BEN ASHAARI



Seminggu demam. Bila tengok terik mentari , terasa cam... aduh ! Jika keluar gi amik Qhaliff dari sekolah, terasa dah muka seperti berdebu. Ditambah lagi dengan jalan raya yang senantiasa dipenuhi dengan lori lori usung pasir membuatkan jalan raya senantiasa berdebu. Pastu gi amik Zahra di Putrajaya lak.  Makin gatal muka dibuatnya.

Apa yang aku buat ? Sampai sampai je rumah.. dah masuk waktu Zohor terus aku cuci muka. Pilihan aku, korang mesti dah tau ! Ramai dah mencuba dan 'berterima kasih' pada aku sebab mengesyorkan. Ada yang tak sesuai. Kena tengok kulit muka masing masing. Dapatkan nasihat dari pihak Cosmoderm sebelum membelinya jika korang tau kulit muka korang sensitif. Haaa... 


Aku dah guna Tea Tree Oil lebih dari 5 tahun. Lamaa woo ! Tak pernah plan nak tukar ke jenama lain. Sebab tu ada kawan puji yang aku , aktif di gym tapi kulit muka terjaga elok. Selain pemakanan, Kebersihan diri jua utama. Bagi yang menunggang motorsikal tu, sampai je pejabat atau rumah , segerakan cuci muka. 

Disebabkan aku selalu guna , maka aku kena pastikan selalu ada stok ! Selain aku , wife , anak anak dan mak aku juga suka guna produk produk dari Cosmoderm ni. Adakalanya , mak mertua di Kelantan akan kirim jika tahu kami nak balik ke sana. Biasanya gel mandian akan jadi pilihan dia. 


Selain pencuci muka , bila nak keluar rumah... aku akan sapu body serum pada badan aku. Pelindung badan dari cahaya matahari di tengahari . Tak la terasa pedih kulit tu bila disinari cahaya matahari walaupun ketika memandu ! 


Mana nak dapat semua ni ? Boleh order online di www.cosmoderm.com.my dan kedai kedai farmasi terpilih. Amalkan dan korang akan dapati perbezaan. Murah dan berbaloi ! 

Sebarang pertanyaan , boleh tanya di SINI .. 
Share
Tweet
Pin
Share
48 comments
" Tok ..tok...tok..." . Halus bunyi ketukan pintu. Disusuli dengan berian salam. Aku memandang ke arah pintu.

Teringat berita yang baru dibaca


" Syyyy..". Jari telunjuk di bibir aku. Qhaliff dan Zahra memandang aku. Senyap. Wife , terpinga-pinga.

Aku jenguk melalui tingkap. Tiada orang di depan muka pintu.

Hurm... Aku berdiri depan muka pintu dan tunggu bunyi ketukan lagi. Kali ni aku akan membukanya. Takut ? Hurm.. Tak ! Nekad nak suruh masuk ke dalam. Jangan main ketuk ketuk dah. Qhaliff dan Zahra dah masuk ke dalam bilik bersama ibunya.

Dan pintu diketuk sekali lagi. Halus. Aku pantas buka. Dia memandang aku. Kemudian berpaling dan pergi. Sasarannya , basikal beroda tiga. Dia duduk dan memandang aku. Tersenyum. Aku buka pintu grill dan melangkah keluar.

Aku berdiri di depan.

" Masuk dalam rumah. ". Arah aku.

" Nanakkk... ". Dia jawab.

Haish... terus aku dukung dan bawa Aariz ke dalam rumah. Dah nak senja. Esok je sambung main basikal tu.
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Dulu aku tak kisah pun semua ni. Rasa badan dah cukup dengan pelbagai vitamin, kalsium , zat zat yang diperlukan di dalam badan sebab aku macam macam macam ! Haaaa.. dah cecah 40 ++ ni, baru terasa masalah sana sini. 

Betullah kata orang tua yakni bila usia dah masuk 40 tahun , barulah nampak segalanya. Dan paling utama kena rajin buat medical check up ! Huhuh.. Aku mula terhegeh cari makanan tambahan yang disyorkan. Tapi yang dah lama aku amalkan ialah Habbatus sauda. Minyak zaitun , baru lagi. 

Kepercayaan bagus minyak zaitun ni bila aku amik sesudu ari tu. Masalah sakit lutut aku terasa seperti takda lagi dah ! Haaa.. sebelum ni asyik berbunyi jer. Pastu sesekali macam nak 'lari' je lutut tu. Hahahaa.. sakit wooo ! Tapi syok. 

Lepas aku amik.. ok ! Fuh, siap boleh layan dah petang petang main badminton dengan anak dan  ke gym tanpa knee guard ! 

 
Sebelum ni aku tak tau langsung pasal keistimewaan minyak zaitun ni. Aku ingatkan sama. Tapi selepas dicerita mengenainya oleh seorang rakan yang juga telah 'berilmu' mengenainya di negara luar bertahun lamanya , barulah aku faham. Pilih yang dalam botol hitam dan info mengenai produk tersebut. 






Dalam kes ni , aku amik Al'Ard Premium Organic Palestinian Extra  Virgin Olive Oil. Disebabkan aku ada tekanan darah tinggi dan usia 40 an , ini yang sesuai untuk aku. Yer , sesuai ! Malah isteri serta mak aku pun mengamalkan pengambilan setiap hari.. pagi dan malam ! 

Bukan Minyak Zaitun saja tauuu ! Malah Habbatus Sauda dalam bentuk minyak juga menjadi pilihan aku  malah Qhaliff pun turut mengambilnya. 


Apakah kelebihan kedua dua produk ni ? Apakah keistimewaannya ? 

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.

Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6.

Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.

Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan utara Eropah.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.

Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari serta penyumbatan saluran darah (thrombosis).

Kajian lain yang dijalankan di National Institute of Health and Medical Research (INSERM) di Bordeaux, Perancis menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok.

Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology pada 2011 yang menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41 peratus risiko lebih rendah mendapat strok berbanding seseorang yang tidak mengambil minyak zaitun.

Satu lagi kajian menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara. Sepasukan ahli sains dari Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkannya pada 2010.

Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel kanser payudara secara spontan.

Kajian ini menunjukkan minyak jagung yang kaya dengan Omega 6 mempunyai kesan yang bertentangan dengan minyak zaitun. Oleh itu pengambilan minyak zaitun boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit berbahaya.

Kajian oleh ahli sains Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitor pada 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.

Saintis berpendapat kesan ini kandungan asid oleic (MUFA), phenol dan vitamin E dalam minyak zaitun. Kajian diterbitkan dalam British Medical Journal pada 2012 menunjukkan menggoreng menggunakan minyak zaitun dan minyak bunga matahari tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.

Kajian ini membabitkan 40,000 peserta yang dijalankan oleh University Madrid di Sepanyol. Walaupun menggoreng menggunakan minyak zaitun akan mengurangkan khasiatnya, ia tetap memberi manfaat dengan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kajian khusus mengenai penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya.

Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer mempunyai kadar rendah dalam kalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding wilayah lain di seluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada 2013.

Pelbagai lagi kajian saintifik yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan penggunaan mi­nyak zaitun mengurangkan masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak pankreas akut (acute pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).

Kita boleh mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan seharian sebagai makanan kesihatan atau diambil sebagai suplemen harian untuk membantu mencegah pelbagai penyakit kronik. Niatkan pengambilan minyak zaitun ini sebagai mengikut sunah Rasulullah SAW mudah-mudahan kita mendapat keberkatan, insya-Allah.

Sumber - Harian Metro 


Dapatkan yang 'selamat' ! Banyak produk di luar sana tapi... haa , kalau nak tau dengan lebih lanjut boleh ke :

Facebook : https://www.facebook.com/alardmalaysiaHQ/
web : www.alard.my
Whatsapp : 013 683 5570

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

" Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata, ibu pengasuh kanak-kanak itu, Che Jah Yaacob, 54 tahun, cuba mengalih kedudukan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang berada di luar ke dalam garaj di hadapan rumahnya.

Katanya, ketika mengundurkan kenderaan itu, ibu pengasuhnya tidak menyedari kanak-kanak itu berjalan keluar dan berada di luar rumah.

Ketika kejadian, pengasuh yang berusia 20 tahun itu berada di dalam rumah dan juga tidak menyedari kanak-kanak itu keluar.

Mohd Taufik berkata, selepas perlanggaran itu, pengasuh itu bergegas dan melihat Aamina Inayah terbaring dan menangis. " - Astro  Awani 

Termenung ! Kecuaian sememangnya akan berlaku pada sesiapa saja. Tak kira la sapa jaga sekali pun. Ianya boleh berlaku sekelip mata jer ! Aku tak nak ulas pasal kemalangan tu. Cuma nak kita , sama sama ingat.. anak kecil kita sedang menjelajah dunia dia. Kita kena alert , kena waspada 200%. Di tangannya , sekitarnya . Jika nak keluar rumah , pastikan si kecil di letakkan di tempat yang selamat. 

Contoh..


Sama sama kita tingkatkan keselamatan untuk mereka. Aku tak jual tau.. Ni aku google jer. Jumpa sebagai contoh.
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
" Daddy , nak gi kelas KAFA.. boleh tak ? ". Tanya Qhaliff.

Aku pandang dia. Sian. Aku tak amik kelas KAFA lagi untuk dia sebab nak tengok camana dia punya jadual tahun 1 ni. Aku tak nak bebankan dia lagi dengan pelbagai kelas hingga ke petang hari. Nanti kerja rumah pun banyak , dia gak yang pening kepala. 

Dan 2 minggu berlalu , Qhaliff banyak masa lapang terutama sebelah petang. Dia kebosanan. Aku mula garu kepala. Apa nak dibuat dengan mamat ni eh ? Maka aku mula mencari kelas kelas yang bersesuaian untuk dia. Samada kelas skill ataupun kelas seangkatan dengannya. 

Aku jumpa beberapa kelas yang sesuai dengannya. Harga pun ok... Satu demi satu aku hubungi. Alhamdulillah , aku dah bawa ke 2 kelas. Dua dua Qhaliff suka sangat. Yang satu ni , di luar jangkaan aku sama sekali. Tak sangka dia suka sangat kelas ni dan baru nampak bakat dia. Selama ni nampak macam lembik rupanya tidak !!! 


Aku tak bercadang nak cerita atau update dalam blog mengenai kelas tambahan yang diambil. Biarlah rahsia dan aku nak dia enjoy dengan apa yang dia buat. Tiada paksaan sama sekali. Aku punya part , aku bayar setiap bulan. Huhuhuh... 

Pasni cari kelas untuk Zahra lak. Aku nampak bakat dia dengan pensil...
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes