Bagi mereka yang senantiasa sibuk atau tidak ada masa nak singgah makan di mana mana restoran mahupun mereka yang berkeluarga besar , takut nak singgah restoran kerana bimbang restoran akan haru biru , kewujudan pandu lalu di McDonald's atau 'drive thru' amatlah melegakan insan insan ini terutamanya aku ! Heeee..Anak-anak tengah melasak.
McDonald's memahami kehendak pelanggan mereka yang senantiasa sibuk ni. Maka tahun ini McDonald's mensasarkan lagi pembukaan 20 restoran pandu lalu. Buat masa ini sebanyak 167 buah restoran pandu lalu Mcdonald's di seluruh Malaysia. Penggunaan pandu lalu adalah mudah dan efisien selain bersifat praktikal dan juga menjimatkan masa !
Dan pastinya McDonald's sekarang ini lebih kelihatan mesra pelanggan dan ceria. Yang penting, laju buat kerja..kan kan ?
Dan berita terkini lagi sensasi ialah.. McDonald's Malaysia telah berjaya memecahkan rekodnya sendiri... rekod yang diciptanya pada 2008 di dalam Malaysia Book Of Records bagi 'Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam tempoh 24 Jam'. Rekod lama ialah 18,677 dan rekod baharu ialah 164 235 buah kenderaan. Satu pencapaian yang membanggakan. Tahniah buat mereka ! Untuk pengetahuan , rekod pada tahun 2008 di mana 18,677 kenderaan telah pandu lalu restoran McDonald's di seluruh negara bagi tempoh 3 jam bermula jam 12 tengahari hingga 3 petang ! Bukan 24 jam !
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikandan menjayakan ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu’ McDonald’s baru-baru ini. Ia merupakan sesuatu yang amat bermakna buat kami apabila mendapat sambutan daripada pelanggan bersama keluarga mereka untuk cabaran ini,
Kami telah menyaksikan kejayaan yang cukup memberangsangkan selama 15 tahun bagi program kesetiaan Pandu-Lalu VIP McDonald’s, dan kami akan melaksanakan lebih banyak inisiatif lagi untuk pelanggan kami menerusi program ini pada masa hadapan dan pada masa sama meningkatkan lagi kecekapan operasi kami.
Kami komited untuk mengekalkan kepimpinan pasaran kami pada hari inidan yakin bahawa kami mampu memenuhi keperluan pelanggan dengan pelbagai pilihan citarasamakanan pada bila-bila masa apabila mereka ke McDonald’s,” kata Azmir.‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ melambangkan kemampuan McDonald’s untuk menguruskan segmen perniagaan yang semakin berkembang ini. Selain itu, McDonald’s juga menjangkakan 10 hingga 15 peratus peningkatan jumlah kenderaan yang melalui restoran-restoran Pandu-Lalu McDonald’s pada masa hadapan berdasarkan perkembangan pesat segmen perniagaan ini ".
- Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia , En.Azmi Jaafar
Sememangnya amat mudah menggunakan Pandu Lalu McDonald's ni. Kalau aku nak bersantai dengan anak anak tanpa perlu sakit kepala , maka aku masuk ke pandu lalu jer. Jika nak lepak lama sedikit , aku masuk ke dalam restoran. Aku suka ayam dia yang pedas tu. Kelmarin cuba nasi McD.. best !
Pilihan yang menarik di depan mata. Sediakan duitnya saja. Heee.. Tempah , bayar dan amik makanan kita ! Senang , kan ?
“Segmen perniagaan Pandu-Lalu telah menyumbang pertumbuhan yang cukup signifikan sejak restoran Pandu-Lalu pertama dibuka di McDonald’s Titiwangsa pada tahun 1988. Sejak daripada itu, segmen Pandu-Lalu telah menjadi kunci utama terhadap kejayaan syarikat, dimana jualan menerusi tingkap Pandu-Lalu menyumbang hampir 50 peratus jumlah jualan keseluruhan bagi semua 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s. Selain itu, kami juga melihat purata pertumbuhan sebanyak 10 peratus tahun ke tahun untuk jualan Pandu-Lalu bagi suku pertama tahun 2019,” kata Azmir.
“Menjelang tahun 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70 peratus restoran McDonald’s di seluruh negara untuk menjadi restoran Pandu-Lalu,” tambah Azmir.
Penghargaan buat team McDonald's di seluruh Malaysia sempena McDonald's Drive Thru Weekend Challenge ni. Bagus pengurusan McDonald's Malaysia yang hargai kakitangan mereka.
Tahniah buat McDonald's Malaysia atas kejayaan ini !