.. inshaAllah jumpa ! Dan kualiti mmg tip top ! Cuma aku tak pasti.. apakah kena bayar atau ianya percuma ?
Kalau kena bayar… apakah harganya berpatutan ? Hurmm….
“ Bang.. nak makan apa malam ni ? “
Terus terang.. aku dah boring nak makan menda sama je setiap hari ! Kalau balik Kelantan , takkan nak makan tomyam memanjang.. Hurmm.. Nak merayau sana sini pun tak leh gak sebab masa terhad. Esok nak balik KL dah. Balik ni pon sebab ada kerja dan nak lawat mak mertua aku yang kurang sihat..
Aku ajak wife makan kat BurgerByte di Tunjong , Kota Bharu. Lama dah tengok restoran ni tapi masih tak berkesempatan nak singgah. Dan nampaknya malam ni rezeki kami laa… Orang tak ramai malam ni. Rasanya ramai gi ke stadium. Ada perhimpunan di sana. Aku nak g tapi tak sempat lak tadi.. Kena uruskan kerja terlebih dahulu.
Jam 11 malam , aku sekeluarga sampai kat restoran ni. Tutup jam 12 malam. Ada sejam untuk order dan makan. Aku serahkan je semua tu kat wife. Dia je la pilih apa nak makan . Kalau aku yang pilih , mau jugak kul 2 pagi baru boleh tutup ! Hahahaha.. Aku order semua wooo ! Semua nampak sedap.
Hurmm… Dan wife aku order feveret aku.. Segalanya berkaitan dengan kambing ! Heheheh ..
Pegang roti dia.. lembut ! Camana pulak dengan daging dia ? Hurmm… Sos ? Keju ? Wowww. semua nampak menyelerakan !
Fuhhhhh… sedap !! Seriuss ! Aku tak tau la kot korang pernah makan tapi tak sedap . Yang ni serius sedap ! Nak kata aku kebuluran , tak gak sebab aku baru je lepas makan malam kat rumah mak mertua aku. Memang sedap ni.. Aku bagi wife aku rasa dan dia bersependapat dengan aku…
Aku tanya spagetti yang wife aku punya lak.. Dia dok suap Zahra. Begitu berselera sekali Zahra makan..
Sedap ! Selesai diorang bedal kasi abis ! Tak sempat aku nak merasa… Huhuhhu.. Pastu wife mintak aku order milo ais. Aku pon bangun dan ke kaunter.
Aku terpandang seorang lelaki yang sedang berdiri berhampiran dengan aku. Aku syak dia orang paling besar di restoran ni . Aku menegurnya,.
“ BurgerByte ada cawangan di KL ke ? “. Tanya aku walaupun aku tau memang ada cawangan di KL. Itu cumalah soalan pembuka sebelum ke soalan yang lebih serius.. hehehe..
Dia jawab ada.. Di Cheras dan beberapa tempat lagi. Soalan aku lagi..
“ Apakah rasanya sama seperti di sini atau segalanya bergantung pada tukang pembuatnya ?? “. Kemudian aku hulurkan kad aku..
“ Bukan apa.. Saya biasa buat review makanan ni.. Jadi ini antara soalan yang sering ditanya. Sebab tu nak tau..”. Aku sambung bertanya.
“ Ben Ashaari.. Macam pernah dengar nama ni.. “. Dia tanya.
“ Iskh.. macam ??? Popular nama niii ! Takkan ‘macam’ je kot ?? “. Sedikit riak timbul di dalam hati ! Moga Allah ampuni dosa aku. Tak baik riak yer ! Astagfirullah al a’zim.
“ Dulu sekolah kat Lokman ke ? “ . Dia tanya.. Erk… takkan kot ???? Zaman sekolah , mana aku guna nama Ben ni ! Huhhh… Sapa dia ni ??
Kemudian dia perkenalkan diri dan selepas tu berlaku la tepuk tampar di situ ! Cehhhh.. Kawan sekolah rupanya ! Dah jadi manager besar dah skang ni.. heehe.. Alhamdulillah.. Ada network besar dah ni ! Leh la buat review BurgerByte lak pasni.. lalalala…
Kecik dunia ni..