BEN ASHAARI



Saranan yang tular di media sosial oleh netizen.

Secara jujurnya , aku sokong 100% ! Berdasarkan pengalaman aku mengajar di sekolah dan juga berkhidmat di kementerian, pemakaian guru dan juga penjawat awam memainkan peranan yang bagi aku sangat penting. 

Yang pertama , kita boleh nampak disiplin di kalangan mereka. Kedua , bangga dengan jawatan serta perkhidmatan yang meraka dukung. Secara tidak langsung , mereka akan memberikan perkhidmatan dengan jujur , ikhlas dan juga amanah. 

Ketiga... boleh kesan mana mana penjawat awam atau guru yang kaki curik tulang. Jumlahnya kecil tapi ianya mampu memberi kesan negatif pada rakan sekerja mereka. Ini yang patut dielakkan. Tak kira la apa jua pangkat dan juga jawatan , mereka patut bergerak sebagai satu pasukan... kan ? 

Dan yang keempat... di pejabat pejabat kerajaan , pemakaian yang sopan perlu dititikberatkan. Ini boleh elakkan masalah masalah yang tak sepatutnya berlaku seperti gangguan seksual dan sebagainya. Tolong jangan komen kata nenek tua pon kalau nak kena kacau pon , kena kacau gak.. Perempuan bertudung litup pon belum tentu baik perangai ! Nah... itu isu lain ! Sekarang ni kita fokus pada ... ko nak kerja ke nak gi majlis keramaian ?

Kelima... penjimatan ! Banyak jimat wooo... Bayangkan kalau pakai baju koperat setiap hari dan hari Khamis baju batik... nahhhh , pastinya para suami akan tarik nafas legaaaa.. kan ? Dan isteri mereka akan cantik berpakaian bila keluar bersama pasangan mereka jeee.. yakni hujung minggu.. kan kan ?

Tak yah sentap ! 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
" Bangun bang ! Sahur... ". Suara isteri ibarat halilintar membelah bumi.  Arghhhh... Rasa macam baru je tidur 5 minit tadi. 

" Kul berapa dah ? ". Tanya aku. 

" 5 lebih dah... Cepat. " Wife jawab.

Huhh.... Terlepas gak waktu sahur ni kang. Cepat cepat bergegas bangun ke dapur... dengan mata tertutup. ! Berat sungguh la mata ni. Dek kerana nak dapatkan keberkatan bersahur ni , aku paksa diri gak. 

" Buatkan LazzCafe , sayang. ". Pinta aku sambil letakkan kepala atas meja makan. Hidangan sahur di hari pertama... Nasi putih dan telur goreng kicap. Aku nak gitu jer. Tak nak heavy sangat. 

" Ni... ". Wife hulur. Aku minum seteguk.. Zassss ! Cerah terus mata. Haahaha... 


Apa yang aku suka sangat LazzCafe ni ialah... part gula dan juga kelebihanya. Bukan seperti produk lain yang mana bila buang air kecil , akan semerbaklah tandas tu... LazzCafe tidak gitu. Mereka yang pernah minum akan angguk punya. Malah akan kembali bertanya mana nak dapatkan ! Hahahaha.. Aku biasanya , akan beli dua kotak. Kasi kat mak aku sekotak.

Apa yang aku perasan... sejak mengenali Lazz ni , aku tak minum dah susu atau kopi campuran produk lain. Kenapa ? Rasanya.. dan kandungannya berbeza bagi aku. Aku tak rasa cam.. menyesal lepas minum. Gula tak tinggi. Kemudian rasanya memang sampai ke tekak. Harga pon mampu beli jer ! Dan paling best... COD ! Heheheh.. Order jer... nanti ada orang datang hantar ke rumah. Senang kan ?

Camana nak beli ? Boleh Whatsapp terus ke :  www.wasap.my/60108232600‬ atau ke laman web mereka di www.lazzdelivery.com .

Cepat order ! Rasakan perbezaan berpuasa kali ni berbanding di tahun tahun yang lepas !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Semalam aku gi layan DeadPool 2 di TGV Sunway Piramid. Tengahari ! Huhu.. Sebelum Ramadan menjengah. Maklumlah , DeadPool ni tak leh nak jangka jalan ceritanya. Maka untuk elakkan pahala kurang , maka kena layan cepat cepat. Ramadan , tamo tengok wayang...kononnya la ! Hehe..

Beli tiket jam 12.30. On time tuuuu.. Orang tak ramai. Yelah , waktu keje la katakan. Sapa berani nak tengok time time gini kan ? Kang kena buang keje . baru ada akai. Tak berbaloi kerana DeadPool gitu. Hahahaa.. 

Dengan popcorn di tangan... ice lemon tea di sebelah aku.. maka aku pon layan la... Cerita pon start. Nafas aku makin lama makin perlahan.. Cerita makin panas. Dialog semakin melucukan.  Penuh sindiran dan juga makian. Ehh.. hahahha.. Tak sesuai untuk anak anak tengok ! Qhaliff pon tau dia tak boleh tengok. Untuk orang besar je, katanya. 

10 minit bermula... aku terlena. Cerita tak best ke ? Entahlaaah... Nak kata banyak cakap.. pon ye gak tapi aksi pon banyak. Mungkin aku yang bermasalah kot ? Aku sedar di pertengahan cerita. Cable datang jumpa DeadPool, mintak tolong. Aku sedar sedar pon si DeadPool dah tinggal setengah badan. Gitulah.. Pastu layan sampai abis. 

Kesimpulannya.... Cerita ni tak payah la bawak anak. Aku rasa DeadPool 1 lagi best kot ? Hahahaha.. Dan aku rasa korang pon akan kesudahan cerita ni. Boleh dijangka la. Senang sangat. Hehehe.. Tapi ianya melucukan. Gitu laaah.. 

Berapa bintang... ? Aku kasi 3.5/5 bintang. Aksi, biasa biasa jer. Ala ala part 1 jer. Dialog dia yang menarikkan cerita ni. Boleh layan. Tak rasa rugi la. 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Uhuk.. terharu sebenarnya bila diberi  anugerah ni. Walaupun tidak 'menjanjikan' glamour tapi bagi aku ini adalah salah satu tanda di mana bergunanya blogger di mata masyarakat dan juga negara. Secara tidak langsung juga turut menidakkan bahawa blogger bukan kerjanya menyebarkan fitnah atau buat artikal mengarut semata mata.. 


Ketika aku dapat panggilan dari AADK dan dimaklumkan akan anugerah tu , aku semacam tak percaya jer. Untuk aku ? Eh.... takkan kot ? Sebabnya dari awal lagi penglibatan aku bersama AADK ni , aku memang 'berkhidmat untuk negara dan masyarakat'. Aku tak kenakan sebarang bayaran untuk apa jua yang aku buat. 

Dan ternyata mereka menghargainya.. sangat sangat ! Terharu aku , ok ! Terima kasih laaa team AADK yang sudi calonkan nama aku.


Cantik trofi ni. Berat wooo ! Tetiba rasa macam menang anugerah Meletop lak ! Huhuhuh... Rakan rakan di media sosial tak henti henti ucapkan tahniah. Walaupun bukan anugerah yang gah tapi bagi aku inilah anugerah yang paling menarik sebab tak perlu merayu undi tapi sebaliknya atas sebab sumbangan dalam media sosial. 

Blogger , aku je dapat. Huhu.. Dan selain tu , media cetak dan media elektronik. 



Terima kasih  semua ! 
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Terletak di Tanah Rata , Cameron Highlands dan bersambung dengan pusat membeli belah, Cameron Fair , Avillion Cameron Highland memang best sangat untuk diinapi  beberapa hari tak kira la berkeluarga atau pun bujang !

Mereka yang inginkan percutian singkat dan merasai kenikmatan udara yang dingin tanpa kira masa, sememangnya Cameron Highlands menjadi pilihan. Ditambah lagi keindahan ladang teh serta ladang ladang strawberi , serta bunga-bungaan yang menawan. Seronok bergambar kat sini. Cuma kalau nak lagi seronok , jangan pergi hujung minggu. Amik cuti hari biasa. Tak ramai sangat orang dan jalan pon tak sesak sangat. 

Ok... berbalik pada Avillion Cameron Highlands ni,  bagi yang berminat untuk menginap kat sini , aku cadangkan rajin rajin tengok harga di laman web Avillion Cameron Highlands. Bukan apa.. kadang kadang ada harga promosi yang menarik ! Huhuhuh.. cepat cepat la tempah ! 

Hotel ni best. Nak cari makan sangatlah mudah. Kalau tak nak makan di dalam hotel , boleh je turun bawah dan bersepah kedai makan serta restoran..24 jam ! Fuh , memang berjalan je memanjang kat sini. Kalau malas nak jalan jauh, turun je tingkat bawah. Ada pusat membeli belah kan ? Naaaa.. Mr.DIY pon ada ! Dan banyak lagi sedang dibuka. 

Di Avillion Cameron Highlands , mereka mementingkan konsep kekeluargaan. Selamat , mesra suasana dan mendamaikan. Parking percuma dan ada banyak. Nak risau apa ? Huhuhuh... Ada taman permainan kanak kanak , gym pon ada ! 

Ok... kita tengok bangunan Cameron Fair yang menempatkan  Avillion Cameron Highlands dan juga persekitarannya.

Avillion Cameron Highlands berada di tingkat atas Cameron Fair.

Berdekatan pasar malam

Restoran atau kedai makan yang berada di sekitar Cameron Fair

Shopping Mall , Cameron Fair. Macam macam ada ! 

Ok... jom tengok view dari balkoni bilik aku. Oh , bilik aku ada balkoni menghadap bukit. Cantik woooo ! Cantik sangat terutama bila matahari terbenam. Subhanallah... hilang rasa penat dan segala stress. Tak perlu gi luar negara gituu...







Ok... skang tengok bilik yang aku inap untuk 2 malam. Best ! Qhaliff sampai tak nak balik.. Hahahah.. suka sebab ada balkoni berumput gitu. Pastu ada khemah kecil untuk bermain. Yang ni sewa jer. RM10. 

Bersih dan empuk sungguh tilam. Bantal dia memang... fuh, lenaa ! Tidur sekejap pon rasa cam tidur lama sangat dah. Bilik air ada 2. Takda bath tub tapi dah ok sangat bagi aku. Tu pun budak budak puas main air.. Huhuh.. 

Bestnya bilik aku ni, balkoni ! Fuh, memang santai giler la. Boleh buat makan makan je kat situ. 







Cantik kan ? Ada beberapa pilih bilik. Yang aku punya 2 bed rooms suite. Yang lain pun cantik dan selesa. Cuma yang ada balkoni mengadap bukit , yang ni je la.. Boleh refer di laman web Avillion Cameron Highlands nanti. 

Ada gym , playground dan bilik bermain atau membaca jika suami atau isteri gi gym. Bagus tul ! Dewan untuk kursus pon ada. Boleh memuatkan 150 orang dalam satu satu masa. 

Gym

Dewan 

Cafe 

Lobi hotel 

Playground

Kalau GSC atau TGV mahupun MBO bukak satu panggung wayang kat sini , memang terbaik ahh ! Hahahaha... Mini cinema pon ok dah. Tak payah besar besar..kan ? Ok... buat masa ni ada promosi khas. Korang kena rajin follow web , instagram dan Facebook mereka untuk mengetahui sebarang promosi dn juga aktiviti. 

Sehingga 14 Jun 2018

Facebook : https://www.facebook.com/AvillionCameronHighlands/
Instagram : https://www.instagram.com/avillioncameron/
Web : http://www.avillioncameronhighlands.com/
Untuk tempahan , sila klik SINI. 

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes