BEN ASHAARI



Badan tiba-tiba rasa pening kepala dan panas cam nak demam ! Pagi tu kena hujan ketika beraktiviti di luar. Panadol lak aku lupa nak bawak. Adoi.. Camana ni ?? Hurmm.. Tiba-tiba kawan sebilik hotel aku ajak ke kolam air panas untuk ambil gambar dan video. Ikutkan aku malas tapi entah camana , aku setuju nak ikut sama.

Dok sibuk amik gambar , aku terpandang batu-batu yang amat aku kenali ! Aku suka batu batu ni ketika aku kecil dulu. Suka berjalan atasnya. Kenapa ? Sebab kasut yang aku pakai, mendatangkan ketidak selesaan pada aku ketika tu. Dengan cara berjalan atas batu tu, kaki aku terasa lega. Tapi sayangnya , aku dah tak amalkan. Dulu tu , sebab rajin gi tempat tempat riadah untuk berjogging. Maka amalan aku ni , tiada lagi dalam diari hidup aku. 

Ok.. sambung.. aku buka sandal aku dan terus naik atas batu batu tu. Terus berjalan perlahan-lahan. Adoiii ! Terasa sakit sampai ke otak , pinggang , tulang belakang dan terus sakit kepala aku hilang ! Aku cuba abiskan satu pusingan.. Fuhhh ! Dan mencuba satu lagi pusingan ! Alhamdulillah... berjaya buat dua pusingan..



Kemudian aku terpandang papan tanda. Aku baca. Dan... patutlah ada yang berjalan atasnya , memudaratkan pada dirinya ! Bukan semua orang boleh dan mereka yang dah guna , mereka tak tau apa kena buat seterusnya. Maksud aku pantang larang dan juga apa yang kena buat selepas berjalan di atas batu ini ! Korang baca dan hadamkan ! 

Di bilik , aku lena dengan cepat ! Bangun solat subuh.. di sini aku terasa kelainan ! Sebelum aku ke Pulau Pinang , di awal bulan ari tu, aku ada masalah pada bahagian belakang peha aku. Bila solat nak duduk antara dua sujud tu , terasa tangkap di bahagian peha. Sakitnya memang macam kena kekejangan otot ! Tetapi , subuh tu.. aku tak rasa dah ! Terasa macam urat tu dah dilepaskan ! Satu kelegaan sangat sangat ! Dan pinggang serta lenguh di bahagian leher pun rasa lega ! 

Balik KL , memang confirm yang sakit tu berkurangan sangat ! Terus rasa cam nak cari batu batu refleksologi ni dan letak di halaman rumah ! Arwah ayah aku pernah buat di rumah dulu. Letak di belakang dan dia berjalan setiap pagi atas batu batu tu.. 

Aku google mencari kat mana boleh beli batu batu tu. Ada yang jual online.. Shoppee ada.. Tapi nak cari batu batu kerikil ni. ke batu sungai ? Bulat bulat lebih cam ok je nampak.. hehee..





Tapi ! Tapi ada yang kata tak bagus ! Bila aku baca, katanya mereka yang atas usia 50 tahun tak digalakkan. Aku baca lagi.. Dan aku dapati mereka mesti tak tau yang mana manusia manusia yang punya masalah kesihatan seperti yang  tertera di dalam papan makluman ( rujuk gambar mula mula ) menggunakan batu batu ni. Sebab itu memberi kemudaratan buat mereka. Sebaiknya, dapatkan dulu nasihat doktor anda sebelum menggunakannya. 

Dan aku.. esok nak gi Sungai Buloh. Nak cari batu batu ni. Ke pergi kedai RM2 je. Ada je jual kasut kasut ni. 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Alhamdulillah.. selesai dah trip singkat aku bersama Tourism Malaysia ke Baling-Kulim, Kedah. Satu pengalaman yang aku tak jangkakan sama sekali. Bukan apa.. walaupun kampung aku ada nun di Utara sana tu tapi masih belum sempat aku nak terokai tempat tempat menarik di sana dan sesungguhnya, sangatlah banyak dan menarik sama sekali ! Terima kasih kepada Tourism Malaysia atas peluang ini. 

Dan yang menarik perhatian aku ialah ETS atau Elektric Train Service ! Ini pertama kali aku menggunakan ETS dan kali kedua aku menggunakan keretapi untuk perjalanan jauh. Kali pertama , ketika aku berusia 7 tahun ! Nahhh.. sekarang aku dah berusia 23 tahun ! Cuba bayangkan berapa lama punya kenangan dan masih terbayang sekeping gambar aku bersama keretapi sewaktu itu. Apa ? Tak percaya aku 23 tahun ? Tu bukan masalah aku. Tak nak caya dahh ! Lalalalala..

Ok.. Pergi dan balik bersama ETS . Masa pergi tu , turun di Sungai Petani dan balik ke KL Sentral semula, di Bukit Mertajam. Dan perlu tahu , ETS sampai tepat pada masanya ! Jangan lewat atau terpaksa tunggu ETS yang berikutnya ! Berjam jugak la nak tunggu tu.. Haaa ! Lebih baik awal dari tertinggal ETS.










Dalam ETS ni  ada kemudahan seperti cafe untuk makan dan minum, tandas yang besar dan bersih , surau dan tempat letak beg yang luas. Ruang tempat letak kaki juga selesa. Dan sesungguhnya , korang tak terasa jauh pun perjalanan bila guna ETS ni. Tau tau dah nak sampai ! Haaa ! Soket untuk charging gajet , laptop juga disediakan. Percuma jer ! 

Ok.. gambarajah di bawah ni adalah laluan ETS yang mempunyai banyak stesen.  Untuk jadual perjalanan , korang boleh tengok di SINI. Aku tak nak letak sebab jadual mungkin berubah dari masa ke semasa. 

Manakala untuk pembelian tiket atau harga tiket , boleh download aplikasi KTM Mobticket di PlayStore atau di www.ktmb.com.my



Dan yang terbaru ialah Kelas Perniagaan atau Business Class yang pastinya menjadikan ETS sesuatu yang istimewa. Bukan apa.. ada orang nak keselesaan tanpa gangguan. Boleh berehat menikmati permandangan di cermin sisinya , kan ? Atau nak berehat sepanjang perjalanan. Haa.. bolehlah guna Business Class ni.

Akhir kata.. ETS adalah pengangkutan darat yang sangat berbaloi buat kita semua. Bergerak dari satu bandar ke satu bandar dengan kelajuan yang takkan disaman oleh polis trafik adalah sangat menarik sekali. Tau tau dah sampai ! Anak anak pun tak puas nak melepak dalam tu. Hehehe.. 

Semoga ETS akan lebih berkembang dan lebih banyak bandar dapat manfaatnya ! 






Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
" Bang , nanti singgah Caring eh. Belikan shampoo dan bla bla bla kat sana yer.. " kata wife ku menerusi telefon. Hurm.. aku yang ketika tu sedang ada meeting santai dengan client , hanya mampu jawab ringkas jer.

"Okeh bebeh ! Kirim je ke ? Duit ??? Nanti ganti balik ehhh ! ". Ringkas la sangat yer? Hehehe.. Aku gurau jer. Mana pernah aku claim balik apa yang aku belikan. Tapi kalau dia kasi , amik jer la ! Hahaha.. Bukan apa.. duit dia pun , duit aku gak. Kang tak ambik, dia shopping sesedap rasa dia... haa ! 

Dari Bukit Bintang , aku naik MRT ke Cheras. Turun di Taman Pertama dan berjalan kaki ke Taman Tenaga. Di sana ada satu premis Caring Pharmacy kegemaran  wife aku. Dia jadi ahli kat situ gak. Dapat la bonus ketika membeli. Tak la rugi , kan ? Huhu.. Orang perempuan part ni memang power berbanding lelaki.. kan ? 

Sesampainya di dalam Caring , aku tercari barang barang yang dikirim wife aku , melalui Whatsapp. Aku yang keletihan ketika tu , agak tercari cari la barang yang dikehendaki. Akhirnya , aku ke kaunter dan bertanya. 


Dan sememangnya aku tak nafikan , staff Caring Pharmacy cawangan Taman Tenaga ni sangat ramah dan mudah membantu. Sebab tu wife aku suka membeli di sana. Tetiba mata aku tertarik sesuatu di atas kaunter.. 

Wowww ! SHOP MORE WIN MORE ??? Walaweiiii !! RM250,000 baucar tunai  untuk dimenangi woo.. Syarat mudah , cara nak join pun mudah ! Perghhh.. Hanya perlu berbelanja serendah RM50 jer. Lagi banyak , lagi bagus sebab peluang untuk menang tu lagi tinggi ! Haaa... tamo ?? 

Di Caring Pharmacy , RM50 boleh beli macam macam. Kiranya boleh jimat la skit. Fokus aku pada mandian anak anak. Bukan apa.. mandian untuk anak anak kena berbeza dengan orang tua. Risau gak sebab ada gel mandian boleh pedihkan mata anak anak kita dan ada yang kulit sensitif. Maka pilihan aku ialah Pureen dan juga Cetaphil. 



Cara nak sertai contest ni mudah jer. Beli barangan di Caring Pharmacy , minima RM50. Kemudian scan QR code yang terdapat di dalam borang seperti di atas , isi maklumat yang diperlukan dan hantar ! Tu jer !! 

Oh ya.. Contest bermula pada 9 September 2019 dan akan berakhir pada 3 November 2019. Ada 8 minggu dan setiap minggu , pemenang bertuah akan diumumkan di laman web Caring Pharmacy , Caring Pharmacy Facebook dan juga aplikasi Caring.


Harga jualan yang berbaloi untuk diborong ! Boleh jimat juga.




Yup... aku beli 5 items kat sana dan yang paling penting , 2 item diatas ni... Pureen Natural H-Baby Shampoo dan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash Twin Pack. Ada juga aku beli mask untuk wife serta vitamin untuk anak anak aku. Maka jumlah belian dah membolehkan aku sertai 2 kali ! Hehehehe.. Harap harap boleh menang satu hadiah. Lalalalaaaa..

Untuk keterangan lanjut mengenai contest ni , boleh je klik link ni : http://bit.ly/ShopMoreWinMore



Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
Kanser paru-paru antara punca kematian kanser kedua paling lazim di negara kita dan di peringkat global pula, kanser ini kekal sebagai punca utama meragut nyawa setiap tahun berbanding kanser lain. Ok, cukup intro yang aku amik dari Berita Harian. Padat dan tepat! Hee… Dikatakan lebih 4000 kematian disebabkan kanser setiap tahun.

Diagnosis lewat atau tidak mengambil kisah terhadap setiap simptom sakit sakit yang dihidapi ada punca punca kepada kematian pesakit kanser terutama barah paru paru atau Non-Small Cell Lung Cancer.

Apakah simptom simptom kanser paru paru ini? Antaranya ialah batuk darah atau bahan paru-paru batuk teruk yang kronik, nafas bersiul, sakit dada, kehilangan berat badan atau kehilangan selera makan, dan pendek nafas.

Dan arwah ayah aku salah seorang dari mangsa kanser paru-paru. Hurm...  Aku tak nak bicara tentang penderitaan ayah aku serta ubatan yang diambil arwah semasa melawan kansernya. Aku rasa korang pun tahu mengenainya. Dulu, rawatan untuk kanser peringkat lanjut memang kurang tapi kini ada pilihan dan ia memberi harapan untuk pesakit kanser terus melawannya! Dan ramai pun berjaya!!! Alhamdulillah..


Baru-baru ni aku ada hadiri satu bengkel perubatan yang bertajuk "Lung Cancer And Me" di PLOY Damansara. Satu bengkel yang cukup membuka minda aku mengenai kanser. Walaupun ringkas tapi infomasinya cukup untuk aku berkongsi dengan rakan rakan yang berminat.


Dalam bengkel tu, Perunding Onkologi Klinikal iaitu Dato' Dr Mohamed Ibrahim berkongsi infomasi mengenai kanser dan cara ubatan terkini yang mampu melawan penyakit kanser. Seterusnya memanjangkan hayat pesakit kanser. Katanya lagi, ada kes-kes pesakit yang mengambil rawatan Immunotherapy memberi kesan positif.


Immunotherapy... Wah! Salah satu rawatan terkini yang mempunyai kurang kesan sampingan dengan profil toleransi yang tinggi! Tidak seperti chemotherapy.




Secara ringkasnya, Immunotherapy juga dikenali dengan immuno-oncology merupakan bentuk rawatan yang membantu sistem pertahanan diri (sistem immunisasi) menyerang dan memusnahkan sel kanser. Ia juga mampu membantu badan pulih dari kesan sampingan rawatan.  



Kenapa Immunotherapy?
Rawatan Immunotherapy hadir dalam pelbagai bentuk termasuklah dalam menyerang antibodi, cancer vaccine, adoptive cell  transfer,  tumor-infecting  viruses,  checkpoint inhibitors, cytokines, dan adjuvants.

Immunotherapy meningkatkan sistem imunisasi dengan keupayaan mengenalpasi, meyasarkan dan memusnahkan sel kanser di mana saja ia berada di dalam badan. Immunotherapy disyorkan bagi pesakit dengan penyakit lanjutan atau bagi pesakit dengan kemoterapi berasaskan platinum yang tidak lagi memberikan kesan rawatan positif. Ia juga boleh digabungkan dengan beberapa cara rawatan kanser yang sedia ada. Setakat April tahun ini, FDA telah meluluskan hampir 20 indikasi Immunotherapy sebagai rawatan kanser.

Kesan sampingan rawatan Immunotherapy kepada pesakit kanser tidaklah seperti rawatan kanser yang lain. Pesakit akan alami batuk beterusan, sukar untuk bernafas untuk seketika, sakit dada, rasa lesu, hilang selera makan dan kekuranga berat badan. Tapi, pesakit boleh tahan kesan sampingan dan boleh dirawat jika berjumpa doctor serta-merta.

Berbeza dengan rawatan kanser yang lain seperti chemotherapy yang menyerang hampir semua sel (kanser dan bukan kanser), Immunotherapy mengajar sistem imunisasi kita untuk menjadi lebih pandai untuk mengenal pasti sel kanser dan memusnahkannya.


Dalam erti kata lain, di zaman ni selain rawatan kanser yang sedia ada, kita sudah ada pilihan rawatan yang tidak memudaratkan untuk pesakit kanser. Selain rawatan, pesakit kanser turut kena bersemangat untuk melawan sel-sel jahat ni. Kena amalkan gaya hidup yang positif. Jaga pemakanan, aktiviti harian serta rakan rakan perlu juga membantu mereka.


Dr. Choo Mei Sze, a cancer suvivor turut berkongsi pengalamannya di bengkel tu. Menceritakan detik detik dari awal hinggalah hari ini, sedikit sebanyak menyedarkan betapa kanser ini mampu menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur dan bangsa!
  
Akhir kata, kanser bukanlah hukuman maut dari Tuhan. Sama seperti penyakit lain, ianya memerlukan rawatan serta terapi dari pakar. Kena jaga pemakanan, banyakkan bersenam dan jalani hidup postif. 


#LCAM
#LCAndMe
#TacklingLungCancer
#KnowYourLungs
#KnowYourOptions
#ImmunotherapyNewHope
#LungCancerAwarenessMonth

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Esok nak pergi trip lagi. Nasib baik dalam negeri dan singkat jer. Aku memang malas dah nak pergi lama lama. Sian kat wife satu hal gak. Nak uruskan 3 orang tu , bukanlah mudah walaupun mudah je sebenarnya. Ditambah lagi wife sendiri pun dok kalut dengan kerja kerja dia di pejabat. Tapi nak buat camana.. aku pun kena 'bekerja'. Tanggungjawab. Bukan nak enjoy enjoy keluar gi sana sini. 

Anak anak aku , membesar di dalam blog ni. Sapa yang follow , memang tahu dah ragam mereka. Yang paling kecil, Aariz.. sangat mencabar minda aku. Wife sendiri pun pening dengan dia sorang ni. Bak kata dia , orang nak jaga dia tak susah.. yang susah part mandi. Nak masuk bilik air susah. Dah masuk , susah nak keluar. Dah keluar , susah nak pakaikan baju. Pastu ok dah la. 


Sejujurnya  ketika mereka di bawah usia ni , sangat seronok dengan keletah mereka. Diorang tau nak bermain jer dengan kita. Belum berdunia lagi dengan manusia di luar sana. Dan kita , sebagai ibu bapa kena amik peluang ini untuk bermanja dengan mereka. Nanti bila mereka dah berkawan, pasti akan terasa kehilangan mereka. Nak tambah baby, dah lanjut usia. Nak tambah bini , pinggang pun tak larat dah.. Haa.. 

Maka.. tak kira la suami atau isteri.. balik kerja tu , jangan bawa stress bersama. Bila dengan anak  anak, nikmatilah. masa bersama mereka. Bukan apa... kalau tengok di Facebook sekarang ni, setiap hari boleh dikatakan ada je yang kehilangan anak.. kehilangan ayah.. kehilangan ibu.. sakit sana sini.. dan kita yang sihat ni , dok sibuk kejar apa ?? 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes