Baru dpt g gym.. Tu pun setelah selesaikan anak anak.. Jam dah menunjukkan kul 6 petang. Confirm tak puas workout ni.. Tak pe laaa.. Asalkan berpeluh dahh.. Niat jaga kesihatan gituu..
Di gym.. Nak dapatkan feel utk angkat besi ni bukan mudah.. Aku kena mulakan dengan kaki dulu.. Kasi berpeluh baru boleh main anggota lain.. Hahahahaha..
Ok.. Badan dah mula panas. Tiba tiba mesej masuk di hp.. Terus aku berhenti dan balik umah. Mampu geleng kepala jer.. Tengok besi besi yang ada.. Uhuk..
"Bang.. Lapar.. Tolong belikan nasi goreng apa pun.. Asalkan sedap! Kebulurannnnnn.. ".
Takkan nak tgk je mesej gini kan? Kejam la aku walaupun setan membisik.. Tapi aku berjaya tepis.. Huhu.. Keluarga didahulukan wooo..
Tadi wife gi daftar sekolah rendah Qhaliff di Putrajaya. Nampaknya macam nak kena pindah semula ke Putrajaya selepas ni.. huhu.. Saja amik kat sini sebab dekat ngan pejabat dia dan aku pun mudah nak akses. Walhal kat area rumah aku di Sepang ni ada je sekolah dan dengarnya bagus sekali sekolah tu.
Sekarang usia dia 5 tahun.. 7 tahun darjah 1. Yang merisaukan aku ialah pengaruh kawan kawan. Dia ni lembut orangnya. Adik dia pukul pun dia nangis.. walhal dia boleh je membalas. Dan menariknya , adik dia menangis dan menuduh abang dia pukul padahal tidak pun ! Hahaha.. ok ok.. tu cerita lain.
Teringat aku zaman aku bersekolah dulu. Aku tak merokok tapi ada je kawan kawan memujuk aku agar join sama merokok ! Pelik aku.. kenapa kena pujuk buat menda salah ? Kalau nak merokok , hisap je la..tak payah ajak kawan kawan yang lain turut sama.
Pengaruh kawan ni memang dasat.. hanya didikan ibu bapa dirumah saja jadi penyelamat. Jika mak ayah asyik bergaduh.. apakah pengajaran yang dia dapat ? Maka jangan hairanlah jika anak kita tu buat perkara salah.. kan ?
“ Alamak.. dia online messenger dia la.. Nak mesej ke tak eh ?”. Bisik hati aku. Takkan la dia nak balas mesej aku ! Hahahaha.. Sapa la aku ni kan..
Aku cuba menegur sapa.. Dan dia terus membalasnya ! Wowwww.. tak sangka sama sekali aku. Ingatkan takkan dilayan. Terus bertanya khabar dan berbual… seterusnya set satu meeting untuk satu projek besar ! Untuk aku dan anak-anak buah aku.. huhu.. Leader yang bagus , tak makan sorang punyaaa.. hehehe..
Dan tiba hari yang dijanjikan , dia sampai tepat pada waktunya. Respek ! Dan paling menarik.. hahaha.. dia datang dengan berpakaian macam.. sangat sangat simple ! Dia ni berbangsa cina dan berumur 60an. Kaya tapi menampakkan langsung kekayaannya. Bukan kedekut tapi dia banyak laburkan duit dia ke arah yang lebih mendatangkan hasil buatnya dan juga ‘orang kampung’ ! Fokus dia dari dulu hanyalah nak membantu orang kampung.
Bagusnya dia ni ialah mendengar pandangan orang muda cam aku dan juga kawan aku. Dia tak membantah pon sebaliknya memberi cadangan demi cadangan..
2 jam bersama dia , banyak maklumat yang aku perolehi dan sangat menakjubkan ! Bukan calang calang orang dia ni. Jangan menilai melalui pakaian dia woooo..
Terus teringat aku dengan orang orang kaya di negara kita ni.. kaya tak seberapa tapi dia punya menunjuk harta kekayaan tu.. hurmm.. Bila nak bantu orang , kena bayar dulu baru boleh kasi tips camana mau kaya ! Hehehheeee..
Alhamdulillah.. Projek on ! Tunggu bulan 11 nanti.. inshaAllah..
Zahra , nanti dah kaya.. Jangan tayang harta menda di media sosial yer ! Gunakan kekayaan tu dengan membantu mereka yang memerlukan. Dan biarlah Allah saja yang menilai tindakan kita tu..
Hidup biar sederhana..
Bukan duit aku tu mahupun duit BRIM. Mampu pinjam duit orang jer untuk buat entri.. Heheheeee.. Begitulah adanya.. Moga duit ni jadi milik aku satu hari nanti.. satu je pon ok dah ! Hahaha..
Terfikir aku.. Andai berlaku peperangan, wang kertas tiada nilainya.. Dah tu, camana nak teruskan kehidupan utk membeli barang keperluan harian seperti top up prepaid internet.. beli rokok.. nak bayar yuran gym.. lepak ngan member kat kedai mamak sementara menanti musuh tiba dengan jayanya???
Na'uzubillah.. Moga dijauhkan segala bencana! Tapi jika ianya berlaku, camana? Dalam filem John Wick I dan II, ditunjukkan dengan terangnya betapa segala urusan perdagangan dibuat dgn syiling emas!! Yer, emaslah jawapannya..
Aku nak beli emas tapi masalahnya banyak dah penipuan berlaku di negara kita sekarang ni.. Acaner tu? Mana satu nak percaya??
Sediakan payung sebelum hujan.. Kan? Beli je emas rantai atau gelang.. Abis cerita kan? Hurmmm.. Tak mampu la pulak.. Huhu.. Aku bukan kerja besar.. Kais pagi ni makan lusa minggu depan.. Camana tu?
Nak tak nak.. Kita kena bersedia.. Kertas yg kita pegang akan tiada nilainya satu hari nanti.. Sapa jual emas????