BEN ASHAARI




Menjemur pagi ni. Cuti panjang lepas , wife uruskan. Hahaha.. Bukan malas tapi saja kasi dia bersenam. Eh ? Boleh gitu alasan ? Hahaha.. Takda la. Ada je aku jemur cuma tak bergambar kenangan jer. Heee...

Raya dah hampir.  Ada kawan yang private message nak pinjam duit. Serba salah dibuatnya nak kasi ke tak ? Bukan kedekut tapi kita ni pun kais pagi makan pagi. Kang kasi pinjam , tak dibayarnya. Jenuh nak mengejar. Sampai tahap tebalkan muka la gitu.  Kalau bayar , berzaman baru dapat. Kalau jenis yang kita kenal memang ok orangnya, takda la masalah. Kan kan ? Dah tu camana ? 

Nahh... di satu web ni , ada ajar camana nak buat perjanjian mudah dengan kawan kita yang nak pinjam duit dari kita ni ! Haaa.. Bagus gak !! Diajar oleh seorang peguam gitu... 

Dari web Remaja.My aku kongsikan caranya : 

1. Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah : Pada butir-butir nama PENUH, nombor kad pengenalan dan alamat TERKINI Pemberi Pinjam dan Peminjam.

Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan pulangkan dengan perkataan pinjaman.
Nyatakan jumlah pinjaman: Contoh: Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.

2. Cara bayaran bagaimana? : Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama? JANGAN! JANGAN kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku ATAU silap-silap anda kena denda DAN PENJARA dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!

3. Masukkan terma pengingkaran : Contoh: Sekiranya pemimjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.

4. Masukkan syarat bahawa surat menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.

5. Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian.
Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.

TETAPI UNTUK PINJAMAN yang bernilai kecil sesuai untuk rangka sendiri. TETAPI jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam. Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang. Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.

Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.

Info mengenai cara nak ikat kawan kita ni , datangnya dari Puan Zabetha. Terima kasih banyak banyak la yer. Bukannya apa... kadang kadang , bila nak dipinjam , pelbagai janji manis ditaburkan. Tak tolong , salah. Tolong pun nanti kita gak yang pening kepala. Kan ? 

Moga perkongsian dari Puan Peguam kita ni bermanfaat. Tak bayar kalu , see u in court bebeh !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Kelmarin aku gi gym lewat malam bersama seorang rakan. Workout kaw kaw punya. Tidaklah setahap Sazali Samad punya workout tapi bagi aku , agak berat gak la.Hee... Berpeluh dengan banyaknya. 

Dia punya penat , jangan cakap la. Memang rasa macam balik ni nanti nak makan banyak banyak kat rumah ! Haaa.. terbayang nasi goreng seafood yang wife masak gituuu..


Sampai umah jam 2 pagi. Lepak kat McDonald's sebelum tu. Layan burger kecik satu. Ok la sikit untuk pulihkan tenaga. Dan di rumah , mandi..solat. Pastu layan video di handphone. Pastu ada la aktiviti tambahan untuk orang dewasa sebelum tidur ! Nahhhh.. tertidur jam 3+ pagi !! Plannya nak sahur terus di jam 5 pagi dengan tak nak tidur lagi !!!

Sekali... wife kejut !

" Bang... dah terlepas sahur dahh ! ". Katanya mengelabah. Aku pun tepuk dahi. Mampus aku.

Buat pertama kali aku terlepas sahur. Biasanya sahur aku akan bersama kurma , pisang dan susu kambing Lazz secawan atau protein cinch untuk pastikan bekalan tenaga hingga ke petang. Memang cukup dah. Siap petang tu aku boleh workout ringan ringan di rumah ! 


Beli dengan Ustaz Nizam 

Lepas Subuh, aku tidur jap dek kerana masih terlalu penat dan mengantuk sangat. Jam 8 pagi , anak anak kejut. Aku kena gi Cheras untuk amik kereta. Terhoyong hayang aku. Badan terasa panas. Loya tekak dan dahaga.

Ah , sudahhhh !! Awal lagi ni. Camana nak harung hingga ke petang. Dan di Cheras , rumah mak aku.. setibanya di situ terus aku tangkap tidur. Aku tak leh bukak mata dah dek sebab terlalu pening kepala. 

Mesej pada wife... 

" Rasa cam nak bukak puasa jer. Pening. Nak makan ubat. " Ayat aku pada wife. Dia kata ikut jer. Sebab aku nak kena memandu pulang. Namun aku cuba bertahan. Aku tidur jap... Hujan mula turun dengan lebatnya di rumah..

Demam dah aku. Selepas Asar , hujan dah reda. Aku nekad untuk pulang jugak. Bukan apa.. wife dah masak. Kalau aku tak balik, sapa nak makan makanan yang banyak banyak tu ??  Alhamdulillah.. selamat tiba di rumah. Lepas berbuka , aku  telan panadol 2 bijik. Solat , pastu pakai pakaian tebal serta stokin. Tidur ! Sedar sedar berpeluh peluh aku. Demam dah kebah ! 

Selepas insiden tu , memang aku dan wife cukup berhati hati pasal sahur ! Hahaha.. dia pun takut terlepas. Bukan nak makan berat macam nasi tu... memang setakat ni tak amik nasi sewaktu sahur pun. Cuma nak amik keberkatan sahur dan juga tenaga yang cukup tapi tidak melampaui batas makannya. Ala kadar tapi cukup. Heee..

Ni waktu aku menaip entri ni... aku baru lepas sahur di hujung waktu. Ada 4 minit sebelum tamat waktu sahur ! Hahahaa.. kelam kabut makan. Laju jer. Hee.. nasib baik sempat. Tak sanggup terlepas sahur lagi ! Dah la cuti ! Kang nak gi The Curve. Tak sahur kalu , memang tak gi la !!!

Oh ya... kesan dari diet tu memang best la... Hee.. Menjadi la jugak , kan ? Hee..


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Tergelak aku baca tweet akak Maya Karin ni. Yelah , takkan baru tau kot ? Selama ni buffet Ramadan di hotel punya harga murah ke ?  Pastu nak bunyi pasal kanak kanak punya harga ? Budak budak memang la makan skit jer tapi perlu tahu la kan.. diorang makan camana ? Amik sini skit.. amik sana sikit.. Makan tak abis. Dah amik yang lain. Camana tu ? 

Aku bukanlah pengemar buffet Ramadan sejak umur 40an ni. Tak larat nak makan banyak banyak. Tengok makanan berselera tapi bila nak makan... sikit jer boleh masuk. Sebab tu bila ada jemputan berbuka puasa , aku fikir masak masak. Pergi hanya untuk penuhi jemputan jer. Selepas solat Maghrib , makan sedikit pastu balik. Makan cuit sana sini. Amik yang terasa nak makan. Yang nak makan banyak , silakanlah. Perut masing masing.

Kalau nak murah , ada jer restoran yang buffet Ramadan yang murah. Contohnya , di Utan Cafe. 




Kanak kanak cuma kena charge RM10 jer. Makanan sedap sedap cuma tak seperti di hotel yang terlalu banyak pilihan ! Di Utan Cafe ni , makan makanan yang memang nak dimakan. Haaa.. Sedap lak tu ! Kalau tak caya, gi tengok sendiri la kat Facebook Utan Cafe. Muka muka pelanggan yang puashati ! 

Kalau nak jimat , buat cam aku jer. Makan kat rumah. Buka dengan kurma,air suam disusuli dengan air protein untuk bekalkan tenaga . Pastu solat. Lepas solat , makan la sedikit. Apa yang ada atas meja tu je aku jamah. Alhamdulillah.. dapat tenaga semula untuk teruskan kehidupan.

Nak lagi jimat ? Buffet Ramadan kat masjid kan ada. Apa nak susah ? Free jer. Nah... segalanya di tangan kita. Ikut kemampuan dan selera masing masing. Rasa mahal , jangan bising. Ada orang nak makan besar sesekali bersama keluarga dan sahabat handai. 

Kan kan ?



Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Sebelum Ramadan hari tu , aku dah gi dah buat tempahan. Rasanya puashati dah ! Tapi kelmarin , Nawy bagitau ada kurta serta baju baru , aku mengigil tangan ! Hahaha.. Bukan apa... 2 helai kurta yang aku guna ari tu , sangat puashati ketika pergi menunaikan solat Terawih. Tak bikin aku berpeluh pun. Dan kainnya lembut. Kulit tak gatal. 

Dan pagi ni , di kala penduduk Kuala Lumpur sibuk balik kampung halaman masing masing , aku ke butik Nawy.My yang terletak di Cascades , Kota Damansara. Dari Sepang ke situ cuma mengambil masa 40 minit jer. Fuh... lega kau ! 

Kain baju kurta yang aku pakai di bawah ni streacable. Maka sedap sangat la. Takda la baju tertetas seperti sebelum sebelum ni terutamanya di bahagian ketiak disebabkan bentuk badan aku ni ha.. Huhuh.. 

Harga.... standard kurta sekarang jer. Ikut kualiti kain dan jahitan. 


Suka betul aku dengan warna dan design kurta yang ni. 


Baju Melayu di atas, aku tak jadi amik sebab terpikat dengan color baru. Hahahah... Tengok kat bawah ni haa.. Dua dua cun tapi aku nak sedikit kelainan tahun ni. Maka , tema color keluarga aku tahun ni... ikut di bawah ini. InshaAllah.. Hee..

Yang dibawah ni , design baru Nawy.My . Kain guni ( orang sebut ) ni , cantik tapi tak sesuai dengan kulit aku. Kecewa gak la. Hurm.. tapi tak pe... ada banyak lagi pilihan terutamanya di booth Nawy.My di The Curve. Aku nak gi sana nanti , untuk tengok yang lain lak. Tempahan aku pun siap hari tu dan akan amik kat sana jer. Senang skit nak ke sana dengan MRT. Malas nak memandu. 







Butang baju dari Kandawaris. Pun boleh didapati di Nawy.My

Dua keping gambar di bawah ni adalah booth di The Curve. Sebelah Giordano / Dorothy Perkins. Buka jam 10 pagi dan tutup jam 10 malam. Haa , banyak warna dan design di sini.  Boleh la serbu kat sini dan pilih mana yang korang berkenan. Harga  ? Hee.. ada kat situ semua. Apa pun , kasi test dulu. Selesa kalu , harga leh runding. Eh ? Hahaha.. macam aku boss jer.. 



Cepat !! Biasanya Nawy.My akan kehabisan sampin sebab sampin dia cantik cantik ! 

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments


Alhamdulillah... baru-baru ni aku ke Masjid Usamah Bin Zain di Wangsa Maju , Kuala Lumpur bagi memeriahkan Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Anjuran McDonald's Malaysia ( RMHC) dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia dengan kerjasama  Pusat Pungutan Zakat (PPZ) -Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ). 

Seramai 500 orang anak anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak  Tengku Budriah , Rumah Perlindungan Nur Qaseh , Rumah Anak Yatim Nur Ian Danau Kota Setapak , Tititan Kasih , Pusat Jagaan  Kasih Murni , Darul Fikir , Baitul Hasanah , Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha , Rumah Penyayang Darul Ilmi dan Baitul Ehsan bertuah kerana terpilih untuk menerima sumbangan  dari RMHC. Setiap rumah kebajian menerima RM 5 ribu. Terbaik ! 

Mungkin ada pembaca yang berkata sikitnya tetapi ketahuilah, di zaman ekonomi yang tak menentu ni , setiap sumbangan dari badan badan koperat mahupun individu amatlah besar  ertinya buat mereka kerana mereka perlu berdikari untuk mencari dana kewangan untuk terus membesarkan anak anak yatim supaya menjadi insan yang cemerlang dan terbilang ! 

Majlis dimulakan dengan ucapan serta tazkirah dari Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri , Mufti Wilayah Persekutuan yang kagum serta terharu dengan inisiatif yang dilakukan oleh McDonald's ini.






Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff , Ketua PEgawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan En.Azhar Darbi , Pengarah Kanan  Sumber Manusia dan PEngerusi JawatanKuasa Halal Dalaman McDonald's Malaysia. 

Buat pengetahuan rakan pembaca , McDonald's Malaysia merupakan pembayar zakat perniagaan di PPZ-MAIWP  dan juga menerima skim wakalah. Skim Wakalah adalah Dasar Pengembalian Semula Wang Zakat yang diperkenalkan oleh pihak PPZ-MAIWP sejak tahun 2010. Wakalah ini diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada entiti seperti individu , syarikat atau organisasi , majikan serta IPT yang membayar zakat kepada PPZ-MAIWP untuk diagihkan sendiri kepada asnaf yang layak. 

Majlis ini juga adalah sebagai tanda keprihatinan McDonald's dan PPZ-MAIWP dengan meraikan Ramadan bersama sama insan insan yang kurang bernasib baik disamping menyemarakkan budaya bersedekah.  McDonald's Malaysia komited meneruskan lagi pelbagai aktiviti tahunan lain sempena sambutan bulan Ramadan seperti tajaan moreh di surau surau sertau masjid  di sekitar lokasi restorannya termasuklah juga di IPT IPT di seluruh Malaysia yang mana telah dimulakan sejak dari tahun 2016.



Tahniah buat McDonald's Malaysia yang tidak putus putus membuat kebajikan ! Moga lebih banyak syarikat syarikat besar selepas ini membuat aktiviti aktiviti positif seperti ini dan tidak semestinya hanya di bulan Ramadan saja.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes